Sunday, May 04, 2008

Kenangan: Aku Hampir ke situ

15 Disember 2003 – dengan penuh debar daku punched in kad kerja daku.

Dalam hati:
“Oh … ini rupanya punch card.” – Maklumlah, orang tak pernah kerja. Macam agak keciwi sikit. Hehe!

21 Disember 2003 – kelas pertama – PAD 160, bilik 14A1.


Daku berdiri kaku di hadapan kelas 14A1, berkira-kira apakah sebenarnya yang bakal daku hadapi di dalamnya. Daku tidak masuk, kerana masih ada kelas yang belum habis di situ. Ada 2-3 orang pelajar yang datang awal ke kelas tersebut memerhati daku. Kemudian terdengar bisik-bisik halus. Mungkin mereka sedang berbicara mengenai daku yang nampak agak dewasa untuk menjadi rakan sekelas mereka, namun agak tidak meyakinkan sebagai seorang pensyarah. Daku memberikan senyuman tawar.

Setelah kelas sebelumnya tamat, dakupun melangkah masuk dengan penuh debaran. Tapi, debaran itu tidak sekuat mana pun. Masih terkawal. Dan, tiba-tiba sahaja, sejumlah 75 orang pelajar lelaki dan perempuan semua merenung daku. Terkesima sebentar. Namun, dengan keyakinan dan ketenangan yang entah daripada mana datangnya membuatkan daku berupaya memulakan detik pertama itu dengan jayanya. Dan daku rasa, daku sudah punya idea kasar bagaimana daku harus menghadapi semua ini.

Menjadi seorang pensyarah, daku menyedari, tugasku tidak akan berakhir selepas kelas berakhir, namun akan terus bersambung-sambung sampai daku tidak bekerja lagi. Oleh yang demikian, daku mengambil keputusan untuk melakukan apa yang daku fikirkan betul dan baik untuk mereka yang berada di sekelilingku. Mengajar, membetulkan, merangsang pemikiran, menegur, melenting adalah antara sebahagian mekanisme yang daku gunakan untuk daku memberi justifikasi terhadap kewujudanku di dalam bidang ini. Bunyinya seperti ideal sahaja, tapi itulah yang benar berlaku.

P/s: Kumpulan pelajar pertama daku adalah pelajar-pelajar DPA, UiTM Terengganu, kemasukan Jun 2003 - Mei 2006 (Third Batch)

No comments: