** Catatan 27 Februari 2008
Makin lama makin penat menjadi seorang pensyarah. Makin hari, makin rasa menyampah. Bukan menyampah untuk menyempurnakan tugas, tetapi menyampah kepada perangai-perangai yang tak semenggah ni.
Pada perkiraanku selama hampir 5 tahun mengajar (whoa, time surely flies so fast!), daku sudah mempunyai hampir 7 batches students – 6 sudah graduated, kini ada satu lagi yang akan menyusul.
Bila membandingkan kesemua batches ni, ada perasaan yang mengganggu. Kenapa makin lama, batch yang tinggal makin buruk prestasinya.
Daku teringat kepada batch pertama yang aku ajar – walaupun lambat menangkap, tetapi kesungguhan dan kerajinan mereka sangat terserlah. Daku rasa mahu memberi lebih banyak kepada mereka kerana daku suka sikap mereka. Dibanding dengan batch yang ada sekarang, sudahlah ‘lembab’, malasnya Tuhan saja yang tahu.
Minggu lepas, mereka daku assign kan topik tertentu untuk mereka buat presentation – kerana tajuk ini sangat senang – untuk mengenalpasti proses yang berkaitan dengan personnel management (ini untuk student part 3) … untuk student part 6 pula, daku assign kan topik mengenai Theories of Development.
Daku sebenarnya dapat mengagak hasilnya berdasarkan observation daku daripada permulaan semester dulu dan apa yang berlaku untuk kelas semalam dan hari ini sangat menyokong apa yang daku observed.
Mereka sangat bergantung kepada manual yang mereka ‘warisi’ daripada senior mereka. Apabila diberi tugasan, bukan teks luar yang dicari untuk tambahan, tapi mengulati manual itu juga lah … seolah-olah manual itu bible mereka!
Sangat pemalas untuk mencari maksud perkataan yang tidak difahami. Dalam topik Theories of Development, ada 4 teori yang daku suruh mereka cari untuk presentation: Social-psychological theory, Status withdrawal theory, Achievement motivation theory dan Diffussion theory. Bila ditanya apakah maksud harfiah status withdrawal, masing-masing tercangak-cangak tak tahu nak menerangkan. Bagi social-psychological theory – mereka menganggap social dan psychological itu sebagai dua disiplin berbeza … maka tentulah bahan presentation membawa maksud yang lain.
Sepatutnya topik-topik ini menjadi sangat menarik untuk dibincangkan, tetapi kerana sikap-sikap begini, daku jadi malas untuk berbuat lebih daripada apa yang mereka patut dapat sepertimana yang telah kulakukan untuk batch sebelum ini. Malang, mereka tidak menyedarinya.
Bosan menghadapi semua ini, daku hanya stay di kelas tersebut 25 minit sahaja. Mereka mungkin suka kerana kelas habis awal, tapi mereka juga yang akan menderita apabila tiba musim exam nanti. Daku menjangkakan waktu itulah, mereka akan menunjukkan kesungguhan yang tak seberapa tu.
Nak marah, rasanya apa yang berlaku adalah beyond rasa marah tu.
Nak membebel, makin dibebel, makin parah jadinya. Daku hilang suara, mereka tetap seperti batu tar di tepi jalan.
Kata orang, menangani anak remaja perlu pendekatan psikologi – mungkin betul. Daku akan mencari jalannya. Buat sementara waktu, mungkin kaedah konvensional – marah dan berlaku zalim – boleh dijalankan.
Entahlah.

No comments:
Post a Comment