Ikmal, seorang sahabat blog meminta daku menulis sesuatu mengenai persediaan mengajar. Ala-ala tips dan resipi gitu, maklumlah, dia juga bakal menjadi seorang pensyarah. Mana tahu kalau-kalau dikau termasuk ke kelasnya nanti ... daku lebih suka menganggap apa yang bakal daku tulis ini sebagai idiot guide kerana yang menulis inipun masih terlalu banyak kelemahannya dan idiots nya.
Perlu kunyatakan sekali lagi, segalanya bermula dengan kebetulan. Namun, ada satu kebetulan yang paling betul adalah daku tidak pernah mengajar. Tidak pernah! Daku tak punya kesabaran untuk mengajar. Adik-adikku tiada yang tahan belajar denganku kerana daku memang rimas dan lemas dengan orang yang lambat memaham. Cepat saja tanganku akan naik ke kepala mereka, sama dengan mulut membebel. Sama jugalah kalau berbual, sekiranya rakan berbualku bertanya lebih dari 3 kali pun daku sudah rasa melenting, ini pula nak memahamkan orang! Ughh ...
Bagaimana daku bersedia untuk mengajar?
Masih kuingat lagi, subjek pertama yang diberikan kepadaku pada semester pertama adalah Introduction to Management. Subjek yang relatifnya mudah. Tambahan pula untuk peringkat diploma. Namun, oleh kerana daku tiada background mengajar, maka, daku simpulkan, mengajar pasti seperti membuat presentation sahaja. Kita bercakap, menerang, dan paling tidak segala penerangan perlu ada sokongan data yang reliable. OK, kukira konsep penyampaian pengajaran sudah selesai.
Kemudian, timbul masalah, apa yang mahu diajar? Yang terbentang di hadapanku hanyalah selampir kertas yang terkandung segala macam topik dan dibahagikan mengikut pecahan bab masing-masing. Daku renung semuanya, ada sesetengah bab daku memang maklumi, dan sebahagian besar yang lain bagaikan bahasa Greek kepadaku. Kelas sudah mahu bermula esok dan lusa. Daku ketiadaan bahan! Bagaimana? Dilema pensyarah baru.
Mahu tak mahu, hari atau malam sebelum kelas, daku perlu menelaah banyak perkara. Setimbun buku yang dipinjam dari perpustakaan dan sedikit nota lama semasa daku belajar. Paduan kedua-dua sumber ini membuatkan daku yakin daku boleh memulakan kuliah.
Permulaan mengajar, dengan nature subjek yang tidak berapa kita maklumi (kita pernah belajar subjek itu, tapi mengajar?), kita mungkin akan berdepan dengan beberapa masalah. Pertama, sekiranya kita masih terkial-kial memahami sesuatu topik, mungkin pelajar juga akan susah memaham.
Tips nya: Take one step at one time.
Tak perlu nak sampaikan syarahan untuk setiap perkara. Dan, trick mudah: sekiranya dikau sendiri tidak faham tajuk tersebut, jadikan tajuk tersebut sebagai aktiviti pelajar. Maksudnya, dikau mungkin boleh membuat satu siri soalan berkenaan tajuk tersebut, dan berikan soalan itu kepada pelajar. Suruh pelajar mencari maklumat, dan kemudian suruh mereka bentangkan di dalam kelas. Dalam kes ini, dikau menganjurkan win-win situation. Pelajar mencari maklumat, dan mereka lebih faham, dan dikau juga ada lebih masa untuk belajar. Syarat utama trick ini – dikau harus sekali menyertai aktiviti ini dan kemudian apabila pelajar membentangkan carian mereka, dikau patutnya boleh memberi input yang lebih daripada pelajar. Gunakan kemahiran memanipulasi fakta sebagai senjatanya. Boleh?
Masalah lain, kemungkinan pelajar akan bertanyakan soalan kepada kita apabila kita mengajar. Dan, lebih malang, kita tak punya jawapan yang pasti untuk soalan tersebut.
Tips: Berlaku jujur.
Beritahu pelajar yang kita tak berapa pasti dengan persoalan tersebut, namun, berikan kepastian kepada mereka bahawa kita akan mencari jawapan untuk soalan-soalan itu. Jangan mungkir janji! Pastikan, soalan itu dibincangkan pada lain ketika, supaya pelajar dapat memahami bahawa kita bersungguh-sungguh untuk memberikannya ilmu.
Namun begitu, pensyarah tidak wajar menyatakan ketidakpastian pada setiap soalan pelajar, dan sering meminta tangguh untuk memberi jawapan di lain masa. Kenapa? Kerana, ini akan membuatkan pelajar menganggap pensyarah tidak berpengetahuan atau sememangnya pensyarah tidak layak mengajar subjek tersebut. Kredibiliti harus selalu dipelihara.
Juga, pensyarah perlu memastikan sama ada soalan pelajar adalah genuine ataupun tidak. Ini kerana, ada sesetengah pelajar yang perasan dirinya bijak, selalu saja mahu menguji pengetahuan pensyarahnya. Sekiranya berdepan dengan pelajar begini, jadikan soalannya sebagai senjata untuk melawannya semula.
Kunci utama, pensyarah perlu peka dengan pelajar. Dan, pensyarah perlu belajar untuk menjadi kreatif dan cepat dan ligat berfikir. Daku kira, pengalaman akan mendewasakan kita. Pada awalnya mungkin agak sukar, namun, lama kelamaan insyaAllah, perkara ini akan dapat diatasi.
Daku kira, cukup dulu setakat ini. Kita akan sambung kuliah di lain ketika.
Selamat menjadi pensyarah.

2 comments:
Terima kasih kak Fisha atas perkongsian ilmu!Sekurang-kurangnya saya tau serba sedikit apa beza pensyarah dan cikgu walaupun matlamatnya lebih kurang sama. Syabas!
Ikmal:
Kalau ini adalah ilmu, maka, akak sangat berbesar hati kalau ada yang mahu memanfaatkannya ...
Terima kasih atas sokongan.
Post a Comment