Tuesday, May 27, 2008

Serius: Daku, Nota dan Dia

** Catatan 27 Januari 2008

Hari ini masa tengah solat subuh, telefon bimbitku berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Bila dibuka, rupanya ia daripada seorang bekas pelajarku 3 semester lepas yang sedang menjalani program ijazah sarjana muda undang-undang. Membaca pesanan tersebut membuatkan daku rasa jengkel pada dia.

Pesanan itu berbunyi:
"Assalamualaikum Miss. Sori kaco malam2 ni. Miss ajarkan PAD 120? Boleh tak kalau saya nak mintak nota Miss kerana sekarang ni saya tengah ambik subjek politics and law. Kalau tak keberatan, boleh tak miss emailkan nota2 tu kepada saya?"

Terasa sakit hati dan kepala bila membaca pesanan itu.

Pelajar jenis apa yang telah daku hasilkan? Apakah ini yang telah daku berikan kepada mereka? Apakah ini saja kemampuan kepala otak mereka berfikir? Daku berteleku lama di atas sejadah, tidak pasti apakah daku harus menangis atau ketawa.

Akhirnya daku membalas:
" I x ajar subjek tu. Sori. Buku kan melambak? Baca and buat la ur own note. Jangan pemalas tahap cipan mcm ni ... And u know my stand when it comes 2 note. Good Luck."

Sampai ke saat ini, tiada sebarang respon daripada pelajar ini.

Kita kah yang bersalah wahai rakan-rakan pensyarah sekelian?

2 comments:

Anonymous said...

Ish mau ku ketuk aja ada pelajar undang-undang macam tu,saya amsa kelas law and politics laa paling best!buat nota sendiri2 je, pemalas betul la huhu

Cik Peesha said...

tu lah budak2 la ni ... tak paham sungguh!

Memang diaorg generasi yang mudah dan suka ambil mudah. Warning for you tu ... Better think from now apa nak buat dgn student cenggini ...