Seperti yang daku beritahu dikau dulu, aku adalah seorang pensyarah. Ini adalah kerja pertama yang daku buat sepanjang hayatku ini. Kerja yang pada mula amat daku elak, akhirnya menjadi sesuatu yang terpaksa-rela daku buat demi mencari rezeki yang halal yang berpadanan dengan ilmu yang daku pelajari. Walaupun bermula dengan paksa-rela, namun, InsyaAllah daku masih rela untuk memberi tanpa syarat. Hasilnya? Daku semakin menyukai kerjaya ini.
Daku sebenarnya sudah lupa tentang keseluruhan interview, mock teaching dan segalanya yang berlaku pada September 2003 itu. Daku kembali menghadapi hari-hari bahagia sebagai seorang penganggur bertaraf sarjana! Namun, panggilan telefon, pada suatu pagi di awal Disember 2003, menjadikan hidup daku berubah 360 darjah!
Pemanggil:
“Boleh saya bercakap dengan Cik Peesha?”
Daku:
“Bercakap.”
Pemanggil:
“Saya Siti Marina, ketua program DPA UiTM Terengganu. Saya nak tanya, Cik Peesha dah terima ke tawaran untuk pensyarah baru tu?"
Daku:
“Er … aa .. er .. ya, dah rasanya.” – daku menjawab tergagap-gagap. Serius, daku sangat nervous! Tapi tak pasti kenapa daku nervous dek panggilan telefon itu. Bazir perasaan saja bila dikenang-kenangkan!
Pemanggil:
“Boleh tak Cik Peesha report duty minggu depan? Students ni dah lama tak ada lecturer. What say you?” – alahai, Cik Siti Marina – daku baru saja nak mengecapi kebahagian menerima surat tawaran … diulang: KEBAHAGIAAN MENERIMA SURAT TAWARAN. Kini, dia menyuruh aku kembali debar dengan meminta daku terus mengajar! Haru!
Daku:
“Boleh, I guess. Sebab, saya bercadang nak report duty pada 15 hari bulan.” Daku memberikan kepastianku kepadanya.
Pemanggil:
“Bagus. So, hope to see you on that date. If you have anything, feel free to call my number. Looking forward to work with you. Thank you.”
Wah, daku jadi pensyarah! Biar betul!

No comments:
Post a Comment