**Catatan 7 November 2007
Tika berbual dengan seorang teman sekerja mengenai subjek yang nak diajar pada semester hadapan, daku agak tersentak dengan kenyataannya, bahawa ada sesetengah subjek tidak memerlukan kepakaran, dan sesiapa pun boleh mengajar.
Daku akui bahawa subjek tersebut secara relatifnya kelihatan mudah. Namun, dalam penyampaian ilmu, tiada benda yang nampak dan memang semulajadinya mudah. Daku sangat sebal dengan kenyataannya. Ia menggambarkan seolah-olah budak lepasan sekolah menengah pun boleh menjadi pensyarah untuk subjek tersebut. Dan, dia juga pernah menyuarakan padaku bahawa dia tidak akan mengajar subjek itu. Daku hanya senyum sumbing sebab daku rasa kata-katanya itu membenarkan apa yang daku fikirkan!
Kita selalu berasa kita hebat kalau kita mengetahui sesuatu dan seringkali memandang remeh pada sesuatu yang kita anggap secara relatifnya senang. Tapi kita sering lupa, antara cabaran untuk melakukan sesuatu yang kita anggap senang, adalah untuk membuatkan orang lain berasa dengan perasaan yang sama bila menghadapinya. Dalam kes ini, cabarannya adalah pelajar kita. Tidak guna kita mendabik dada mengatakan kita tidak mahu mengajar subjek ini kerana kita anggap ia tidak mencabar, sedangkan pada masa yang sama kita tidak mampu untuk membuatkan pelajar faham dengan mudah apa yang kita ajar. Jangan pukul rata semua keadaan berdasarkan apa yang kita rasa dan alami.
Daku juga selalu berasakan, sekiranya daku boleh faham dengan mudah, pelajar-pelajarku juga boleh berbuat demikian. Dan, sekiranya mereka gagal, daku akan melampiaskan kemarahanku. Tapi, apa yang daku dapat? Daku perlu sedar, kadar cerapan setiap orang berbeza. Daku mungkin cepat menangkap sebarang teori politik yang diutarakan, namun daku menjadi sebengap-bengapnya bila berhadapan dengan persamaan matematik yang relatifnya sangat mudah. Kerana apa? Kerana cerapan yang berbeza.
Untuk mengatakan bahawa semua orang boleh mengajar sesuatu subjek tertentu padaku adalah satu kenyataan yang sangat menghina. Menghina pada keadaan (nature) subjek itu dan mungkin juga pada satu tahap memberi mesej: "Bodohnya kau ini, subjek yang senang begini pun tak dapat nak hadam!"
Sakit hati ku bekerja dengan orang yang berpendirian begini!
Semoga daku tidak akan pernah terfikir untuk berfikir demikian.

2 comments:
Salam, dear peesha, I am interested with this particular topics about "everybody can teach any subject"...just like AirAsia's "everyone can fly!" I have encountered myself with lecturers who seemed to be able to teach any subject....and it is such an ashame because they are sort of the MASTER OF NONE! Why do I say this, being a lecturer and mastering of a / few fields really need someone to be well-equipped with knowledge to that particular field. For those who endure teaching and believed that they are good at certain few and NOT ALL subject should be doing some improvement and development in their teaching, whether it is the skills, or the current issues about the subject. But, to some people they themselves do not know what they are good at and believed that being able to teach any subject is the answer of being/acting NICE to others....ohh pleaseeee....be genuine and portray some uniqueness of ourselves... We are academicians!
It do irritates me sometime dealing with people who seemed to know everything but failed to be good at NONE.
couldn't agree more nice.
i think we need to check which hat (Bono's idea) we're wearing right now ...
Post a Comment