Monday, May 05, 2008

Santai: Sebuah Ucapan Penghargaan

Hari ini barulah paper daku masuk exam – subjek Development Administration – untuk pelajar diploma bahagian 6.

Pukul 9.20 pagi, daku menuju ke kelas 14A1 untuk memeriksa kertas soalan, dan agak terpaku kepada set soalan yang keluar kali ini. Wah, agak sukar juga kelihatannya untuk pelajar-pelajar ini – tapi itulah soalan yang daku juga panel pembuatnya. Nasiblah anak-anak oi … dapat set yang susah. Tapi, kalau kamu semua baca dengan betul dan berjaya mencari key-word tertentu dalam soalan-soalan tersebut, pasti kamu boleh jawab. Daku rasa, soalan ujian kamu lebih susah daripada set ini. Redah jerr …


Selesai peperiksaan, ketika daku mahu lunch di kafeteria, daku dihampiri 2 pelajar, Afiqah dan Natasha. Tersengih-sengih dari kejauhan. Pasti mahu memberitahu daku peri susahnya soalan itu. Standard procedure … hehehe. Mereka merapati daku, dan menyerahkan 2 keping kad ucapan. Kemudian kami pun bersalam-salaman sebelum mereka beredar.


Kad 1: Berian pelajar-pelajar AMD6PA (sem Dec 07 - Apr 08)


Kad 2: Berian Nurul Afiqah Junaidi (AMD6PA - Class of Apr 08)


Hmm … kalau diikutkan pemberian sebelum selesai proses memasukkan markah adalah satu kesalahan kerana ia menandakan “clash of interest” – interest daku sebagai pemeriksa dan interest mereka sebagai yang diperiksa. Daku tak pasti bagaimana perkara ini, namun kuterima sahaja kerana itu adalah sebahagian rasa hati mereka. Ada rasa bersalah, tapi daku kesampingkan sahaja.

Sampai di bilik, daku buka kad-kad itu – penuh dengan ucapan terima kasih. Daku tersenyum sahaja.



Menerima ucapan begini selalunya menerbitkan rasa yang sangat indah – kerana ucapan sebegini menandakan bahawa kita sebenarnya telah memberi suatu kesan dalam fragmen hidup mereka yang menerima. Kesampingkan jugalah maksud dan niat mereka – terima dan lihatlah perkara itu dengan penuh kewajaran.


Untuk anak-anak ini, daku doakan semoga apa yang mereka lakukan memberikan kegembiraan buat hidup mereka selamanya.


Terima kasih.

No comments: