Thursday, July 09, 2009

Santai: Gedebak gedebuk!

Semester baru sudah bermula pada 7 Julai yang lalu. Dan, semester ini, daku telah mendapat satu kod baru untuk diajar. Perkara yang relatifnya 'kacang putih ' saja ... Kod untuk part 1 - Introduction to Political Science.

Tapi, walaupun kelihatan macam "apa lah sangat benda tu ...", bagiku ia bukan satu alasan untuk berlepas tangan dan ambil mudah. Walaubagaimana pun, daku masih belum berupaya untuk study apa pun lagi :p

Sebenarnya mengajar subjek part 1 adalah satu perkara yang agak mencemaskan diriku. Kenapa?

Pertama - ia ibarat mengajar kanak-kanak untuk mencuba dan menggemari sesuatu yang baru, dan ia bukanlah sesuatu yang mudah! Kalau dalam real setting, kita berhadapan dengan kanak-kanak yang mempunyai span of attention yang sedikit, untuk kes daku, daku berhadapan dengan kumpulan remaja yang harus dibimbing untuk melestarikan rasa minat mereka. Cabaran lagi, kerana mungkin mereka mendapat kursus bukan pilihan, dan untuk memupuk minat pada sesuatu yang kita tidak suka bukanlah sesuatu yang senang. Been there done that!

Kedua - part 1 merupakan tahap yang kritikal kerana ia boleh menentukan sejauh mana pelajar tadi boleh bertahan atau kecundang. Memanglah daku tidak bertanggungjawab atas usaha mereka untuk lulus atau gagal dalam subjek yang diambil, namun daku masih memikul amanah untuk membuatkan mereka bertahan hingga ke akhir. Maksudnya, caraku yang akan menentukan sama ada mereka boleh suka atau membenci subjek ini. Ibaratnya, first impression will lasts forever. Salah cara, mungkin mereka tidak akan langsung berkesempatan untuk explore banyak perkara menarik di dalam subjek ini.

Ketiga - Daku masih tercari-cari cara yang baik untuk menjadikan kuliah lebih berkesan. Setakat ini, banyak yang telah daku lakukan, sayangnya daku tidak pernah melakukan pengukuran keberkesanan terhadap perkara-perkara tersebut. Mungkin berjaya, mungkin tidak.

Oh ... bagaimana ni?

Apa pun, I've to stay positive.

OKlah, nanti daku beritahu lagi apa yang berlaku ya.

Oh, berdebarnya!

4 comments:

Alex Edry said...

PAD120 - PAD170 - PAD 204. The complete journey in understanding Politics, Government & Administration.

husna said...

hai miss....

waa...bertuahnya diorg...awal2 lagi dah kena train dengan miss... bgs glerr.. miss.. majority amd6pc dpt kat shah alam.. tp diff courses la.. BAS lg ramai la... miss.. rindu dungun.. rindu miss and other lecturers as well.. kat cni, penat sgt.. for sure kurus coz asyik naik trn bkt and tangga.. huhuhu... rs relax sgt kat dungun.. huhuhu.. miss u so much.. AMD6PC

Anonymous said...

Ajar part 1 memang mendebarkan dan daku pun tercungap mencari kaedah yang sesuai untuk mereka. Yang pasti memang mencabar

Cik Peesha said...

Leonard:
The complete journey? Wow, what a view ... but I'd rather say ... the beginning of journey to understand politics, government and administration.

Husna:
Nak train apa sangat? Biasa2 saja ... kadang2, apa yg I buat kat u all, mungkin langsung x berkesan utk diaorg. Anyway, tahniah sbb berpeluang sambung. Good luck for that.

Ikmal:
Could't agree more