Tuesday, May 27, 2008

Santai: Daku yang Garang

** Catatan 2 Mac, 2008.

Hari ini daku memulakan kelas lewat 15 minit kerana terleka membuat nota tambahan. Dan seperti biasa, mood daku ok sahaja. Cuma, kalau mereka cari pasal di kelas nanti, siaplah mereka.

Hari ini membincangkan topik baru – Administrative Tribunal. Pengenalan topik ini daku sajikan mereka dengan composition of judicial system in Malaysia. Walaupun tak masuk dalam silibus, tak salah rasanya membincangkan perkara ini kerana bagaimana nak buat perbandingan antara tribunal dan mahkamah sekiranya judicial system tak diajarkan? Sementelah daku ini “frustrated law student”, pasti sedikit sebanyak daku mahu berkongsi sesuatu yang kutahu. Dan daku berjaya “bluffed” mereka. Hehehe …

Bila tiba pada point yang menerangkan “Every decision made by this statutory body i.e. tribunal may be deem as precedence” mereka tertegun pada maksud precedence. Daku sudah agak. Dengan sifat yang malas untuk mencari maksud di dalam kamus, mereka hanya akan menganga tunggu disuap sahaja. Tapi, oleh kerana hari ini daku di dalam mood yang sangat-sangat baik, daku bermurah hati untuk menerangkan …

Daku:
“Precendence is simply like this: OK, how do you know that I’m the killer lecturer?”

Sambil mengelekek ketawa, mereka menjawab:
“From our senior.”

“But, some said you’re very nice …”
Satu suara menambah.

“Huh … itu ayat bodek.” Tukasku dengan cepat.

“So, the precedent is just some thought, or point that you carry forward and apply to the same situation. Since you’ve been told over and over again that I’m the killer lecturer, it kind of rooted in your mind and it actually reflect in your attitudes towards me. So, can you see how this precedence works?” I’m merely giving my doubted-wisdom analogy.

“Oooo …” jawab mereka. Tak pastilah oo itu oo bermakna ataupun oo tipu-tipuan.


Kemudian aku menambah lagi …
“Overall, I preferred to be known as killer lecturer rather than the nicest lecturer because if I’m a killer lecturer, I don’t have to be nice to you, right?”

“Whoooaaaaa ….” Mereka bersorak lagi.

“Orait, is there any point that you don’t understand?”

“Point number 3, Miss.”

“Well, since I’m not nice, I’m afraid that you need to find the meaning of that point by your own.” Daku menamatkan lecture dengan pernyataan tersebut dan senyuman nakal.

Mereka menyumpah-nyumpah mesra.

Tak mengapa.

Itulah tugas lecturer … to lecture, not to teach.

Apa kata anda?

7 comments:

Anonymous said...

Di sekolah, kami dipanggil cikgu yang tugas utamanya adalah mengajar. Proses P&P akan berlaku apabila guru mengajar dan murid belajar. Saya rasa konsep ini sama dengan apa yang berlaku di IPT walaupun panggilan berbeza. Saya pernah di'lecture'oleh beberapa orang pensyarah yang asalnya seorang guru. Mereka lebih 'competence' dan 'mesra alam' berbanding dgn lecturer yg tidak ada latarbelakang perguruan.

Cik Peesha said...

Pada saya, cikgu lebih terdedah kepada ilmu asas pedagogi yang memungkinkan pengajaran lebih berkesan. Ini berbeza dgn pensyarah, yang sebahagian besarnya apabila ditawarkan jawatan terus mengajar tanpa ada pengalaman mengajar langsung (ini seperti dalam kes saya).

Saya belajar memahami corak pengajaran yang sesuai berdasarkan trial and error serta pengalaman orang ...

Teacher is to teach and lecturer is to lecture adalah 2 pengertian yang berbeza ... bila 'teach', cikgu-cikgu akan concentrate untuk betul-betul mengajar .. tapi 'lecture' hanya melorongkan pelajar supaya explore segalanya. Lecturer hanya membimbing dan melihat sama ada yang pelajar lakukan betul atau salah ... sedangkan cikgu bertindak lebih daripada itu.

Walau apapun, di akhirnya, natijah yang kita mahu adalah supaya pelajar menjadi insan ...

Pendapat saya.

Anonymous said...

Saya juga bersetuju dengan natijah yang 'di akhirnya'itu...... kita bertanggungjawab untuk
'memanusiakan' manusia dan melahirkan 'insan kamil', mampukah kita???

Anonymous said...

Ya Allah ya rabbi, skemanya bahasaaa nak habaq bagi... i trust u've read my entry on this.

so, kira betoi laa... lecturer's dont teach. they lecture...

btw; any clue on mr nazim's whereabouts in the blogosphere?

Cik Peesha said...

Saudara Tedy:
Nak ngajag, mesti skema ... tapi tu cover line saja. Yg betoi2, tarak masa nak skema2 ni.

Er, who's Mr. Nazim?

Thanks for stopping by.

Anonymous said...

Mr.Nazim is the most 'tot' lect in law faculty hahahahha...

just joking :p...

Cik Peesha said...

Well, I think I know that Nazim guy ... some of my students in UiTM SA law fac mentioning about him ...