Tuesday, December 08, 2009

The theme right now ...

"When you need me, but do not want me, then I will stay. When you want me, but do not need me, then I have to go ..."

Tuesday, December 01, 2009

Serius: At my lowest point!

Exam dah tamat. Result dah tahu, cuma tunggu untuk Senate endorsement.

Perasaan?

Inilah yang mahu daku ceritakan.

Manusia memang dianugerah Allah dengan pelbagai emosi. Dengan emosi, kita boleh merasionalkan segala bentuk tindakan kita. Namun, keterlaluan menurut emosi jarang memberikan natijah yang baik.

Dan, di kala ini emosiku sedikit tergugah.

Semalam, KP menghantar message supaya semua subjek yang mempunyai kegagalan melebihi 20% perlu dilaporkan dalam laporan bertulis dan akan diberikan kepada dekan semasa mesyuarat keputusan peperiksaan peringkat Fakulti. Dan, seperti biasa, daku akan menjadi penyumbang tetap kepada laporan tersebut.

Keadaan ini sebenarnya membuatkan daku mula tertanya-tanya, apakah perlu daku bertukar profesion? Adakah daku memang tidak competent melaksanakan tugasan? Apakah daku yang berterusan salah? Adakah ini yang daku mahu lalui hingga bersara (atau selama diberi peluang bernafas)?

Saban semester, boleh dikatakan subjek ku yang mempunyai peratusan kegagalan teramai. Sedang di tempat lain, scorers berganda-ganda. Adakah daku mengajar lain daripada mereka? Adakah mereka mendapat kumpulan pelajar yang sangat bijak, yang bisa menjawab semua soalan dengan tepat? Atau, apa?

Adakah salah cara daku gunakan?
Adakah daku perlu menurunkan standard dan benchmark ku demi meluluskan walau kepada yang tidak layak?
Kenapa harus daku yang bertanggungjawab bila ada kegagalan dan tidak pernah dihargai dengan jumlah yang berjaya itu?

Bila ini yang terjadi, kekecewaan demi kekecewaan yang daku rasa. Daku tak tahu kepada siapa mahu kuadukan segalanya -- kerana di akhirnya, kesemuanya tertuding kepadaku semula.

"Tu la, garang sangat .. sampai ramai yang fail! Lecturer bodoh!"

"Dia ingat dia pandai sangat mengajar, perasan bagus. Tu la ramai yang fail!"



Seriously, daku macam terdengar-dengar dialog itu ketika ini. Dan, daku terasa sangat down. Daku sesungguhnya tidak tahu di mana harus kumulakan pencarian kepada titik mula semua ini. Apa agaknya yang tak kena?

Bila kutanyakan kepada pelajar, jarang yang mahu memaklumkan apa yang salah. Ya, mungkin mereka takut daku akan menghambur kebencian kepada mereka sekiranya mereka menegur. Tapi, kan ada banyak cara untuk kamu meluahkan apa yang tidak kamu suka?

Surat layang, boleh.
Emel pun boleh.
Lapor kepada KP, jalan yang baik.
Lapor kepada TP HEA, lagi superb.
Adukan terus kepada Pengarah ... semuanya berkemungkinan.


Seribu justifikasi pun mungkin tidak akan membetulkan keadaan. Akhirnya, yang kelihatan buruk diriku jua. Yang tidak competent itu daku jua.

Lantas, apa jawabnya? Atau, perlukah begini?



Ya Allah, jadikanlah daku hamba yang sentiasa bersyukur. Amin.

Tuesday, November 24, 2009

Santai: Bertemu dan Berpisah

"Bertemu dan berpisah ... adat manusia biasa ...
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar sampai di lain usia ..."



Hari ni rasa macam kena menyanyikan lagu yang selalu dinyanyi masa dalam Tunas Puteri dulu - Auld Lang Syne ke apa namanya .. dah lupa ... tak mengapa .. daku dah google kan ... boleh klik saja.

Bertemu dan berpisah itu sesuatu yang biasa. Setiap yang bermula akan berakhir. Apa yang penting bagaimana kita memenuhi setiap pertemuan kita. Andai bermakna, mungkin ia akan dikenang sampai bila-bila dan begitulah juga sebaliknya.

Kenapa macam sendu sahaja? Sebab hujan kah?

Tidak ... entri ini didedikasikan kepada seorang sahabat seperjuangan - En. Kamarudin Othmanpensyarah Ekonomi yang bakal bercuti menyambung pengajian PhD nya di USM dan kemudian akan mula berkhidmat di UiTM Merbok. Semoga beliau akan terus mencapai kecemerlangan untuk setiap perkara yang dilakukan.

To all the girls I loved before ... I dedicate this song for you ...
Sorry Kak Mona :p Pis! Pis!


P/s: Ada rasa juga nak buat sesuatu. Tapi apa ya ..? But, I just don't like change ... urghhh!!!

Wednesday, November 11, 2009

Serius: Yahooooo ...!

Google poster today - November 11, 2009


Tajuk serius, tapi cakap Yahoooo ...!? Kenapa? Adakah mabuk marking, sampai dah tak betul title nya? Kemudian letak pula poster google? Hallloooo ... are you OK?

I'm OK. Nothing wrong with me if you ever wondering. Well, I don't think it is wrong to speak about Yahooo ...! seriously ... Saja, nak tarik perhatian ... T_T


OK, serius ... serius.

Hari ini, November 11, 2009, ada dua paper ku masuk - PAD 120 + PAD 330. Part 1 dan Part 5. Di Dewan Aspirasi. Sebesar-besar dewan, students ku semua. Gila banyak. -- Statement biasa.

Sepatutnya kalau exam berlangsung waktu pagi, (9.00 - 12.00pm), maka, waktu untuk kutip bundle jawapan dalam pukul 3 petang karang. Tapi, setelah daku mandrem kan orang-orang Unit Exam, mereka telah kata ... OK, Cik Peesha boleh ambil sekarang .. wahahaha (banyak le mandrem .. memang boleh ambil immediately kalau orang tak ramai!).

Semasa sampai ke Unit Exam, waktu exam masih berbaki 15 minit. Maka, daku pun berborak dengan gadis penjaga kaunter, Cik R (nama sebenar). Dia baru sahaja bercakap dengan seseorang di telefon. Rupa-rupanya panggilan tersebut adalah daripada petugas peperiksaan di Dewan Aspirasi untuk memaklumkan bahawa seorang pelajar telah ditangkap meniru dengan menggunakan PDA. (Canggihnya budak-budak sekarang!)

Daku sudah mengagak -- kerana kalau ada paper PAD yang masuk di mana-mana tempat pun, kebarangkalian berlaku pelajar meniru adalah tinggi. Dan, tekaanku amat tepat, cuma tidak tahu, part 1 atau part 5 yang meniru itu. Daku tanya Cik R, apa hukuman kalau begitu? Menurutnya, dalam kes yang sangat obvious seperti ini, sama ada digantung setahun atau dibuang. Tapi, selalunya TP akan rekomen buang sahaja. Daku melepaskan nafas yang panjang ... wah .. ala-ala cerita alaf37 pulak ... hehehe.

[This is when you should open your mouth in awe!]

Kemudian, bundle skrip jawapan mencurah-curah masuk. Being kepochi, daku pun segera bertanya kepada mereka yang terlibat dengan kejadian penangkapan tersebut. Cerita yang tak banyak beza daripada cerita Cik R. Kemudian, apabila Ketua Pengawas menyerahkan barang bukti kepada Cik R, daku merasa sangat sedih, kerana pelajar itu adalah pelajarku. Pelajar yang kukira sangat berpotensi, yang kelihatan sangat memberi perhatian di dalam kelas dan tidak memberi banyak masalah. Beliau malah adalah antara pelajar yang sangat daku senangi. Carry marks nya juga tidaklah buruk untuk menyebabkan beliau meniru.

Daku sebenarnya sedar pelajar meniru semasa ujian dan peperiksaan, dan seperti yang kukatakan di awal tadi, pelajar-pelajar Fakulti kami mempunyai kecenderungan meniru yang sangat tinggi. Mungkin nature subjeknya (yang menyebabkan ramai orang meremeh dan memperlecehkan subjek-subjek yang kami ajar dengan alasan subjek-subjek itu senang) atau mungkin perangai pelajar itu sendiri.

Daku sering memejamkan mata untuk tidak mempedulikan mereka yang meniru kerana padaku, itu antara pilihan mereka. Not that I'm condoning the action .. tetapi daku rasa daku bosan untuk menghadapi perbuatan yang tiada integriti itu. Ia adalah refleksi kepada keseluruhan kehidupan pelajar. Well, I don't think I need to justify why I let it happen though ...

Pelajar sering merungut mahu dilayan seperti orang dewasa yang matang ... namun sering meniru di dalam ujian dan peperiksaan. Di mana letaknya dewasa dan kematangan itu? Maka, jangan marah kalau ada pensyarah yang melayan kamu seperti di sekolah, kerana sebahagian besar perbuatan kamu tidak mencerminkan kematangan kamu!

Daku memang tidak berasa apa-apa dengan kejadian ini kerana entah kenapa daku seperti mendapat premonition (wahhh gitu! -- ala-ala Heroes la pulak :p) yang kejadian ini bakal berlaku. Tapi, kesedihan tetap ada ... kerana:

  • Pelajar sanggup membuang masa untuk memikirkan cara terbaik untuk melakukan penipuan.

  • Pelajar sanggup menggadaikan masa depan berhadapan risiko untuk digantung dan dibuang universiti dan kemudian menggadaikan kepercayaan orang terhadapnya.

  • Sekiranya pelajar lepas dalam penipuan ini, kesan jangka panjang melibatkan soalan keberkatan reseki dan kehidupan mungkin berlaku. Kita hidup ini pada 2 perhubungan - perhubungan dengan Allah, dan perhubungan dengan manusia. Dosa menipu mungkin diampunkan ALlah, namun sekiranya ia melibatkan orang lain juga (dalam kes ini, daku la ... ehem .. ehem) ... dia perlu mendapatkan kemaafan orang tersebut. Dan sekiranya orang itu (daku kah?) tidak memaafkannya, akan diambil timbangan pahalanya untuk diberikan kepada orang tersebut (daku lagi? huhu).

Berapa ramai yang bekerja, dan bergaji tinggi tapi makin resah kehidupan. Mempunyai anak-anak yang tidak mendengar kata dan persekitaran hidup yang tidak memberangsangkan wa;aupun zahir kelihatan lengkap serba serbi? Mungkin wajar direnung-renungkan dari sekarang sekiranya kamu telah, sedang atau mungkin merancang untuk terlibat dengan perkara-perkara mughallazah ini! -- boleh join Prof Izi nih :p

So, apa yang yahooo ...! nya?

Yahooo ... sebab memang akan ada pelajar yang mengecewakanku dengan perbuatan ini.

Yahooo ... kerana ilmu yang kuberikan terasa seperti tercurah ke tangki septic.

Yahooo ... kerana dia tertangkap dan kemungkinan dia akan sedar kerana dia masih muda untuk menanggung kesan perbuatannya. Maksudnya, dia masih ada masa untuk reflect kesalahannya.

Tapi, satu yang pasti, perbuatannya pasti akan terlekat pada mindaku dan ditakdirkan dia masih diber peluang untuk meneruskan pengajian ... persepsiku dan kepercayaanku terhadapnya memang sudah 360 darjah berubah!

Pantun lama orang Melayu dahulu ...


Setali membeli kemenyan,
Sekupang membeli ketaya**;
Sekali lancung* ke ujian,
Seumur orang tak percaya.

----------------------------
glosari:

Ketaya
(1) Jamung - obor yang dibuat daripada buluh dan dibubuh damar pada hujungnya untuk dibakar

(2) Perkataan minang yang bermaksud tali daripada rotan terpilin (pintal) yang diikatkan pada leher lembu

Lancung - menipu - perkataan ini sering disalah eja dengan lancong (lawat). Maka, pelancongan tidak harus dieja dengan 'pelancungan' (seperti yang tertera di sebuah papan tanda di Kijal) kerana ia bermaksud 'penipu'

Kenapa poster google tu? Saja ... buat hiasan. Comel.

Monday, October 19, 2009

Serius: Kalau masuk kandang kambing, kena buat sama macam masuk reban ayam kah?

Betapalah sepanjang Oktober ni, langsung tiada entri. Entah-entah ada yang dah sedekahkan al-Fatihah kat daku gamaknya ... Ya lah, bila tiada entri, sama lah dengan tidak bernyawa lagi, kan? Kerana itulah nature blog. Haih ...

OK, kenapa tajuk di atas tu? Siapa nak masuk kandang kambing? Siapa pula nak masuk reban ayam?

Minggu lepas daku menyudahkan sebahagian daripada presentation untuk ketiga-tiga subjek yang daku ajar. Maka, pada hari Rabu dan Khamis, naik sebu telinga, perut dan otak mendengar lebih daripada 10 presentations non-stop. Makin sakit hati apabila sudah diterangkan bagaimana presentation harus disampaikan, tapi masih ada yang mengambil mudah. Sudahnya, ada kumpulan yang terus daku berhentikan daripada presentation kerana presentationnya berbentuk membaca nota. Itu bukan presentation, itu reading, and I can read by myself, thank you!

Sebelum mereka melakukan presentation, telah daku sertakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam sehelai kertas A4 - lengkap sekali dengan jadual submission term paper - selepas presentation dilakukan. Selalunya, daku akan memberikan 2 hari sahaja untuk mereka melengkapkan term paper mereka dari hari presentation. Maka, sekiranya mereka present hari Rabu, term paper perlu dihantar pada hari Jumaat, dan masa yang ditetapkan adalah antara 9.00-9.30am. Semuanya ini telah dinyatakan dengan jelas.

Hari Jumaat.

Daku sampai ke pejabat pada pukul 9.03 pagi - sedikit lewat kerana ada perkara yang perlu dilakukan. Dan, sampainya di luar pejabat telah ada term paper yang diletakkan di dalam box - siap dengan masa mereka menghantarnya. Sungguh efisyen! Bagus.

Kemudian, daku pun menunggu di pejabat sehingga pukul 9.30 pagi dan selepas itu daku pun balik. Most of the groups memang menepati masa - especially groups of part 5 and part 6. Syabas! Maklumlah ... dah senior dan faham agaknya bagaimana daku bekerja.

Yang menjadi masalah, group daripada part 1. Mungkin mereka memikirkan bahawa daku tidak akan ke pejabat pada hari Jumaat dan Sabtu untuk memungut assignment yang dihantar ... maka ada yang tidak menepati masa. Lebih kurang pukul 10.30 pagi, daku menerima satu panggilan daripada seorang pelajar part 1 - memohon untuk menghantar assignmentnya pada esok hari (hari Sabtu) - alasannya, dia tidak sempat hantar binding dan lupa bahawa tiada kedai binding yang dibuka pada hari Jumaat.

Daku jawab:
You boleh hantar assignment tu esok, tapi I tak akan marking. When I said 9.00am, it means 9.00am. I dah bagi masa 2 hari untuk semua group. Kedai tak buka or what so ever, itu your problem. OK? Have a nice day ... bye!

Itu cerita hari Jumaat. Hari Sabtu ada cerita yang lebih kurang sama.

Pukul 9.05 pagi, daku berada di pejabat untuk menantikan assignment yang akan dihantar oleh group yang present hari Khamis. Dalam pukul 9.15 pagi, daku menerima sms yang lebih kurang begini:
"Miss, kami mohon untuk menghantar assignment pada waktu lain due to the unforseen problem and computer crash. Plus, tak semua members yang buat assignment tu."

Eiiii ... benci betullah! Cepat sahaja daku balas:
"It is very clear the due time is today - 9.00am. If I'm about to give you postponement, I'll be doing injustice to others. Plus, you should have back up and anticipate this kind of problem since you're working in group. So, if I don't receive any from you by or before 9.30am today, then no marks for you as the assignment is concerned. Take it or leave it."

Dan, sampai sudah assignment itu tidak dihantar. Ikut suka deme lah ...

Moral cerita:
Belajar untuk memaham arahan. Kalaupun dikau itu terbiasa dengan pensyarah yang tak ambil kisah bila nak hantar assignment, macam mana nak buat presentation ... cubalah gunakan fikiran tu sikit ... tak semua pensyarah sama. Lain orang lain caranya. Lagipun, daku tak rasa permintaanku itu keterlaluan. Masa yang cukup telah diberikan, dan syarat yang jelas telah kunyatakan.

Itu sebabnya, tajuk entri ini berbunyi "Kalau masuk kandang kambing, kena buat sama macam masuk reban ayam kah?" - kerana, dikau tidak seharusnya blanket semua orang sama. Dan, sekiranya dikau masih menjadi pihak yang menerima arahan, belajar menerima arahan dengan betul. Pasti ia akan memudahkan dikau juga.

Ambil peringatan ini kalau dikau rasa dikau akan tercampak ke dalam kelasku semester depan. Dan, senior, tolong bagitahu sikit adik-adik junior ini bagaimana untuk berfikir di luar kotak. Jangan jumud dan pemalas.

Faham?


Signed:
Lecturer yang garang-kejam-kepala angin

Saturday, September 26, 2009

Santai: Hahaha. How come meh?

Picture credit

Today, I learnt a new (orang lain dah lama tahu) maxim while watching "Howie Do It":

Those who can't do, teach.



This statement suggests that people who have failed or would be failures in the world outside of academia end up as teachers.

OMG! Ngee .. ngee ... apakah? Adakah ....?

Patut tanya balik hati dan perasaan ni ... adakah daku sebenarnya ikhlas? Or, betulkah daku seperti di dalam maxim itu?


P/s: Kata adikku ... keikhlasan tahap tertinggi analoginya seperti membuang air besar, di mana kita tidak akan memikir langsung apa yang terjadi pada buangan itu. Dan, orang yang ikhlas itu, begitulah seharusnya. Melupakan apa jua kebaikannya tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hahaha!

Thursday, September 24, 2009

Harapnya daku belum terlambat untuk mengucapkan dikau semua ....


Jika ada langkah yang menoreh hati
Ada tingkah membekas luka
Ada lisan yang tak terjaga
Ada janji yang tak tertunai
Ada hati yang berprasangka
serta ucapan berbunga dusta


Mohon dibukakan pintu kemaafan ....

Sunday, August 16, 2009

Sendal Sengal

Tempat:
Bilik X

Kelas:
AMDXXXX

Subjek:
PADXXX

Daku:
"This theory is believed to be proposed by James I (I did pronounce as James Ai) .... bla .. bla ..."

Depa:
"Er Miss .... I think it should read ... James the First!"

Daku:
"Hah?" --- huhuhu ... maluuuuuu!
"Yeah ... I got confused. Orait, James the first then ..."


Haih~~~

Moral of the story:
To err is human, to forgive is divine ... :p

Thursday, July 09, 2009

Santai: Gedebak gedebuk!

Semester baru sudah bermula pada 7 Julai yang lalu. Dan, semester ini, daku telah mendapat satu kod baru untuk diajar. Perkara yang relatifnya 'kacang putih ' saja ... Kod untuk part 1 - Introduction to Political Science.

Tapi, walaupun kelihatan macam "apa lah sangat benda tu ...", bagiku ia bukan satu alasan untuk berlepas tangan dan ambil mudah. Walaubagaimana pun, daku masih belum berupaya untuk study apa pun lagi :p

Sebenarnya mengajar subjek part 1 adalah satu perkara yang agak mencemaskan diriku. Kenapa?

Pertama - ia ibarat mengajar kanak-kanak untuk mencuba dan menggemari sesuatu yang baru, dan ia bukanlah sesuatu yang mudah! Kalau dalam real setting, kita berhadapan dengan kanak-kanak yang mempunyai span of attention yang sedikit, untuk kes daku, daku berhadapan dengan kumpulan remaja yang harus dibimbing untuk melestarikan rasa minat mereka. Cabaran lagi, kerana mungkin mereka mendapat kursus bukan pilihan, dan untuk memupuk minat pada sesuatu yang kita tidak suka bukanlah sesuatu yang senang. Been there done that!

Kedua - part 1 merupakan tahap yang kritikal kerana ia boleh menentukan sejauh mana pelajar tadi boleh bertahan atau kecundang. Memanglah daku tidak bertanggungjawab atas usaha mereka untuk lulus atau gagal dalam subjek yang diambil, namun daku masih memikul amanah untuk membuatkan mereka bertahan hingga ke akhir. Maksudnya, caraku yang akan menentukan sama ada mereka boleh suka atau membenci subjek ini. Ibaratnya, first impression will lasts forever. Salah cara, mungkin mereka tidak akan langsung berkesempatan untuk explore banyak perkara menarik di dalam subjek ini.

Ketiga - Daku masih tercari-cari cara yang baik untuk menjadikan kuliah lebih berkesan. Setakat ini, banyak yang telah daku lakukan, sayangnya daku tidak pernah melakukan pengukuran keberkesanan terhadap perkara-perkara tersebut. Mungkin berjaya, mungkin tidak.

Oh ... bagaimana ni?

Apa pun, I've to stay positive.

OKlah, nanti daku beritahu lagi apa yang berlaku ya.

Oh, berdebarnya!

Wednesday, July 01, 2009

Serius: Maruah dan Amanah

Ada 2 berita yang sedikit menyentakkan pemikiranku ...

Pensyarah
KLANG: Seorang pensyarah kanan warganegara India di sebuah universiti swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan RM800 daripada seorang pelajarnya sebagai dorongan untuk menaikkan markah dan seterusnya meluluskan pelajar wanita itu. Dr Krishna Prasad Pramulapati, 52, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali.
(read more here)

Pelajar:
KUALA LUMPUR: Dua pelajar tahun satu Universiti Malaya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap dua pertuduhan cuba melakukan khianat dan pertuduhan menceroboh Fakulti Akademi Pengajian Islam universiti itu pada 24 Jun lalu. Mohamad Izzuddin Hilmi, 21, dan Muhammad Syahrul Denn Ahmad Rosli, 21, pelajar fakulti yang sama didakwa bersama-sama tiga yang lain yang masih bebas telah cuba melakukan perbuatan khianat itu di pintu utama dewan fakulti itu pada kira-kira 4 pagi, 24 Jun lalu. (read more here)

2 kisah ini adalah selingkar kisah yang agak sering berlaku dalam dunia di sekitar kita. Sama ada untuk membiarkan ia berlalu atau mahu endah, itu adalah pilihan.

Daku letakkan tajuk entri ini - MARUAH DAN AMANAH - kerana kedua-dua kes itu sangat berkaitan dengan isu ini.

Dalam kes pertama, maruah seorang pensyarah kanan itu tercela kerana mengkhianati amanah, dan kes kedua, maruah pelajar PENGAJIAN ISLAM itu diinjak ke bawah oleh empunya diri kerana khianat amanah juga.

Kata bijak pandai, setiap manusia dilahirkan dengan maruah. Namun manusia juga akhirnya yang membebaskan diri mereka daripadanya.

Persoalan maruah bukan sesuatu yang main-main kerana maruahlah yang membezakan manusia dengan makhluk Allah yang lain. Tanpa maruah, kita tidak punya apa-apa. Kerana maruah, kita tegar mendokong amanah.

Antara amanah seorang pendidik itu adalah untuk menjaga integriti profesion dan akademik. Lebih daripada itu, seorang pendidik harus objektif. Dan, untuk pelajar pula, amanah mereka tergalas pada tuntutan menuntut ilmu dan menghidupkan ilmu pada kehidupan mereka supaya maruah dapat diperteguhkan. Dan, kesemua ini adalah cabaran yang bukan calang-calang.

Tak mahu bicara panjang lagi ... daku hanya mahu berpesan ... kalau kamu rasa neraka itu sudah berair-cond, buatlah apa saja yang kamu mahu!


Tuesday, June 09, 2009

Santai: Cerita hari ini, lewat kenangan semalam

Berbual-bual dengan teman sefakulti tadi, daku mendapat cerita baru ... rupanya ramai pelajar-pelajar yang mengambil semester pendek ini rela menukar kursus agar dapat masuk ke kelas lecturer nan satu tu.

Dahsyat juga ... mesti lecturer itu pandai mengajar dan bijak menjadikan pelajar selesa di kelasnya. (Seriously, inilah yang selalu daku fikirkan sekiranya daku berkongsi mengajar subjek dengan lecturer yang lain!)

Lantas, ia membuatkan daku berfikir, agaknya, pelajar-pelajar di kelasku, kalau diberi pilihan, mungkin akan tiada langsung yang akan belajar denganku.

Ya lah, mana ada pelajar yang mahu belajar dengan pensyarah yang banyak kerenah, sentiasa demand macam-macam daripada pelajar, yang garang macam singa betina atau mak tiri mereka (walaupun mak mereka masih masih ada!).

Dan, daku paling tak lupa ekspresi muka seorang pelajar bahagian 3 yang mengambil subjek ku apabila dikhabarkan daku perlukan volunteer untuk ke kelas lecturer itu untuk mengimbangi jumlah kelas. Siap angkat tangan, sapu muka, ala-ala bersyukur sebab terlepas daripada neraka dunia! Tapi, disebabkan clash, dia tidak boleh bertukar kelas. Daku rasa mahu ketawa ala-ala setan sahaja ... hahahahaha ... dan akhirnya, pelajar tersebut telah menggugurkan subjekku.

Apa moral entri ini?

Motifnya cemburukah?

Tidaaaak ... daku tidak perlu cemburu, kerana daku tidak mengharap daku menjadi kesukaan ramai. Cuma, perkara ini membuatkan daku terkenang masa-masa menjadi pelajar dulu.

Ada satu ketika, terdapat satu paper yang diajar oleh seorang profesor yang sangat lorat dan full of favoritism. Dan dia juga adalah lecturer killer - kata orang. Daku tidak pernah mengambil apa pun subjek dengan profesor itu. Namun, subjek yang diajarnya adalah subjek elektif yang daku minati. Bila saja daku mendaftar untuk kelas tersebut, ramai rakan-rakan mengucap takziah kepadaku. Macamlah daku akan belajar dengan Malaikat Maut saja layaknya!

Memang daku akui, pembelajaran selama empat bulan itu merupakan neraka, namun, hasilnya sangat membahagiakan. Kecut perut setiap kali kelas adalah perkara biasa.

Tapi, apabila belajar dengan orang yang banyak kerenah, kita akan mampu membawa keluar banyak perkara yang baik dari dalam diri kita. Kita menjadi lebih bersedia sebab mahu mengelak rasa takut dan malu kalau dimarah di hadapan rakan-rakan di kelas. Paling tidak kulupa, ada sekali, selepas profesor itu memeriksa assignment kami, assignmentku diberikan terakhir sekali, siap ada bintang dengan catatan "This doesn't looks like your work! Please see me immediately!" -- tak terucap cuaknya diriku. Menggigil-gigil daku menyambutnya.

Selepas kelas, daku segera menemuinya dan bertanyakan kenapa dia membuat catatan begitu. Sejurus itu, dia tersenyum, dan berkata - "nothing, I just want to see you in person as your analyses were good!" Phewwww! Kembang bermangkuk-mangkuk diriku.

Dan, seperti orang Melayu yang tipikal, daku membalas, "Well Sir, all credits are for you, too. I just follow what you've taught me. Thank you, Sir." Dia tersenyum panjang. Daku puas!

Sebenarnya daku merasakan daku tidak perlu menjustifikasikan segala cara pengajaranku di dalam kelas - denda, mengajar dengan tegas dan sebagainya - kerana daku mahu membuatkan pelajar sedar bahawa untuk berjaya itu tidak datang dengan mudah. Kekerasan selalunya akan membuatkan orang rasa terdesak, dan rasa terdesak mampu menjadi motivasi terkuat untuk berjaya.

Tapi, iya lah ... memberi alasan bahawa kita mahu menjadikan mereka (pelajar) yang terbaik kadang-kadang boleh disalahertikan. Ini kerana, ada yang berpendapat bahawa, tanpa ketegasan, mengajar penuh psikologi lebih memberi kesan yang efektif. Susah untuk membuktikan niat kita kerana apa yang terlihat pada sosok perbuatan kita mungkin tidak terkesan di hati dan fikiran orang lain.

Tidak mengapa. Preference orang berbeza-beza. Daku tidak akan terasa apa-apa. Belajarlah dengan sesiapa yang dikau suka. Semoga, siapa pun pilihanmu, yang penting, kekuatan ilmu yang menjadi penunjang dan bukan gred / senang diluluskan yang menjadi prioriti.

Sekian,
Lecturer yang garang.
P/s: Garang dan tegas tidak semestinya menjamin pelajar akan memahami apa yang diajar.

Monday, June 01, 2009

Serius: Kamu suka I.S.A?

Daku masih ingat lagi, kali pertama memulakan kerja di FSPPP pada penghujung 2003, fakulti ini hanya mempunyai 2 orang pensyarah - daku dan En. Ahmad Faiz (senior di UIA juga). Dan, pada masa itu, pelajar yang paling senior berada di semester 4. Ketua Program pun masih tiada dan ditadbir sementara oleh Koordinator Undang-Undang, Cik Siti Marina.

Hari ini FSPPP telah berkembang dengan pesatnya - dengan beberapa batches sudah graduated dan bertambahnya pensyarah baru bersilih ganti. FSPPP juga merupakan antara fakulti yang mempunyai kumpulan pelajar yang ramai untuk hampir keseluruhan bahagian. Dan, sedar tak sedar, hari ini daku antara senior untuk fakulti ini ... ah, betapa laju masa bergerak.

Apabila kita menyaksikan sendiri perkembangan begini, tidak dapat tidak kita akan menjadi sentimental dengan setiap apa yang berlaku padanya. Dan, sememangnya daku merasakan FSPPP sebagai sebahagian daripada diriku sendiri (begitu sekali ...! But, I'm serious, ok).

Seperkara yang wajar direnungkan, apabila berlakunya perkembangan, maka akan berlakulah banyak perubahan. Dan, perubahan itu boleh saja yang baik ataupun sebaliknya.

Seperti yang pernah kutulis sebelum ini mengenai sikap sesetengah pensyarah baru, entri ini pun sebenarnya berkisar kepada perihal mereka juga. Oh, jangan pula dikau salah sangka, ini bukanlah untuk menyatakan daku ini cemburu dengan mereka, atau mahu mengatakan yang daku ini pandai buat kerja atau apa ... sekadar satu teguran. Itupun, kalau kamu boleh memahami dan mahu mengerti. Daku tak mampu memaksa orang berfikir seperti daku, bukan?

Tapi, kenapa ISA?

Dikau tahu ISA itu apa? Oh, ia bukanlah Internal Security Act yang sangat kontroversi itu, tetapi merujuk kepada attitude apabila buat kerja ala-ala Ikut Suka Aku - hah, bukan ISA juga namanya?

Cuti semester ini daku mengajar untuk short course - short kerana pelajaran yang patut berlangsung untuk masa 4 bulan dikompres menjadi 5 minggu sahaja. Dan, subjek yang diajar ini dikongsi bersama 4 pensyarah lain - memang baru-baru belaka. Daku tiada masalah bekerja dengan orang baru.

Sebagai lecturer senior yang mengajar subjek ini setelah sekian lama, (dan daku juga adalah pembimbing untuk kursus ini), daku mengambil inisiatif dengan merangka corak penilaian pelajar - ini termasuklah peratus assessment, common test dan sebagainya. Daku juga telah memanggil kesemua pensyarah-pensyarah ini sebelum semester bermula untuk memberitahu apa yang mereka boleh expect dan beri untuk kursus ini. Dan, kami semua bersetuju bahawa test akan dilaksanakan secara common - i.e. common dari segi soalan dan masa. Lebih dari itu, daku telah menghantar emel kepada mereka mengenai maklumat test, corak soalan dan tarikh untuk soalan dihantar kepadaku supaya dapat kuselaraskan segalanya. Tujuan semua ini bukan untuk menunjuk daku pandai, tapi tak lebih daripada untuk memudahkan pentadbiran keseluruhan subjek ini.

Tetapi, hari ini, daku menjadi sangat kecewa dengan tindakan ISA seorang pensyarah ini. Awal pagi, daku telah mengirim satu emel kepadanya untuk meminta soalan seperti yang telah dijanjikan kerana hari ini adalah tarikh serahan, sepatutnya. Tidak dibalas. OKlah. Kemudian, daku cuba hubungi handphone nya, tak berjawab. Mungkin sibuk. OK, fikirku.

Kemudian, setelah beberapa ketika, pensyarah itu menelefonku. Dan, daku nyatakan sebab kenapa daku membuat panggilan kepadanya sebelum ini - mahu minta soalan. Dan, dengan tanpa rasa bersalah dan selambanya dia berkata:
"Em, Kak Fisha (bila masa aku kawin dengan abang dia! Bitter :p), saya dah buat dah test untuk student saya minggu lepas."

Daku:
"Dah buat? Kan kita janji nak buat common test?" - suara mula nak meninggi.

Dia:
"Saya lupalah pasal kita kena buat common test itu."

Daku jadi macam WTF!!!! Lupa? Kau ini otak lembu ke, otak manusia? Sedari awal semester, daku buat banyak perkara untuk mengingatkan perkara ini, dia boleh cakap lupa? Daku rasa itulah alasan terbangang yang pernah daku dengar dari orang yang educated begitu.

Dikau mungkin rasa semua ini remeh, kan? Orang lupa, biasalah tu.

Tapi, sebenarnya, apabila dikau mempunyai 2 kumpulan berbeza, untuk subjek yang sama, dikau perlukan common test untuk mereka supaya mereka tidak mempersoalkan pensyarah mengenai markah mereka (katakan lecturer A membuat soalan yang relatifnya senang daripada lecturer B, ini akan menyebabkan pelajar lecturer A akan dapat advantage lebih daripada pelajar lecturer B). Perkara-perkara beginilah yang mahu daku elakkan. After all, if anything happen, daku dan dia juga yang perlu menjawab. Dan, oleh sebab daku lebih senior dari dia, beban daku mungkin lebih, especially mungkin akan ada accusation yang daku tak bimbing dia buat kerja dengan betul.

Daku sangat kecewa. Sesungguhnya!

Kenapalah suka benar buat kerja tak bertanya dulu? Kenapa tak mahu berfikir? Ignorance? Stupidity? Sakit kepala ku memikirkannya.

Yang paling menyakitkan hati, boleh pula di hujung perbualannya, dia cakap begini:
"Er, nanti test 2 kita buat common lah ye?"

Tak payah cakaplah. I knew that since forever. Tambahan daku yang merancang keseluruhannya. Soalnya - kau akan ingat ke bila sampai masanya nanti?

Daku rasa, daku akan buat satu pendekatan yang revolutionary dan drastik untuk masalah pensyarah ini. Biarlah daku dikatakan overboard, daku tak peduli.

Kalau dia boleh ISA, ISA aku nak letak mana? Lubang jamban? Bontot unta?

Bodoh!

Wednesday, May 27, 2009

Emosi: Perlukah aku ....?

Adakah ini kesan psikologi atau apa?

Sejak 2-3 hari kebelakangan ini daku diterpa perasaan 'hilang minat'.
Hilang minat itu bukan pada kerjaya, tetapi kepada subject matter yang sedang daku ajar. Daku rasa bosan dengan politik. Daku rasa mindaku tepu untuk membuat sebarang analisis untuk setiap fenomena politik yang berlaku. Daku mula rasakan apa yang kebanyakan orang rasa mengenai politik. I've lost my interest ... absol ... oh no ... not yet ... tapi memang dah ke arah itu.

Ada orang kata ... dalam hidup ini timbangkanlah perkara-perkara ini sebelum bertindak:


What I like vs. What I know;
What I know vs. What I could
;
What I could vs. What I should.

So, should I resign? Should I go? Should I do something else?

I'm not so sure what I'm really good at ... urghhh!

Well, untuk dikau di luar sana ... inilah realiti kehidupan.
Ada masa dikau akan rasa kehidupan sangat teruk dan perlu ditamatkan segera .. err ... bukan bunuh diri ... tapi tamatkan keadaan yang teruk itu!

Am I suffering from burnout? I think so.

and I think, I need 'kit kat moment' right now.

.. sigh!

Sunday, May 10, 2009

Santai Serius: Jangan Bilang Tidak

Ini bukan berkenaan tajuk lagu ya …

Daku menjadi pensyarah belumlah lama. Tahun ini baru tahun ke-enam. Namun, sepanjang enam tahun itu, banyak sudah yang daku lihat, rasa dan alami. Dan, semua pengalaman itu menjadi acuan untuk apa yang daku lakukan hari ini.

Teringat masa mula-mula masuk kerja, banyak kerja-kerja yang tidak berkaitan dengan tugas hakiki diserahkan kepadaku. Dari perihal menyusun jadual, menulis laporan, menjadi pengiring lawatan pelajar, menjadi AJK Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dan sebagainyalah. Ibarat kata si Labi dalam filem Labu Labi: “Selagi tak tutup mata, kerja, kerja, kerja.”

Begitulah keadaannya. Kesemua itu diterima dengan sepenuh hati – walau ada rasa mahu memberontak disebabkan tekanan kerja, amanah tetap dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Namun, dalam masa yang sama, ada satu rasa yang sukar diungkapkan kala kerja-kerja itu mendapat pengiktirafan dari pihak tertentu. Terasa mahu selamanya menyumbang kepada institusi ini. Dan, kukira, itulah yang menerbitkan komitmen untuk lebih memberi.

Tambahan, menyedari bahawa daku adalah orang baru, di tempat baru, daku cuba mengambil resam, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak (daku suka tambah: masuk kandang babi, menyondol :p). Bukanlah mahu menunjuk rajin, cuma ada rasa mahu merasai kerja-kerja berpasukan itu.

Selepas enam tahun, daku menyaksikan pensyarah lama yang bersara dan kehadiran pensyarah baru yang muda cergas, daku mengesan satu fenomena yang daku rasa sedikit tidak kena. Apa dia?

Terdapat pensyarah baru yang terang-terangan menolak sebarang bentuk jawatan yang boleh dianggap menyumbang kepada universiti – hanya kerana jawatan itu tidak berbayar dan jawatan itu memerlukan dia memberi komitmen yang lebih di luar tugas hakiki. Yang mahu dipentingkan bagaimana mahu naik pangkat dengan cepat dengan banyak menulis dan membuat penyelidikan. Bukan sedikit kes, bila dipilih menganggotai jawatankuasa tertentu, muncung bibir boleh diikat buat penyangkut baju. Membentak-bentak tidak mahu. Tapi, kala mengisi SKT, tiba-tiba muncul segala macam aktiviti. Hairan juga daku. Tapi, berbaik sangka sajalah. Rezeki dia kot.

Ya, daku akur, penulisan dan penyelidikan terlalu penting untuk perkembangan karier seorang pensyarah. Namun, memberi sedikit sumbangan kepada institusi kita bekerja tanpa mengira ada bayaran atau tidak, daku kira adalah satu bentuk social responsibility – lebih kurang bermaksud – orang memberi kita merasa, orang berbudi, kita berbahasa.

Penulisan dan penyelidikan akan memberi manfaat kepada kita sahaja (manfaat daripada penulisan dan penyelidikan kepada orang lain itu, lain cerita) maksudnya, kalau banyak tulisan dan penyelidikan, cepatlah kita naik pangkat. Dan, pangkat itu selalunya dinikmati oleh kita sahaja. Apa pula kisahnya dengan memberi khidmat lebih daripada yang diminta?

Tidakkah kita terasa mahu berjasa kepada institusi yang membuatkan kita mendapat pangkat?

Tidakkah kita mengira bahawa banyak peluang yang telah disediakan oleh institusi supaya kita boleh menggapai cita-cita kita?

Semua itu adalah pilihan. Dan, sememangnya daku suka mengulang frasa, hidup adalah pilihan. Tiada yang salah dan tiada yang betul. Yang ada hanya pilihan demi pilihan. Kalau mahu bilang tidak, itu juga sebuah pilihan, bukan?


"You only live once, but if you do it right, once is enough" – tak ingat siapa yang kata ..

Saturday, May 09, 2009

Assalamualaikum. Tak jawab dosa. Hahaha.

Setelah sekian lama, daku seakan baru teringat yang daku mempunyai se'bidang' blog yang perlu kuusahakan. Dan, setelah sekian ketika, kini daku akan kembali mengerjakannya.

Demam peperiksaan dengan rasminya tamat semalam - 8 Mei 2009. Namun, demam pasca-exam itu belumlah habis. Tapi, bagi diriku, Alhamdulillah, semunya telah dibereskan. Walau sedikit kecewa dengan performance pelajar, daku masih boleh tidur lena. -- Ya, bagi pelajar yang membaca blog ini ... untuk subjek DA, kelas A, 12 orang failed. Kelas B, 4 orang. Kelas C, 2 orang. Dan, kelas D, 11 orang. Sesiapa yang terasa mereka tergolong di dalam golongan berikut, sila bersedia untuk sub-paper yang peperiksaannya akan diadakan pada pertengahan Jun nanti. Atau, sediakan duit untuk re-check sekiranya dikau rasa daku tidak meneliti kertas jawapanmu dengan sebenarnya [sepatutnya perkara ini tidak boleh diwar-warkan kerana belum rasmi ... namun, selagi pihak-pihak tertentu remain anonymous, daku rasa berita ini OK saja.]

Oh ya, daku tidaklah mahu berceloteh panjang untuk 'entri kembali' ini. Namun ada 2-3 perkara yang kukira sebagai snippet untuk entri akan datang mahu kucatatkan di sini. Antaranya:

  • Jangan bilang tidak.
  • Siri Diajar, Mengajar dan Belajar.
  • Lebih memberi, lebih yang kamu terima.
  • Cinta Hati Saya.
  • Mahu Ikut?

Apa cerita semua itu? Rahsia lah.

Mana boleh diceritakan lagi. Nama pun snippet.
Sekurang-kurangnya untuk memberitahu dikau bahawa daku masih aktif dan OK untuk mengerjakan blog ini. Dan, memberi kepastian bahawa dikau tidak perlu merindukan daku keterlaluan kerana daku masih berada di sini [jangan nafi, daku tahu dikau itu .... :p]


Sampai jumpa lagi.

Wassalam




P/s: Pada 1 Mei yang lalu, genaplah setahun usia blog ini. Daku berdoa semoga daku akan sentiasa mampu untuk memeliharanya untuk setahun yang akan datang. InsyaAllah.

Wednesday, April 22, 2009

Holiday is over!

I'm baaaaaack!

Syok betul lama bercuti dari ber'blog' ni ... Serasa banyak aspek kehidupan lain yang perlu diladeni selain daripada perbuatan nan satu ini.

Jenguk-jenguk ke kotak chat, ada juga yang mengambil iktibar cerita temuduga dan mock teachingku walaupun ceritanya tidak lah seberapa. Semoga anda yang berkenaan, akan berjaya dengan apa yang anda lakukan.

Sekarang ini tengah sibuk dengan perihal exam. Invigilate, buat assessment, consultation, marking - peak season untuk seorang pensyarah. Lepas ni daku mahu bercuti lama. Tapi, tak pasti akan berkesempatan atau tidak.

OK lah, sekadar makluman daku sudah balik.

Sampai jumpa lagi di lain entry. Chow!

Saturday, March 21, 2009

Santai: Menyantai

I'm on blog sabbatical .. will be back soon.

InsyaAllah.

Thursday, March 05, 2009

Emosi: Aku telah kalah ...

Semalam hari cuti ulangtahun pertabalan DYMM Sultan Terengganu. Hari Isnin nanti cuti Maulidur Rasul. Tapi masih ada kelas hari Khamis dan Ahad untuk sebahagian daripada pelajar, dan daku tidak berhajat untuk memberi kelepasan untuk hari tersebut walau apapun alasan mereka beri. Daku malah memberi amaran kepada sesiapa yang tidak hadir untuk kelas-kelas pada hari tersebut tidak akan dibenarkan untuk menduduki test 2, and I mean it.

Khamis. Daku sampai ke kelas tepat 8.00 pagi. Lampu sudah terpasang, ada 3 beg, tapi tiada orang. OK, mungkin mereka keluar. Daku on kan aircond, dan duduk di meja pensyarah. Sambil menunggu, daku menanda kertas ujian kelas lain.

8.03am. 5 orang pelajar perempuan masuk. Daku terus menanda kertas. Sambil itu, daku berikan slip kedatangan untuk ditandatangani.

8.11am. Masuk lagi 4-5 orang pelajar lelaki. Senyap-senyap sahaja. Mungkin mereka perasan mereka telah lambat masuk. Daku terus menanda kertas.

8.15am. Ada 5 orang pelajar lagi yang masuk. Riuh-rendah, riang gembira. Tak terasa langsung mereka telah berbuat salah. Daku biarkan sahaja.

8.16am. Pelajar terakhir masuk. Raja datang lambat. Daku biarkan juga.

Setelah mereka bersedia, daku biarkan mereka menunggu selama 5 minit tanpa berbuat apa-apa. Kemudian, daku memulangkan kertas ujian mereka yang lalu - seorang pun tak lulus - dan daku berkata dengan tenang:

"Tak ada seorang pun yang lulus and I really don't have any words to describe my disappointment. I think, no matter what, I never good enough for you. That's all for today. You all boleh balik. Thank you. Assalamualaikum."

Daku terus meninggalkan kelas tepat 8.22am.

Daku telah kalah. Kalah dengan situasi. Mungkin daku tidak kuat mencuba. Mungkin daku cukup tegar. Mungkin .... ya .. segalanya berkemungkinan.

Daku rasa berulangkali sudah daku katakan ... kalau ada yang tak tahu tapi masih mahu belajar, daku berjuta kali sudi mahu memberi ... tapi, kalau mereka terang-terangan tidak bersifat mahu belajar, terasa seluruh usaha dibaling ke muka.

Sakit.

Sedih.

Pedih.


Daku manusia biasa. Daku rasa perlu menangis untuk sebuah berian yang tidak pernah dihargai.

Persoalan: Adakah daku ikhlas selama ini?

Mungkin tidak seberapa ikhlasku, hingga mereka gagal untuk memanfaatkan segala-galanya.

Daku kalah!

Monday, March 02, 2009

Santai: Haaaa? Astaghfirullah!

Semalam lecture subjek Organizational Politics, sampai kepada sub-topic how to minimizing / curbing political behavior in organization, dan salah satu cara adalah - where resources are necessarily scarce, introduce clear rules and regulation to specify the use of the resources.

Lalu, daku berikan analogi scarce resources dengan merujuk kepada buku bertaraf
red spot di perpustakaan.

Daku:
Let say, we do need a book which may cost RM1000 per book. Since the university doesn't have any allocation for that, it may purchase a book. Thus, the book becomes scarce. As to prevent the political behavior (as people may hide or keep it to himself or etc), the book may be put in the red spot section and there will be clear rules and regulation to specify the use of book.

Well, what usually the rules that specify the use of red spot book?


Red spot from here
Mereka:
*Terpinga-pinga dan bercakap-cakap sesama sendiri

Daku:
Hello .... anybody there?

Mereka:
*Masih senyap dan berbisik-bisik

Daku:
Oh, come on ... don't tell me that you never heard of red spot collection?

Mereka:
*Tersengih dan mengangguk

Daku:
You don't know the red spot collection? Ohhh!!! - Daku kehilangan kata.


Mereka tersengih-sengih.


Daku tak tahu apa yang harus daku katakan dan rasakan lagi.

I think I rest my case now.

Allahummarzuqni sabran waj'al hum min an-najihuun ... InsyaAllah!

Monday, February 16, 2009

Santai: Hisyyyy!

Daku membuat entri begini di blog mereka seminggu yang lalu. Daku rasa sangat terang dan menyilaukan pandangan arahan itu.

Semalam, bertalu-talu panggilan telefon dan sms masuk untuk bertanyakan tarikh dan masa test. Satupun tidak kujawab. Dan, daku rasa, dikau tahu apa yang daku fikirkan terhadap mereka.

Hari ini, ada 4 orang pelajar dari kelas D ke bilikku. Perbualan kami begini:

Mereka:
"Miss, boleh tak kami nak minta jasa baik Miss untuk postpone test ni ke hari Khamis, masa tutorial kelas sebab kami tak kena pergi BTN minggu ni."

Daku:
"Tak boleh. I tak ada jasa baik."

Mereka:
"Budi bicara Miss?"

Daku:
"Apa yang dibudi-bicarakan? Kita bukan ada trial kat court nak bicara bagai. Tak de .. takde. Apa masalahnya kalau ambil hari ni?"

Mereka:
"Kami tak sedia nak jawab. Tak study."

Daku:
"That's not my problem!"

Mereka:
"Ummm ... takpe lah kalau tak boleh ... thank you Miss."

Mereka mula bergerak menuju ke pintu dengan kecewa.
Daku suka. Hahaha :evil :evil!

Daku:
"Dah kalau tak pergi BTN, buat je lah hari Khamis tu. Itu note untuk yang ke BTN je. Ni la penyakit kalau tak faham arahan betul-betul. Dah nak graduate pun, nak memaham arahan pun payah!"

Mereka:
"Yeayyy ... thank you Miss ... thank you. Baiknya Miss!!!"

"Hooray."

Well, we've discussed that a good change agent must sensitive and tolerate to client's problem, right? And, considering myself as a change agent, I must do what I preached no matter how much I hate it!

Mujur kamu datang di waktu daku sedang bermurah hati.

Kalau tidak ... lu pikir la sendiri!

P/s: Untuk pelajar kelas D, sekiranya ada yang fail test tu, sila pastikan anda semua bersedia untuk living like hell afterwards!

Saturday, February 14, 2009

Santai: Betul ke dokumen ni?



Kadang-kadang bila kulihat 'benda' ni, macam main-main saja semua.

Macam sijil buat program syok sendiri saja.

Betulkah semuanya?

Ahhhhh ....

Tuesday, February 10, 2009

Serius: Ada apa dengan Nota?

Banyak betul cerita-ceriti nota ini, kan? Tak akan pernah berhentinya polemik ini selagi masih ada penuntut dan guru.

Kalau pada entri yang lepas daku bercakap mengenai pensyarah dan nota, kali ini entri ini adalah lebih kepada pelajar dan nota. Sebenarnya dah ditulis mengenai perkara ini di sini. Namun, kali ini daku mahu melihat perkara ini daripada sudut yang sedikit berbeza.

Apa ceritanya?

Daku tidak tahu tentang dikau, namun, semasa daku bergelar pelajar, daku tidak pernah meminta nota daripada pensyarah (maksudnya, pergi kepada pensyarah dan berkata, "Puan / Cik / Encik / Dr. / Profesor, bolehkah saya dapatkan nota untuk kuliah tadi? Saya tak dapat apa-apa pun di kelas tadi.").

Tetapi, setelah bergelar pengajar ini, daku ada juga mengalami peristiwa itu - tak banyak, kerana para pelajar sangat maklum caraku. Cuma, pernah sekali, dengan selamba, seorang pelajar datang ke pejabatku, mengunjukkan pen-drive nya dengan berkata:
"Miss, can I copy all your notes into here?"

Daku pandang sahaja, sampai dia rasa serba salah. Dan, mujur juga dia faham yang pandangan maut itu membawa maksud "huh? GTH (opps, pardon my language!)", maka, dengan penuh kemalu-maluan, dia segera sedar diri dan sedar tindak serta memohon maaf berkali-kali. (Dahsyat gila aura garangku .. huhu).

Daku sebenarnya rasa pelik apabila ada pelajar yang datang ke kelas tanpa membuat apa-apa catitan. Tambah pelik, bila mereka hanya melopong mendengar syarahan. Ya, mungkin mereka mempunyai photographic memory atau minda yang sangat kuat menyerap seperti span basah, maka mereka tidak memerlukan sebarang catitan. Namun, daku masih percaya, pasti ada sesuatu yang pensyarah beri perlu kita catitkan.

Kemungkinan besar, kecenderungan untuk melopong tanpa mengambil nota disebabkan mereka banyak 'mewarisi' nota turun-temurun daripada senior mereka. Ditambah, nota itu daripada pensyarah yang sama, maka lagi senang kerja mereka. (Lihatlah pensyarah-pensyarah, sekiranya anda tidak mengemaskini nota anda, yang lama itu jugalah yang dihafal pelajar tanpa ada kesedaran untuk mencari sesuatu yang baru. Masakan anda lupa pepatah - "kalau guru kencing berdiri, murid pun kencing berlari ...")

Kemahiran mengambil nota adalah sesuatu yang penting - ini kerana ia melibatkan pemahaman, penumpuan dan kecekapan mengenalpasti mana satu nota penting atau nota sampingan. Sekiranya dikau tidak menguasai kemahiran ini, ia adalah sesuatu yang sangat merugikan!

Teringat perbualan dengan seorang teman yang baru menghabiskan pengajian di peringkat sarjana. Katanya, di kelas, hampir semua rakan sekelasnya adalah fresh graduate dan dia pula adalah golongan 'old-school' yang belajar dengan usaha sendiri (baca: tidak mengharap nota warisan). Apabila dia beriya-iya menyalin apa yang pensyarah cakap / syarahkan, rakan yang fresh graduate itu kehairanan - "apa yang akak salin tu? Itu nota ke?" -- ohhh ... dia hanya terkedu. Lihat, bandingan antara kita dan mereka. Di mana salahnya?

Teringat pula daku pada kisah sendiri semasa menuntut - pensyarahku berlenggang datang ke kelas. Bila bersyarah, hanya ada satu dua perkataan sahaja yang tercatat di papan putih. Dan, daripada perkataan itu, dia mampu memberi syarahan tanpa henti selama 2 jam. Nah, masa itu, pandai-pandailah menilai, mana satu nota penting, nota sampingan. Ada seorang rakan yang belajar trengkas dapat menulis banyak perkara. Tapi, bagi daku yang terkial-kial menulis, banyak benar lompangnya. Dan, bila balik ke bilik, kami membandingkan nota masing-masing dan belajar untuk melengkapkannya. Tak lengkap juga, dua tiga buku kami rujuk, namun, untuk pergi menghadap pensyarah meminta nota, tidak sama sekali.

Nota sebenarnya adalah catitan ringkas mengenai apa uyang kita faham - kalau kita faham sedikit, mungkin nota kita sedikit. Malah, nota yang daku syarahkan dalam kelas pun adalah nota yang kuringkaskan daripada buku teksmu ... menurut pemahaman ku. Tak guna ada nota daripada orang lain sekiranya dikau tidak memaham satu apa pun mengenai yang ditulis itu.

Maka, pelajar-pelajar, belajarlah mengambil nota dengan betul. Tingkatkan kemahiran mendengar dan menumpukan. Jangan selalu bergantung kepada kawan. Sentiasa mahu berusaha. Nasihat yang sangat cliche, namun, itulah yang masih relevan.

Untuk bakal pelajar-pelajarku, daku tidak mahu melihat sebarang nota turun-temurun di semester hadapan, atau kamu daku humban ke luar kelas. Ya, daku boleh melakukannya!

Sunday, February 01, 2009

Santai: Something light to Share

Daku rasa mungkin dikau sudah banyak kali membaca mengenai perkara-perkara ini. But, even though I've read this over and over, it never fails to make me smile and feeling good about the life I've been through. Such a wonderful experience one can say ... Enjoy!

The majority of students in universities today were born in 1983. They are called "youth". They have never heard of "We are the World, We are the Children..." and the "Uptown Girl" they know is by Westlife not Billy Joel.

For them, there has always been only one Germany and one Vietnam. They do not know about the Soviet Union, Cold War, and Perestroika.

AIDS has existed since they were born. CD's have existed since they were born.

Michael Jackson is already whitened.

John Travolta is always round in shape and they can't imagine how this fat guy could be a god of dance.

They believe that Charlie's Angels and Mission Impossible are just new films out last year.

They can never imagine life before computers (think Atari).

They've never heard of Pac-Man or Space Invaders.

They can't believe a black and white television ever existed and don't even know how to switch on a TV without a remote control.

And they will never understand how we could leave the house without a mobile phone.

Let's check if we're getting old ...

  • You understand what was written above and you smile

  • You need to sleep more, usually until the afternoon, and especially after a night out

  • Your friends are getting married / having babies

  • You are always surprised to see small children playing comfortably with computers

  • When you see teenagers with mobile phones, you shake your head

  • You've developed more and more feelings about your work. It's now your life

  • You spend less and less time talking on phone with your friends daily

  • You meet your friends from time to time, talking about the good old days, repeating again and again all funny stories you have experienced together

Yes my friend, you're getting old! Ohhh ... ohhh ...

Thursday, January 22, 2009

Serius: Pensyarah baru dan Nota

Waktu duduk senggang menunggu kelas bermula, daku bertemu Puan A. Menyapanya, lalu terus dia melabuhkan punggung dan menyertaiku yang duduk. Terus bercerita tanpa dipinta (oh, Puan A sememangnya ramah, dan kadangkala keterlaluan pula ramahnya).

Cerita punya cerita, termasuklah pada perihal pensyarah baru. Ia bermula setelah ada 2-3 orang pensyarah berjalan melalui tempat yang kami duduk-duduk itu.

"Ramai betul kan new lecturers now. I lost count dah. Dah la tak kenal kenal ... " katanya.

Daku iyakan sahaja.

Kemudian, hikayat sebenar bermula.

"Eh, you know, ada la my student dapat offer jadi contract lecturer in our fac. Hang tau, mula-mula dapat course code, datang la mai jumpa aku ni. OK la, nak mintak nasihat. Mak OK je nok. Tapi, yang tak tahan tu, lepas tanya itu ini, boleh pulak tanya - Puan, nota tak ada ke untuk saya pinjam?

Bengang gila aku. Dah la masa belajar aku suap habis-habisan nota ke depa, ni dah nak jadi lecturer pun nota nak mintak kat pensyarah senior? Mendidih aku."

"Lecturer baru ni memang macam ni. Aku pun tak faham." Daku mengapi-apinya.

"Aku dulu ingat lagi, masa dapat kod baru ... dok berjaga 2-3 pagi tu besa la (biasalah), nak study. Ni, senang-senang nak mintak nota. How on earth, hang nak mengajar, hang ambil nota orang? Akai ada ka? Dah tak faham, mengajar student, lagi bengong la semuanya!" - berapi makcik tu.

"Dah, apa hang buat kat dia?"

"Aku bagi la seketoi parpu. Aku suruh dia pi cari pass years, buat analisis sendiri, tengok topik mana yang di stress kan, pastu buat la nota sendiri. Lagi pun, nota yang aku ajar dalam kelas tu dia pi humban mana? Guna sajalah. Bukan dia tak pernah belajar subjek tu!"

Betoi dak?" -- haih, tanya aku pulak!

"Betul, betul. Memang la kan depa ni ... Tak pa lah, hang relax dulu. Cool down. Aku nak chow pi kelas ... nak mengamuk apa yang patut .."

Hahahahaha .. tawa kami berderai.

Sebenarnya itu merupakan fenomena yang membimbangkan, kerana sekiranya pensyarah bermula begitu, ia merupakan satu petanda jelas bagaimana dia menanggapi kerjanya.

Padaku, menghampiri pensyarah senior untuk meminta nota adalah perbuatan yang sangat memalukan. Ia menunjukkan ketidaksediaan anda untuk menjadi pendidik.

Sudah kunyatakan dalam entri terdahulu bagaimana memantapkan diri walaupun dengan keadaan yang paling tidak bersedia. Jangan sentiasa mahu mencari mudah, kerana yang mudah dapat, mudah saja perginya.

Bila kurenung bait ini, daku terkenang kepada mak, bila ada ketikanya dia membahasakanku:
"Hang ni tak mau susah langsung!"

Mulanya daku membantah, kerana buat apa hendak menyusahkan diri kalau ada benda yang menyenangkan? Buat yang menyenangkan itu. Jangan nak pening-peningkan kepala dengan kesusahan.

Tapi, setelah menilai apa yang berlaku ini, hikmah mak ada benarnya.

Buat yang akan bergelar pensyarah ... tak kiralah apa pun sebab dikau menjadi pensyarah itu, dipaksa, terpaksa, direla, merela - amanah yang terpikul, tunailah sebaiknya.

Mungkin easy say than done ... itulah hakikatnya. Tambah pula kita ini pemberi khidmat kepada orang lain yang menyangkuti seluruh tanggungjawab kita dan hak penerima khidmat itu.

Proses mengajar juga sebenarnya proses kita belajar. Fahamkan diri dengan sefahamnya sebelum memahamkan orang lain. Kalau sedikit fahamnya, usaha, tambahkan pengetahuan. Pokoknya, jangan ambil mudah. Tiada perbuatan yang tiada balasan, tak kiralah semikro mana ia pada tanggapan anda.

Take one step at one time. Seek to understand, then to be understood (mungkin berlainan konteks, tapi tetap relevan).

Apa sangatlah ulangkaji untuk subjek yang pernah anda belajar suatu ketika dulu? Lagipun, anda pasti seorang yang bijak dan cepat faham .. kalau tidak, takkan anda menjadi pensyarah, kan?