Sunday, May 04, 2008

Serius: Jangan lewat

Satu kepantangan daku adalah lewat. Lebih-lebih lagi kelewatan yang disengajakan. Pada daku, lewat secara sengaja adalah refleksi sejauh mana kita berminat terhadap sesuatu ataupun tidak. Sedari awal semester daku selalu mengingatkan para pelajar bahawa daku tidak akan bertolak ansur terhadap sesiapa yang lewat dan selalunya ingatan ini akan difahami sehingga ke akhirnya.

Antara denda yang pelajar bakal hadapi sekiranya mereka terlewat, mereka tidak akan dapat masuk ke kelas kerana daku akan mengunci pintu kelas. Namun begitu, ada juga yang akan menunggu di luar kelas dengan pelbagai aksi – melekapkan diri di cermin tingkap, menulis nota besar meminta maaf, melompat-lompat dan sebagainya. Selalunya, mereka akan dapat masuk setelah 30-45 minit berada di luar kelas (pada hari daku ber’mood’ baik. Namun, kadang-kadang mereka tetap tidak dibenarkan masuk langsung).

Antara sebab Islam digelar satu cara hidup (a way of life) adalah kerana agama itu sendiri memang membentuk kehidupan manusia. Islam mengajar bagaimana kita harus menjaga waktu, menepatinya dan menghormati guru dan ilmu. Sekiranya anda menanggapi semua ini seadanya saja, anda telah berlaku zalim terhadap banyak perkara sedangkan Islam sangat particular terhadap meletakkan sesuatu pada tempatnya i.e. berlaku adil.

Hormat datang secara dua hala – anda memberi, anda akan menerima. Oleh yang demikian, sekiranya selama ini anda selalu merasakan bahawa anda sukar nak menerima ilmu yang diajarkan, itu mungkin satu tanda, ilmu yang anda terima tidak memberi penghormatan kepada anda. Kalau inilah yang berlaku, sia-sialah usaha anda.

Adab belajar banyak diterangkan oleh cerdik pandai kita. Sementelah, budaya Melayu itu sendiri sangat menekankan adat. Kalau tidak, takkanlah akan ada pantun:


Pergi berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagaikan bunga kembang tak jadi


Ilmu sifatnya mendatangi, bukan didatangi – bermaksud, sekiranya anda mengkehendakinya, carilah ia kerana ia tidak akan pernah mencari kita.

Kesimpulannya, untuk memastikan bahawa ilmu yang bakal diperolehi akan kekal lama dalam minda dan jiwa kita, berusahalah supaya anda tidak lewat lagi. Lebih-lebih lagi lewat memberikan mesej yang sangat negatif pada daku.

Selamat mencuba!

5 comments:

kaymalini said...

saya adalah salah seorang pwlajar yang melompat2 kerana tak dapat masuk kelas kerana terlewat..dan saya sangat menyesal..

Anonymous said...

Morrae,

Bagus kalau sudah menyesal. I nak tengok buktinya sem depan ...

Anonymous said...

Saya pernah lambat sampai kene halau keluar kelas masa DPA dulu hahaha... kenangan terindah diploma. Kalau nak kejar keretapi atau bus sanggup berlari laju-laju, kalau kelas pulak, aduhh...:p

Cik Peesha said...

Ikmal:
Hmmm .. biasa buat ye?

Saya tak pernah terlewat pergi kelas. Sb saya rasa tak seronok kalau pergi lecturer dah ada, tempat duduk best dah diambik orang ...

dan, itu sebab pantang saya kalau student lambat ...

Anonymous said...

Ish terpaksa mengaku la hahaha..tapi saya tak suker terlalu obvious sangat lewatnya,boleh jadi hangin sehangin-hanginnya...

Agaknya kalo saya jd lect perlu lebih strict atau bg kelonggaran, haa lepas lewat 10minit you get out from my class, boleh ker?hehehe..