Friday, May 02, 2008

Kenangan: Ujian bertulis dan Mock Teaching

Bila ditanya oleh bakal pensyarah yang akan ditemuduga ke jawatan tetap, daku macam tak dapat nak memberi nasihat yang “mantop” dan “meletop”. Sebabnya, masa daku dulu, segalanya sempoi dan smooth. Plus, memang Allah dah nak bagi, maka, walaupun daku buat halai-balai* daku tetap mendapat kerja ini, Alhmadulillah.

Daku dulu kena lalui 3 peringkat ujian – Ujian bertulis, mock teaching dan temduga peringkat fakulti. Ujian bertulis, Alhamdulillah, tak dak masalah untuk daku menggoreng tahap rumah kenduri. Mock teaching pula, daku ok dan confident, walaupun subject yang daku mock kan itu adalah benda yang paling daku tak suka (daku mock pasal New PA -- eww!). Temuduga peringkat fakulti, dakulah calon paling sebentar ditemuduga, tak sampai 10 minit. Orang lain dekat 30-45 minit.

Masa mock teaching tu, 3 interviewers tu bukan tengok sangat pun apa yang daku ajar. Sebabnya, belum sempat daku menghabiskan ayat pertama, terus disuruhnya daku berhenti.
Daku dengan perasaan “WTF is going on”, berhenti seperti yang disuruh. Adakah terlampau berkesan mock daku itu, tidaklah daku ketahui. Lantak dikaulah wahai interviewers. Yang penting, selepas keluar daripada bilik tu, daku tersangat relieved, Allah saja yang Maha Mengetahui. Tapi, sekejap tu, daku rasa bersalah tak buat betul-betul sebab tiba-tiba daku rasa kesian dekat Ayah daku yang setia menemani daku sepanjang interview tu. Padan muka daku! Pada saat dan ketika itu, baru daku tersedar, bahawa, andaikata daku gagal interview ini, daku akan dihantui perasaan bersalah seumur hidup. Memain tu … seumur hidup tau!

Alhamdulillah, kala menunggu keputusan sama ada lulus atau tidak mock teaching itu, daku menimbang-nimbang apa yang patut daku lakukan sekiranya daku tidak mendapat pekerjaan ini? Fikir punya fikir punya fikir, daku gagal juga untuk berfikir dengan jayanya. Maka, daku tidur sahaja. Masa tu, kami menunggu di perkarangan masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah – masjid lawa tu la.

Tepat 4.15 petang, daku membuat panggilan ke fakulti untuk mengetahui sama ada daku terpilih atau tidak untuk temuduga peringkat fakulti – dan Alhamdulillah, daku berjaya. Daku lihat, ayah paling gembira. Seronoknya melihat wajahnya ketika itu. Daku tak banyak berjasa dengan ayah, tapi bila kegembiraan itu paling terpancar di wajahnya, daku memutuskan, kerjaya inilah yang akan aku ceburi. Persetankan janji-janji lama aku untuk tidak mahu bergelar pendidik. Lupakan wajah-wajah yang akan memberikan senyuman mengejek sambil berkata: “Rasakan, dulu tak nak, sekarang siapa yang jilat ludah sendiri!”

Ok ke tidak cerita ini sebagai nasihat?

Untuk interview peringkat fakulti, daku ceritakan lain kali. Panjang sangat nak karau* semua di sini.
---------------------------------
Glossari:
* Halai-balai - [utara] - perbuatan yang dilakukan secara sambil lewa; tidak bersungguh-sungguh
* Karau - [utara] - kumpul atau himpun

No comments: