Thursday, May 01, 2008

Santai: Satu Kebetulan

Daku memulakan kerjaya di bidang ini secara kebetulan. Diulang … KEBETULAN.

Ini adalah alasannya:
Kebetulan, pada bulan Jun 2003, ada satu iklan mengenai pengambilan pensyarah baru di surat khabar.

Kebetulan daku sudah setahun menganggur setelah berlelah menghabiskan MA.

Kebetulan, bapa daku yang beriya-iya mengambil borang permohonan di Shah Alam (!), sedangkan kami tinggal di utara tanah air.

Kebetulan, borang daku terpilih untuk dinilai dalam sekian banyak permohonan yang dihantar!

Dan, banyak lagilah kebetulan-kebetulan yang boleh diperpanjangkan.

Namun, perlu ditegaskan, daku pernah berjanji untuk tidak menyertai profesion ini sepanjang daku bergelar pelajar dulu! Kisah itu, lain kali daku ceritakan, ya?

Dan. Inilah perjalanan karier yang secara kebetulan daku ceburi.

P/s: Daku perlu berceloteh begini dalam 2-3 entri lagi kerana keterujaanku untuk menceritakan perasaan-perasaan daku pada dikau-dikau semua ...

4 comments:

Anonymous said...

Saya selalu terfikir adakalanya apabila kita tidak meletakkan harapan tinggi pada sesuatu kita akan perolehinya dengan mudah sedangkan perkara yang ita harapkan sangat itulah tak kesampaian. Semuanya rezeki Allah.

Bila cakap soal kebetulan ni lah berlaku pada saya. Cita-cita mahu jadi peguam sebelum bersyarah konon nak cari pengalaman. Tapi peluang datang sekali so rembatlah apa mampu daripada hilang mengigit jari. Rakan-rakan yang lebih baik keputusan dan CGPA daripada empunya diri pun ada juga tak dapat.Tapi lebih sadis tidak tahu nak apply tenaga pengajar muda pun!

Kebetulan yang sudah jadi ketentuan Illahi tiada siapa yang tahu putaran hidup.Kejap di bawah kejap di atas kan...

Cik Peesha said...

Ikmal:

Itu sebabnya saya tak merancang hidup saya. Tak letak expectation yg tinggi dan hidup seadanya.

Namun, pasti ada yang akan marah dgn kata2 saya ni kan?

but, c'est la vie ...

Beli Domain said...

cik peesha n ikmal : - peluang cuma datang sekali dalam hidupkn??

Cik Peesha said...

Sephia:
But, if you lucky enough, chances will knock your door several time. Yang membuatkan kita terlepas peluang, bila kita gagal nak mengenalpasti mana satu peluang, halangan dan masalah ...

Sebab itu saya lebih suka dengan frasa: Hidup adalah pilihan.