(Exam – not enough study) x lazy = CHEATING
Inilah yang selalu kita dengar apabila tiba musim peperiksaan. Perbuatan yang tersangatlah bahalol untuk dilakukan oleh mereka yang menghuni menara gading. Bahalol membazirkan masa membuat nota terlampau yang terlarang, bahalol menyusahkan diri menahan debar bila dihampiri pengawas peperiksaan dan bahalol kerana perlu bersusah payah nak meniru. Bila perbuatan bahalol itu banyak kali dilakukan, isytiharkan saja diri dikau yang keji itu sebagai BANGANG ABADI – pardon my language.
Daku sebenarnya tidak pandai membaca bahasa badan orang yang meniru. Padaku, semua pelajar, apabila memasuki dewan peperiksaan, adalah sangat bersedia. What a positive thought, huh?
Daku cemburu betul dengan rakan-rakan yang selalu saja dapat menangkap pelajar-pelajar yang meniru - terutamanya Miss M. Walaupun dia selalu memberi tips untuk menangkap orang-orang ini, daku masih tak lulus-lulus ... Nak buat macam mana, memang daku tak pandai nak buat jahat! :p

Antara tips untuk menangkap pelajar meniru:
- Sekiranya pelajar tersebut asyik memandang ke arah kita, itu adalah petanda awal dia sebenarnya tengah memancing pandangan kita kepada perbuatannya. Apa yang perlu anda buat? Perhatikan dia buat beberapa kali, sekiranya setiap kali anda memandangnya, dia 'bertembung' pandangan dengan anda, tujulah ke mejanya dengan pandangan tepat, dan gerak langkah yang cepat. Jangan alihkan pandangan, sehinggalah anda sampai ke mejanya. Pasti anda akan memperolehi sesuatu.
- Kadang-kadang pelajar kelihatan sangat tekun menulis. Ini juga perlu dicurigai, kerana mungkin dia telah menulis jawapan di kertas jawapan dengan pensil sebelum menduduki ujian. Seorang teman - Pn. Asy - pernah menyuruh semua pelajar keluar kelas di saat mereka bersedia untuk mejawab. Setelah semuanya keluar, beliau memeriksa setiap kertas di atas meja pelajar, dan mengejutkan, terdapat pelajar yang menulis jawapan dengan tulisan pensel yang samar-samar pada kertas jawapan yang bakal digunakan.
- Perhatikan tangan mereka. Sekiranya mereka seolah menggenggam sesuatu, periksa, kemungkinan mereka menggenggam nota kecil (pelajar sangat mahir membuat miniature note!)
- Perhatikan kain (sekiranya pelajar memakai baju kurung) dan tudung mereka. Selalunya mereka akan menulis di sebelah atas kain baju kurung atau di hujung tudung mereka.
- Perhatikan peha mereka. Kadang-kadang kedapatan pelajar yang menyorokkan nota di tepi / bawah peha mereka, terutama yang duduk di tepi dinding.
- Sekiranya pelajar kelihatan seolah-olah mempunyai banyak helaian jawapan, maka perkara ini juga harus diberikan perhatian.
Dan banyak lagi perkara-perkara yang boleh membuatkan kita "kagum" seketika. Penipu memang licik.
Walaupun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah juga, nak tunggu tupai jatuh kadang-kadang sangat mengambil masa. Jadi, sebelum kelapa ditebuk tupai, nampak saja tupainya, sesah saja dengan apa yang ada!
Beringat sebelum kena, sebab, bila dah kena tak ada guna.
2 comments:
Mata saya sememangnya rabun, tetapi pernah dapat tangkap si peniru...tapi, pernah mengajar budak tingkatan 1, 10 tahun yang lepas....memang meniru, bukan sekadar meniru jawapan, malah ditirunya sekali nama asal kawan yang ditirunya!
budak u ni kreativiti dia lagi superb ... setakat orang-orang rabun dan sepet dan lurus macam kita ni, senang saja di'bomoh'kan ... Kena pandai pikir macam yang diaorg pikir ...
Post a Comment