** Catatan 14 November, 2007
Semalam daku menerima perkhabaran sedih dari seorang teman di kampus cawangan lain. Dia menyatakan bahawa permohonan untuk mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD telah ditolak oleh fakulti (masih menunggu alasan penolakan daripadanya). Dia adalah seorang yang sangat serius tentang kerjanya dan memegang banyak jawatan penting di kampus tersebut.
Kemudian, hari ini, seorang teman sekampus bercerita tentang peluang-peluang yang terbuka luas untuk mereka yang mengajar di kampus utama. Dengarnnya, berbondong-bondong manusia di sana mendapat biasiswa dengan maha mudah, sedangkan yang di cawangan bermati-matian berjuang mendapatkannya tapi belum tentu akan dapat.
Satu persoalan - kenapa perlunya ada double standard yang begitu?
Apa lebihnya mereka di kampus utama mendapat layanan yang sebegitu rupa, hingga ada yang diberitahu boleh pula memilih mana-mana tempat di dunia ini untuk melanjutkan pelajaran sedangkan di cawangan telah dijatuhkan keputusan, "anda hanya boleh melanjutkan pelajaran di dalam Malaysia sahaja."
Adakah kerana mereka di kampus induk menanggung beban pengajaran sampai 10 jam kredit, sedangkan pensyarah di kampus cawangan hanya 25 jam kredit?
Adakah pensyarah di kampus induk terlalu bagus mengajar dan selalu mendapat percentage students yang lulus terlalu ramai dengan membocorkan soalan-soalan peperiksaan akhir, sedangkan pensyarah di kampus cawangan mengajar secara lewa sahaja?
Aduh ... tolonglah ... sampai bilakah masalah begini akan berakhir?
Bila kami ini bersetuju untuk di hantar ke cawangan, bermakna kami bersedia untuk bertugas di mana sahaja kami diarahkan bertugas. Kami menumpahkan kesetiaan yang sama beratnya dengan pensyarah di kampus induk. Namun, kenapa kami dinafikan peluang yang mereka perolehi? Adakah kami di sini bekerja untuk kesenangan orang di sana atau kita sememangnya bekerja bersama-sama? Kurangkah standard kami di mata orang-orang di kampus induk?Sekiranya kita masih bernaung pada satu institusi yang sama, sama ratakanlah peluang itu. Walaupun dalam 5 beradik seibu seayah pasti ada seorang yang paling ayah atau ibu sayang, janganlah dilukai hati anak-anak yang lain. Sayangilah yang tersayang itu cara mana sekalipun, namun, jangan dibiarkan yang lain rasa dikurangi.
Mohon pertimbangan yang saksama.

No comments:
Post a Comment