Rasa nak termuntah marking paper yang tak habis-habis ni. Dengan tulis selambak point dalam satu perenggan, tulisan macam tulis dengan kaki, jawapan kat muka 1, kemudian sambung kat muka 8, serasa macam nak bakar saja semua answer scripts ni. Tapi, karang kena saman + tatatertib, harus susah hidup daku!
Paling membara, bila mereka menjawab apa yang mereka tahu lebih daripada apa yang soalan minta. Kalau point tu sememangnya yang berlainan dan memberi refleksi bahawa mereka boleh berfikir di luar kotak terubat la juga, tapi, yang selalu terjadi, jawapan yang sama, cuma diolah dalam ayat yang berbeza. Depa ingat daku nak kesian, kesian bagi markah jugak kot.. Tak de la daku nak buat macam tu. Daku dah bagitau awal-awal dulu, point yang redundant tidak akan diberikan markah. Tapi, itu jugalah yang dibuat... geram betul!
Berbalik pada topik, pelajar-pelajar daku ini mempunyai kecenderungan untuk selalu menjawab apa yang mereka tahu daripada apa yang ditanyakan oleh soalan. Sebab itu, jawapan menjadi tidak seimbang. Selalu terjadi, soalan 5 markah, jawabnya sampai 1 muka setengah, dan jawapan untuk 10 markah, jawab tak sampai setengah muka. Tensionnya!!
Apapun, ini juga yang selalu daku ulang-ulangkan:
"Kalau you senangkan hidup I, I senangkan hidup you.
Tapi, kalau you susahkan hidup I, I susah payahkan hidup you!"
Berbunyi ugutan, tapi sebenarnya hanya gertak manja sahaja kerana daku tahu sejauh mana kemampuan pelajar-pelajar ini.

No comments:
Post a Comment