Friday, May 02, 2008

Kenangan: The Last Interview

… sambungan pasal interview hari tu.

Keesokan paginya daku dan ayah sampai di fakulti. Kemudian daku diarahkan ke kawasan canselori (if my memory serves me correctly). Melilaulah daku mencari kawasan itu. Rupanya, ia kawasan yang berada dekat dengan Dewan Sri Budiman. Suspense saja masuk ke situ. Sampai di sana, kulihat ada dalam 5 calon yang sedang menunggu di situ. Dan, sudah ada seorang calon yang sudah masuk untuk ditemuduga.


Perasaan ketika ini? Biasa saja, tapi sedikit gementar – daku tak tipu, tapi ini yang daku rasa. Oleh sebab hanya sedikit saja rasa gementar, daku dapat rasakan bahawa interview ini akan tidak berjaya (selalunya, kalau daku berdebar gila, sesuatu yang baik akan berlaku dan begitulah sebaliknya). Daku calon yang ketiga. Arghhh!

Calon pertama keluar – setelah 45 minit berada di dalam. Ada riak ceria di mukanya. Baguslah agaknya jawapan dia. Daku pun meramahkan diri bertanya apa yang ditanya di dalam. Dengan riak berlagak dia kata:

“Alah, rilek je. Dia tanya biasa-biasa jer. Tapi mostly current issues la.”

Huh, sudahlah dikau. Tapi, terima kasih juga sebab bagi hint begitu. Dalam kepala daku mencongak-congak apa benda yang menjadi current issues waktu itu. Lagi sekali daku dilanda kebosanan, daku berhenti berfikir. Lantaklah, kalau dapat, dapat. Kalau tak, I’m doom! Yang penting, confident Ini amaran untuk mereka yang pakar sahaja. Jangan tiru kalau dikau amatur tahap beginner. Hancus nanti.

The moment of truth. Namaku dipanggil masuk. Bismillahirrahmanirrahim.

“Hmm, kecik aje interviewer ni. Macam baik nampaknya.” Daku memulakan pemerhatian awal.
Ada dua orang – seorang lelaki dan seorang perempuan – akhirnya setelah dapat kerja baru daku tahu yang lelaki itu adalah Prof. Dr. Adnan (bekas pengarah UiTM Terengganu) dan Dr. Posiah, wakil Fakulti Pentadbiran dan Undang-undang.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Silakan duduk.”

“Terima kasih …”

“Cik Peesha … so ….”
And the rest is the history.

Antara soalan Prof. Dr. Adnan yang seterusnya yang aku masih ingat:

“Adakah you sanggup kalau kita hantar you ke Sabah or Sarawak?”

On the first thought, ok. But on the second thought, I’ll pass the offer” jawab daku sambil tersengih. Dr. Posiah tersenyum saja.

“On the third thought, I don’t think you mind, right?” Prof Dr. Adnan menyambung.


Soalan lain:

“Do you think China is capable of becoming business giant next to the major powers today?”

Daku jawab, “No.”, dan daku lupa apa alasan yang daku berikan kepada Prof Dr. Adnan. Tapi, yang daku ingat, dia ketawa sahaja dengan Dr. Posiah tu. Ok la tu!

“We’ll inform you later about the decision and thank you for attending this interview.”
Siap interview daku dalam masa kurang daripada 15 minit. Hah? Dah sudah? Tu je? Apsal tanya sikit ni? Apasal? Kalau tak nak, cakap je la tak nak? Sudah la...

Moral of the story:
Kalau sesuatu tu dah ditakdirkan sebagai rezeki kita, buatlah macam mana, insyaAllah, ia akan berjaya. Namun, lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan letakkan keyakinan kepada Allah yang Maha Mengasihani dan pemberi rezeki – Ar-Rahman dan Ar-Razzak.

2 comments:

Anonymous said...

Bila kak Fisha cerita masa interview saya pasti teringat giliran saya. Mock teaching hampir 10minit pasal UN dan kemudian diaju soalan bertalu-talu. Paling tak boleh lupa ialah macamana saya boleh kantoi tak tahu polisi uitm yang tak benarkan pensyarah ajar sanak saudaranya sendiri (betul ke?)sehingga di 'attack' teruk masa interview hahaha..

Cik Peesha said...

mujur saya tak kena tanya pasal benda tu ... beriya2 hafal... hehehe...

betulla tak leh ajar sedara sendiri - clash of interest ... tapi kat UIA dulu, anak lecturer kitaorg selamba jer belajar sekali dgn kami dalam kelas abahnya ...