With the Fourth Batch DPA, UiTM Terengganu @ Palaca of Justice, Putrajaya - 3 Februari 2005
Kita perlu bersedia untuk menghentam dan dihentam. Kuncinya, berpegang teguh dengan prinsip, tapi boleh bertoleransi sekiranya keadaan memerlukan. Seperkara lagi, untuk memudahkan kerja kita, fahami rentak subjek -- lingo, cara hidup, kesukaan, kebencian dan segala-galanya. Walaupun kita berada di dua dimensi usia yang berbeza (sekiranya jurang umur tidak terlalu lebar, satu kemujuran), jangan dipaksa orang muda menerima apa yang kita mahu. Namun, jangan pula dibiarkan keterbukaan kita menjadi alasan untuk mereka memijak kepala kita. Ibarat pesanan lama: Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.
With the Fifth Batch DPA, UiTM Terengganu @ Pulau Kapas, Terengganu - 2 Mac 2007
Pada akhirnya, sebagai pendidik kita mestilah boleh memastikan ada satu garisan yang membezakan antara pelajar dan pensyarah. Garisan ini tidak semestinya tebal -- tetapi masih boleh difahami, dalam apa pun keadaan, kita sebagai pendidik, berhak dihormati seadanya, dan mereka sebagai pelajar berhak dilayan sepertinya. Sekiranya garisan ini dilangkah, jangan sesekali merungut atau menyesal.
With the Seventh Batch DPA, UiTM Terengganu @ Masjid Negara, Kuala Lumpur - 22 Mac 2007
No comments:
Post a Comment