Wednesday, July 01, 2009

Serius: Maruah dan Amanah

Ada 2 berita yang sedikit menyentakkan pemikiranku ...

Pensyarah
KLANG: Seorang pensyarah kanan warganegara India di sebuah universiti swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan RM800 daripada seorang pelajarnya sebagai dorongan untuk menaikkan markah dan seterusnya meluluskan pelajar wanita itu. Dr Krishna Prasad Pramulapati, 52, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali.
(read more here)

Pelajar:
KUALA LUMPUR: Dua pelajar tahun satu Universiti Malaya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap dua pertuduhan cuba melakukan khianat dan pertuduhan menceroboh Fakulti Akademi Pengajian Islam universiti itu pada 24 Jun lalu. Mohamad Izzuddin Hilmi, 21, dan Muhammad Syahrul Denn Ahmad Rosli, 21, pelajar fakulti yang sama didakwa bersama-sama tiga yang lain yang masih bebas telah cuba melakukan perbuatan khianat itu di pintu utama dewan fakulti itu pada kira-kira 4 pagi, 24 Jun lalu. (read more here)

2 kisah ini adalah selingkar kisah yang agak sering berlaku dalam dunia di sekitar kita. Sama ada untuk membiarkan ia berlalu atau mahu endah, itu adalah pilihan.

Daku letakkan tajuk entri ini - MARUAH DAN AMANAH - kerana kedua-dua kes itu sangat berkaitan dengan isu ini.

Dalam kes pertama, maruah seorang pensyarah kanan itu tercela kerana mengkhianati amanah, dan kes kedua, maruah pelajar PENGAJIAN ISLAM itu diinjak ke bawah oleh empunya diri kerana khianat amanah juga.

Kata bijak pandai, setiap manusia dilahirkan dengan maruah. Namun manusia juga akhirnya yang membebaskan diri mereka daripadanya.

Persoalan maruah bukan sesuatu yang main-main kerana maruahlah yang membezakan manusia dengan makhluk Allah yang lain. Tanpa maruah, kita tidak punya apa-apa. Kerana maruah, kita tegar mendokong amanah.

Antara amanah seorang pendidik itu adalah untuk menjaga integriti profesion dan akademik. Lebih daripada itu, seorang pendidik harus objektif. Dan, untuk pelajar pula, amanah mereka tergalas pada tuntutan menuntut ilmu dan menghidupkan ilmu pada kehidupan mereka supaya maruah dapat diperteguhkan. Dan, kesemua ini adalah cabaran yang bukan calang-calang.

Tak mahu bicara panjang lagi ... daku hanya mahu berpesan ... kalau kamu rasa neraka itu sudah berair-cond, buatlah apa saja yang kamu mahu!


4 comments:

husna said...

hurm...x sangka...ada juga yg buat macam tue...x semua org mampu memikul amanah yg di berikan....tp kalau dah di beri...sepatutnya..kena lah galas sebaik mungkin...btol x miss?...

Anonymous said...

wahai 'kak' husna, knp x sgka pkara sebegini tjadi?
benda ni lumrah idop la..korupsi blaku dimana2..n korupsi ni la yg menghalang pembangunan.

sungguh memalukan sebab seorg lecturer yang bergelar status DR. menerima suapan hanya RM 800 and tertangkap..adoi malu2.. kalo yer pn, up la lg, RM 5K ke..haha..berbaloi la gak klo tertangkap..haha

sepatutnya, tenaga pengajar menunjukkan teladan yg baek trhadap ank muridnya.guru kencing berdiri, murid kencing berlari berganti2 400 Meter kuak rama2..haha..lakukan tugas dengan amanah sbb benda itu dipersoalkan di akhirat kelak.xkan disebabkan tumpahnya nila setitik ni,habis rosakkan susu sebelanga, dan akhirnya persepsi masyarakat terhadap profession perguruan adalah sesuatu yg tdak perlu di pandang tggi.

Kesimpulannya ( mcm karangan la plak ), lakukan kerja itu dengan sebaek mungkin dan pikul la amanah yg diberikan dengan sebaek2 nya..kalau x, dlm kubur banyak ular warna kuning, itam..belut pn ada..heeeee..

-bukan jemy-

Cik Peesha said...

Husna:
Couldn't agree more

Bukan Jemy:
Tau tak pe ... :p

piee said...

ambe lebih suka melihat kata-kata nih, hidup ini sebuah percaturan. kekadang kita tak sedar kita sedang di'permain'kan. dan kitalah buah catur tersebut. kekadang kita menjadi bidak, kekadang kuda, kekedang castle. dalam masa yang sama, kita tidak sedar, kita sedang di'pertaruhkan' oleh seseorang. so, pandai-pandailah jaga diri. ke guaner?