Tuesday, December 01, 2009

Serius: At my lowest point!

Exam dah tamat. Result dah tahu, cuma tunggu untuk Senate endorsement.

Perasaan?

Inilah yang mahu daku ceritakan.

Manusia memang dianugerah Allah dengan pelbagai emosi. Dengan emosi, kita boleh merasionalkan segala bentuk tindakan kita. Namun, keterlaluan menurut emosi jarang memberikan natijah yang baik.

Dan, di kala ini emosiku sedikit tergugah.

Semalam, KP menghantar message supaya semua subjek yang mempunyai kegagalan melebihi 20% perlu dilaporkan dalam laporan bertulis dan akan diberikan kepada dekan semasa mesyuarat keputusan peperiksaan peringkat Fakulti. Dan, seperti biasa, daku akan menjadi penyumbang tetap kepada laporan tersebut.

Keadaan ini sebenarnya membuatkan daku mula tertanya-tanya, apakah perlu daku bertukar profesion? Adakah daku memang tidak competent melaksanakan tugasan? Apakah daku yang berterusan salah? Adakah ini yang daku mahu lalui hingga bersara (atau selama diberi peluang bernafas)?

Saban semester, boleh dikatakan subjek ku yang mempunyai peratusan kegagalan teramai. Sedang di tempat lain, scorers berganda-ganda. Adakah daku mengajar lain daripada mereka? Adakah mereka mendapat kumpulan pelajar yang sangat bijak, yang bisa menjawab semua soalan dengan tepat? Atau, apa?

Adakah salah cara daku gunakan?
Adakah daku perlu menurunkan standard dan benchmark ku demi meluluskan walau kepada yang tidak layak?
Kenapa harus daku yang bertanggungjawab bila ada kegagalan dan tidak pernah dihargai dengan jumlah yang berjaya itu?

Bila ini yang terjadi, kekecewaan demi kekecewaan yang daku rasa. Daku tak tahu kepada siapa mahu kuadukan segalanya -- kerana di akhirnya, kesemuanya tertuding kepadaku semula.

"Tu la, garang sangat .. sampai ramai yang fail! Lecturer bodoh!"

"Dia ingat dia pandai sangat mengajar, perasan bagus. Tu la ramai yang fail!"



Seriously, daku macam terdengar-dengar dialog itu ketika ini. Dan, daku terasa sangat down. Daku sesungguhnya tidak tahu di mana harus kumulakan pencarian kepada titik mula semua ini. Apa agaknya yang tak kena?

Bila kutanyakan kepada pelajar, jarang yang mahu memaklumkan apa yang salah. Ya, mungkin mereka takut daku akan menghambur kebencian kepada mereka sekiranya mereka menegur. Tapi, kan ada banyak cara untuk kamu meluahkan apa yang tidak kamu suka?

Surat layang, boleh.
Emel pun boleh.
Lapor kepada KP, jalan yang baik.
Lapor kepada TP HEA, lagi superb.
Adukan terus kepada Pengarah ... semuanya berkemungkinan.


Seribu justifikasi pun mungkin tidak akan membetulkan keadaan. Akhirnya, yang kelihatan buruk diriku jua. Yang tidak competent itu daku jua.

Lantas, apa jawabnya? Atau, perlukah begini?



Ya Allah, jadikanlah daku hamba yang sentiasa bersyukur. Amin.

5 comments:

lovelygift....everything u need are here said...

Sabar feesha...manusia tk boleh nk nilai apa yg kita lakukan tp ingat Allah akan membalsnya. Biar Allah yang menilai segala apa yg kita lakukan.Yang penting kita ihlas...

~shux~ said...

Salam Miss... Just an honest opinion from me... Hope u dun mind... :P
I dun think it is your fault from the very beginning. It is just our mentality as a student. We always think that others should suit our style... It is just the students keep on comparing the style of the lecturers from one to another. It is just cannot be avoided.

I just hope that you would not mind whatever people might say about you because u have your own style. It is just a genuine style of yours and I kind of like it. If u change it, that is not going to be our Miss Fisha anymore. Huhu... We could not satisfy everybody right?

Additional quality of yours, u are senior to others and I dun think they could judge you lightly as they want. They should know where they stand. I bet u did failed the students of good intention. Compared to other lecturers who did passed the students even if they are not suppose to...
~ends as well as means~
They applied that...
But you are not...

Just dun demotivate yourself.
I bet there are a lot of students out there already realized why u did those things back there, and they have already benefited from them.

Thanks to you for teaching us, and you will always be in the heart of the students who value u as their lecturer...

:P
smile

Cik Peesha said...

Feena:
Thanks for your words darling. InsyaAllah, nasihat itu akan sentiasa diingati :)

Shux:
If those words meant to console me, they're certainly did. Students never scared me but the pressure from the upper level really suffocating.

I think I'm good now ... feeling better.

Thanks for valueing me as ur lecturer :)

Ilias said...

salam.

saya tertarik dgn masalah anda, saya pun pensyarah baru..harap bersabarlah dengan ujian ini. Mungkin ada sesuatu yang perlu diperbaiki. Dapatkan rujukan atau nasihat daripada yang sesuai...kalau memang dah betul student yang lemah, so dont worry..u did all the best u can do...dont change your profession!! I addressed to myself as well..

Cik Peesha said...

@lias:
Terima kasih atas pandangan anda. Ya, ini luahan saja. Selepas diluah, redalah.

Dan, sememangnya saya akan terus mencari jalan untuk mengatasi semua ini :)

Mahu tukar profesion? Itu kdg2 dtg bila hati penuh beremosi. Saya masih sayang kerjaya ini.

Terima kasih atas kunjungan. Datanglah lagi ...