Tuesday, June 09, 2009

Santai: Cerita hari ini, lewat kenangan semalam

Berbual-bual dengan teman sefakulti tadi, daku mendapat cerita baru ... rupanya ramai pelajar-pelajar yang mengambil semester pendek ini rela menukar kursus agar dapat masuk ke kelas lecturer nan satu tu.

Dahsyat juga ... mesti lecturer itu pandai mengajar dan bijak menjadikan pelajar selesa di kelasnya. (Seriously, inilah yang selalu daku fikirkan sekiranya daku berkongsi mengajar subjek dengan lecturer yang lain!)

Lantas, ia membuatkan daku berfikir, agaknya, pelajar-pelajar di kelasku, kalau diberi pilihan, mungkin akan tiada langsung yang akan belajar denganku.

Ya lah, mana ada pelajar yang mahu belajar dengan pensyarah yang banyak kerenah, sentiasa demand macam-macam daripada pelajar, yang garang macam singa betina atau mak tiri mereka (walaupun mak mereka masih masih ada!).

Dan, daku paling tak lupa ekspresi muka seorang pelajar bahagian 3 yang mengambil subjek ku apabila dikhabarkan daku perlukan volunteer untuk ke kelas lecturer itu untuk mengimbangi jumlah kelas. Siap angkat tangan, sapu muka, ala-ala bersyukur sebab terlepas daripada neraka dunia! Tapi, disebabkan clash, dia tidak boleh bertukar kelas. Daku rasa mahu ketawa ala-ala setan sahaja ... hahahahaha ... dan akhirnya, pelajar tersebut telah menggugurkan subjekku.

Apa moral entri ini?

Motifnya cemburukah?

Tidaaaak ... daku tidak perlu cemburu, kerana daku tidak mengharap daku menjadi kesukaan ramai. Cuma, perkara ini membuatkan daku terkenang masa-masa menjadi pelajar dulu.

Ada satu ketika, terdapat satu paper yang diajar oleh seorang profesor yang sangat lorat dan full of favoritism. Dan dia juga adalah lecturer killer - kata orang. Daku tidak pernah mengambil apa pun subjek dengan profesor itu. Namun, subjek yang diajarnya adalah subjek elektif yang daku minati. Bila saja daku mendaftar untuk kelas tersebut, ramai rakan-rakan mengucap takziah kepadaku. Macamlah daku akan belajar dengan Malaikat Maut saja layaknya!

Memang daku akui, pembelajaran selama empat bulan itu merupakan neraka, namun, hasilnya sangat membahagiakan. Kecut perut setiap kali kelas adalah perkara biasa.

Tapi, apabila belajar dengan orang yang banyak kerenah, kita akan mampu membawa keluar banyak perkara yang baik dari dalam diri kita. Kita menjadi lebih bersedia sebab mahu mengelak rasa takut dan malu kalau dimarah di hadapan rakan-rakan di kelas. Paling tidak kulupa, ada sekali, selepas profesor itu memeriksa assignment kami, assignmentku diberikan terakhir sekali, siap ada bintang dengan catatan "This doesn't looks like your work! Please see me immediately!" -- tak terucap cuaknya diriku. Menggigil-gigil daku menyambutnya.

Selepas kelas, daku segera menemuinya dan bertanyakan kenapa dia membuat catatan begitu. Sejurus itu, dia tersenyum, dan berkata - "nothing, I just want to see you in person as your analyses were good!" Phewwww! Kembang bermangkuk-mangkuk diriku.

Dan, seperti orang Melayu yang tipikal, daku membalas, "Well Sir, all credits are for you, too. I just follow what you've taught me. Thank you, Sir." Dia tersenyum panjang. Daku puas!

Sebenarnya daku merasakan daku tidak perlu menjustifikasikan segala cara pengajaranku di dalam kelas - denda, mengajar dengan tegas dan sebagainya - kerana daku mahu membuatkan pelajar sedar bahawa untuk berjaya itu tidak datang dengan mudah. Kekerasan selalunya akan membuatkan orang rasa terdesak, dan rasa terdesak mampu menjadi motivasi terkuat untuk berjaya.

Tapi, iya lah ... memberi alasan bahawa kita mahu menjadikan mereka (pelajar) yang terbaik kadang-kadang boleh disalahertikan. Ini kerana, ada yang berpendapat bahawa, tanpa ketegasan, mengajar penuh psikologi lebih memberi kesan yang efektif. Susah untuk membuktikan niat kita kerana apa yang terlihat pada sosok perbuatan kita mungkin tidak terkesan di hati dan fikiran orang lain.

Tidak mengapa. Preference orang berbeza-beza. Daku tidak akan terasa apa-apa. Belajarlah dengan sesiapa yang dikau suka. Semoga, siapa pun pilihanmu, yang penting, kekuatan ilmu yang menjadi penunjang dan bukan gred / senang diluluskan yang menjadi prioriti.

Sekian,
Lecturer yang garang.
P/s: Garang dan tegas tidak semestinya menjamin pelajar akan memahami apa yang diajar.

10 comments:

perantau.tt said...

errr.. ade kelas online tak.. leh saya amik.. hahaha

nhhussin said...

garang tapi cute ;)

Cik Peesha said...

Azral:
Tutor online pon boleh ... setakat nak ajar Arab 101 tu lepas le .. huhu!

Hawa:
Apa kaitan garang dan cute? U tak takut i? Tak leh jadi nih!

Anonymous said...

miss dah lari konsep nih.. ni antara tajuk yg dijanjikan miss :

1) Jangan bilang tidak.
2) Siri Diajar, Mengajar dan Belajar.
3) Lebih memberi, lebih yang kamu terima.
4) Cinta Hati Saya.
5) Mahu Ikut?

satu soklan boleh? pernah x anda alami perkara seperti bekerja didalam kumpulan seolah2 bekerja berseorangan? klo ada cerita sebegitu, sudila sekiranya pihak cik memblog utk tatapan umum.. sekian terima kasih.

-jemy-

Cik Peesha said...

Jemy:
I tak kata pun bila I nak tulis ... yg I kata, itu mungkin entri yang I akan tulis ... baca betul2 ye ...

Pasal isu yg dikemukakan tu ... nanti I fikir ... ada ke tidak ...kalau takde, nanti i bg lah contoh tipu2 ... :p

Cik Yan said...

grg..singe betine...hurmmm

gimik je sme tu, dorg tkt miss sbb nga khbr angn or mayB ad d antra mrka xbley go on kot ngn miss, but slame 1thn stgh (part 3,5,6) sy knl miss, miss ok r, dats y senior2 lu sme suke miss, miss ad karisma yg tsndri yg ley wat org ske miss, i do like u...pape pn miss, walupn miss rse dr miss mcm 2, tp sy rse dsbbkn miss mcm tu r lg rmi org ske miss...

well all d best 2 u miss...
chayok2...

piee said...

dulu masa kat uia, ambik methodology of political sciences dengan prof El-Fateh dan theory of Islamic international relation dengan prof ata. dua-dua tu killer lecturer. kelas porf fateh tu subjek wajib, jadi semua kena ambik. kelas prof ata tu kelas electif, jadi adalah 11 orang student kelas tu. Masa ambik dengan prof ata ramai yang nasihatkan drop. nyesal katanya. mmg kelas tu amat menakutkan.. tapi boleh score jer..selepas tu aku tekad, sebut je lecturer killer, aku mesti nak ambik kelas dengan dia.. mesti bestnya! uish..kenangan-kenangan.. ehehe

kaymalini said...

honestly.i love ur teaching style and i really miss it.ini bukan bodek.wah.miss takdela banyak karenah sangat.suam2 suku je.

Cik Peesha said...

Cik Yan:
Hmmmm .. tau dah ... saje je nak cakap gak ... *gediks!

Pie:
Fateh tu never la killer lecturer ... aku ambik paper dgn dia sbb kelas dia paling relax. Masuk kelas, buka buku teks, kau hi-lite je apa yg dia baca ... huhu. Kdg2 bosan juga ... tp dia tersangat lah generous ... most of my IR papers ambik dgn dia - dr BA sampaila MA. Prof Ata tu x pernah ambik paper dgn dia ... bottom line, semua lecturer PSCI aku, aku suka ... walau ada yg aku cam nak santau pada masa dan ketika tertentu :p

Kenangan terindah, kan? No pain, no gain ...

Kekek:
Wa, got style meh my teaching? I tot sama je cam org lain ... time kasih la sbb suka kan ia ... :D

Have a nice day, people!

Alin Ahmad said...

Fisha : totally agree w ur statement. for me if lecturernya garang..lagi garang lagi bagus.. relevannyer? macam yang hang kata, kita akan lbh bersedia sbb..malu beb kena marah atau dgn simple ayat..u tak buat homework ke before masuk kelas i..rasa kapla masuk dalam badan wooo.

n my experience same w u..kebanyakannya score subject yang diajar oleh lecturer killer.

yeah..no pain no gain