Wednesday, June 04, 2008

Emosi: UiTMT di Hati

Hari ini terasa mahu bercerita mengenai UiTM Terengganu pulak. Rasanya, mood UiTM di hati masih lagi berlebihan untuk waktu ini ...

Pintu masuk utama ke kampus UiTM Terengganu

Pandangan hadapan Blok Intelek

Blok Intelek - di situ terletaknya office daku ...



Sewaktu pertama kali mendaftar masuk (Disember 15, 2003), daku ditempatkan di bangunan KARAH2 - rumah kayu, bersama-sama dengan Fety, K. Nor dan Anita. Hampir 2 tahun lebih juga kami di situ, kami diberi pilihan untuk berpindah ke bangunan yang sepatutnya.

Anita dan K. Nor memilih untuk berpindah ke blok Sarjana, dan namaku pulak tercicir daripada nama pensyarah yang diberi keutamaan untuk mendiami blok baru - Intelek, sedangkan, janji pihak pengurusan sebelum itu, bangunan Intelek adalah dikhaskan kepada semua pensyarah yang menghuni rumah KARAH.



Anita bergaya di blok office yang sangat dibangga-banggakannya ..
(daku: blok buruk pun nak bangga ke? :p)


Fety, disebabkan dia telah lama berkhidmat daripadaku, maka dia mendapat keutamaan itu. Setelah habis semua bilik di tingkat 2 diberikan kepada mereka yang "terutama", tinggallah tingkat yang paling atas yang masih banyak kosong. Daku pun memohon, dan diberikan bilik bernombor 79.

Setelah satu semester berada di dalam bilik tersebut, daku mendengar ada seorang pensyarah di tingkat 2 akan berpindah, dan tanpa membuang masa, terus kudapatkan bilik tersebut. Rezekiku, maka tidak lama selepas itu, daku pun berpindah ke bilik sekarang - BP39, berhadapan dengan bilik Fety.


Ruang letak kereta di blok Intelek.


Di luar pintu masuk utama ke bilik rehat pensyarah merupakan sebuah kafe - untuk menjamu selera - KAFE INTELEK. Walaupun menunya agak sama setiap hari, kafe ini kadang-kadang adalah penyelamat sekiranya pensyarah terlepas bersarapan atau makan tengahari di luar atau di rumah.

Bilik rehat pensyarah merupakan tempat untuk para pensyarah bersosial dan melepaskan lelah setelah menyampaikan kuliah. Pensyarah boleh berborak dan membaca surat khabar yang disediakan. Memang terdapat pengunjung dan pembaca setia di situ serta penggosip juga.

Di situlah segala cerita bermula. Cerita baik, cerita busuk, dengar dan sembanglah di situ. Bilik ini juga menjadi medan 'mempropaganda' pendapat tentang kelompok tertentu - kelompok penentang, kelompok 'working-class', kelompok 'borguoisie", kelompok "jambangan lalang", atau kelompok yang sekadar masuk untuk mencari input-input tertentu.

Tambah menarik, di bilik ini juga terdapat kemudahan TV ASTRO. Macam-macam ada!


Blok Sarjana yang menempatkan bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Terengganu

Blok ini merupakan bangunan penting kerana semua aktiviti yang berkaitan dengan hal ehwal akademik berlangsung di sini. Di sinilah letaknya pejabat timbalan pengarah kampus (HEA), Unit peperiksaan, dan unit rekod pelajar. Diwartakan sebagai zon berpakaian kemas, namun masih ada yang masuk ke situ dengan seribu satu kesalahan sahsiah rupa diri - kadang-kadang termasuk pensyarahnya juga.

Pantai Teluk Gadong

Laut China Selatan yang mendamaikan

Sesuatu yang menjadikan kampus ini begitu istimewa adalah lokasinya yang berhadapan dengan laut China Selatan. Memandang ombak laut adalah sesuatu yang mendamaikan - tak kiralah waktu bila pun. Inilah kehebatan Allah yang Maha Kuasa.

Kampus ini akan sentiasa dekat di hatiku kerana di sinilah aku memulakan kerjaya yang sebenar dalam hidupku, dan aku berharap, di sini jugalah aku akan menamatkannya.

Melankolik bunyinya, bukan? Penangan estrogen agaknya ... :)

2 comments:

Anonymous said...

Wah! menarik sekali kampus di tepi laut...tiap-tiap hari boleh main pasir

Cik Peesha said...

Memang menarik... itu juga yang membuatkan saya sangat berat nak pindah ke tempat lain ...