Monday, June 01, 2009

Serius: Kamu suka I.S.A?

Daku masih ingat lagi, kali pertama memulakan kerja di FSPPP pada penghujung 2003, fakulti ini hanya mempunyai 2 orang pensyarah - daku dan En. Ahmad Faiz (senior di UIA juga). Dan, pada masa itu, pelajar yang paling senior berada di semester 4. Ketua Program pun masih tiada dan ditadbir sementara oleh Koordinator Undang-Undang, Cik Siti Marina.

Hari ini FSPPP telah berkembang dengan pesatnya - dengan beberapa batches sudah graduated dan bertambahnya pensyarah baru bersilih ganti. FSPPP juga merupakan antara fakulti yang mempunyai kumpulan pelajar yang ramai untuk hampir keseluruhan bahagian. Dan, sedar tak sedar, hari ini daku antara senior untuk fakulti ini ... ah, betapa laju masa bergerak.

Apabila kita menyaksikan sendiri perkembangan begini, tidak dapat tidak kita akan menjadi sentimental dengan setiap apa yang berlaku padanya. Dan, sememangnya daku merasakan FSPPP sebagai sebahagian daripada diriku sendiri (begitu sekali ...! But, I'm serious, ok).

Seperkara yang wajar direnungkan, apabila berlakunya perkembangan, maka akan berlakulah banyak perubahan. Dan, perubahan itu boleh saja yang baik ataupun sebaliknya.

Seperti yang pernah kutulis sebelum ini mengenai sikap sesetengah pensyarah baru, entri ini pun sebenarnya berkisar kepada perihal mereka juga. Oh, jangan pula dikau salah sangka, ini bukanlah untuk menyatakan daku ini cemburu dengan mereka, atau mahu mengatakan yang daku ini pandai buat kerja atau apa ... sekadar satu teguran. Itupun, kalau kamu boleh memahami dan mahu mengerti. Daku tak mampu memaksa orang berfikir seperti daku, bukan?

Tapi, kenapa ISA?

Dikau tahu ISA itu apa? Oh, ia bukanlah Internal Security Act yang sangat kontroversi itu, tetapi merujuk kepada attitude apabila buat kerja ala-ala Ikut Suka Aku - hah, bukan ISA juga namanya?

Cuti semester ini daku mengajar untuk short course - short kerana pelajaran yang patut berlangsung untuk masa 4 bulan dikompres menjadi 5 minggu sahaja. Dan, subjek yang diajar ini dikongsi bersama 4 pensyarah lain - memang baru-baru belaka. Daku tiada masalah bekerja dengan orang baru.

Sebagai lecturer senior yang mengajar subjek ini setelah sekian lama, (dan daku juga adalah pembimbing untuk kursus ini), daku mengambil inisiatif dengan merangka corak penilaian pelajar - ini termasuklah peratus assessment, common test dan sebagainya. Daku juga telah memanggil kesemua pensyarah-pensyarah ini sebelum semester bermula untuk memberitahu apa yang mereka boleh expect dan beri untuk kursus ini. Dan, kami semua bersetuju bahawa test akan dilaksanakan secara common - i.e. common dari segi soalan dan masa. Lebih dari itu, daku telah menghantar emel kepada mereka mengenai maklumat test, corak soalan dan tarikh untuk soalan dihantar kepadaku supaya dapat kuselaraskan segalanya. Tujuan semua ini bukan untuk menunjuk daku pandai, tapi tak lebih daripada untuk memudahkan pentadbiran keseluruhan subjek ini.

Tetapi, hari ini, daku menjadi sangat kecewa dengan tindakan ISA seorang pensyarah ini. Awal pagi, daku telah mengirim satu emel kepadanya untuk meminta soalan seperti yang telah dijanjikan kerana hari ini adalah tarikh serahan, sepatutnya. Tidak dibalas. OKlah. Kemudian, daku cuba hubungi handphone nya, tak berjawab. Mungkin sibuk. OK, fikirku.

Kemudian, setelah beberapa ketika, pensyarah itu menelefonku. Dan, daku nyatakan sebab kenapa daku membuat panggilan kepadanya sebelum ini - mahu minta soalan. Dan, dengan tanpa rasa bersalah dan selambanya dia berkata:
"Em, Kak Fisha (bila masa aku kawin dengan abang dia! Bitter :p), saya dah buat dah test untuk student saya minggu lepas."

Daku:
"Dah buat? Kan kita janji nak buat common test?" - suara mula nak meninggi.

Dia:
"Saya lupalah pasal kita kena buat common test itu."

Daku jadi macam WTF!!!! Lupa? Kau ini otak lembu ke, otak manusia? Sedari awal semester, daku buat banyak perkara untuk mengingatkan perkara ini, dia boleh cakap lupa? Daku rasa itulah alasan terbangang yang pernah daku dengar dari orang yang educated begitu.

Dikau mungkin rasa semua ini remeh, kan? Orang lupa, biasalah tu.

Tapi, sebenarnya, apabila dikau mempunyai 2 kumpulan berbeza, untuk subjek yang sama, dikau perlukan common test untuk mereka supaya mereka tidak mempersoalkan pensyarah mengenai markah mereka (katakan lecturer A membuat soalan yang relatifnya senang daripada lecturer B, ini akan menyebabkan pelajar lecturer A akan dapat advantage lebih daripada pelajar lecturer B). Perkara-perkara beginilah yang mahu daku elakkan. After all, if anything happen, daku dan dia juga yang perlu menjawab. Dan, oleh sebab daku lebih senior dari dia, beban daku mungkin lebih, especially mungkin akan ada accusation yang daku tak bimbing dia buat kerja dengan betul.

Daku sangat kecewa. Sesungguhnya!

Kenapalah suka benar buat kerja tak bertanya dulu? Kenapa tak mahu berfikir? Ignorance? Stupidity? Sakit kepala ku memikirkannya.

Yang paling menyakitkan hati, boleh pula di hujung perbualannya, dia cakap begini:
"Er, nanti test 2 kita buat common lah ye?"

Tak payah cakaplah. I knew that since forever. Tambahan daku yang merancang keseluruhannya. Soalnya - kau akan ingat ke bila sampai masanya nanti?

Daku rasa, daku akan buat satu pendekatan yang revolutionary dan drastik untuk masalah pensyarah ini. Biarlah daku dikatakan overboard, daku tak peduli.

Kalau dia boleh ISA, ISA aku nak letak mana? Lubang jamban? Bontot unta?

Bodoh!

6 comments:

nj said...

peesha...
kauuuuu...marah sampai nak letak kat b****t unta...macam tu kau kena hantar dia kat sini le...
Kak norma pernah gak alami situasi itu, pensyarah baru jugak...tapi marah ku itu ku simpan aje...tak kuasa akak dik nun! Dalam fakulti meeting, voice out specifically so it gets minuted!...biar PMHWD tahu!

Cik Peesha said...

NJ:
tu la kau ... nampak brutal, tp marah simpan kat hati ... apa cer?

Den mmg tgh tahap jingga nih dgn lecturer nih ... keje cam haram je ... tp tak de le den sampai nak gi ngadu kat WD plak ... bg KP le hal ke WD tu ...

Den nak hantam dia kat fac je ...

Cik Yan said...

dpt sy bygkn cm ne muke miss bley bengang...
lex2 bah~

mmg btl2 mrh ek miss,pape pn yg miss wat...sy skg miss...=)

Anonymous said...

aiseh,pensyarah pn nk marah2..berlapang dada la skit...malu la kalau pensyarah jd cmni,tak educated la gak,hikhik

Cik Peesha said...

Anonymous @ July 30, 2009 11:19 AM:

Saya pensyarah yang dari kalangan manusia ... mestilah saya ada rasa seperti manusia lain ... saya bukan maksum seperti Nabi ...

Berlapang dada itu pasti, namun, kdg2 ada rasa tercobek ... tak terluah pada yg berkenaan, penulisan lah jawapannya.

Tak educated seorang pensyarah meluah perasaan di blog sendiri? Anda yang membaca dan educated, nilailah sendiri.

Apapun tanggapan anda... terima kasih kerana berkunjung, membaca dan berkomentar ...

Guru Tadika said...

knape pulak pnsyrh tak bole mrh..pnsyrh hnya jwtn kerja yg diberikn manusia kpd manusia lain..yg sntiasa melakukn kesilapan...bukannya jawatan nabi yg dianugerahkan Allah yg mnjadikan hambaNya itu maksum dari dosa...org buat salah harus ditgur spy tidak berlaku lagi....sokong fisha.....hal 2... tak usahlh berbangga n mengaku educated n membezakn diri ngan org lain "tak educated"...itu hanyalh khayaln sendiri atas dunia ini n prasaan bangga diri...yg pasti adlh di akhirat apabila Allah sendiri yg bgtau kta adlh org brilmu, briman n ahli syurga atau jahil n ahli nraka...pandangn guru tadika je.....