Hari tu ada temuduga pensyarah baru. Daku tak terlibat, sebab daku bukan penemuduga atau yang ditemuduga. Cuma, ada cerita-cerita daripada mereka yang terlibat dengan peristiwa itu yang berlegar-legar di buana ini.
Satunya, mengenai rungutan dekan-dekan mengenai ketidakupayaan calon untuk bercakap seperti yang sepatutnya. Yang menjadi lebih hangat, apabila dekan-dekan ini membuat remark:
“You know aa, every time we interviewed all the candidates from that university, most of them cannot talk! How on earth you study *toooooot*, but cannot talk? Those people from those grand universities, so unbelievable!”
Daku termenung bila mendengar cerita itu. Dalam kepala daku berlegar-legar persoalan:
Mestikah semua yang datang daripada so-called grand universities tu pandai bercakap?
Bukan kita tak pernah jumpa, student yang brilliant di kertas, tapi tak mampu nak mengeluarkan buah fikiran secara spontan?
Ada bukti saintifik kah yang mengatakan bahawa semua lulusan undang-undang Harvard boleh bercakap tentang semua aspek perundangan?
Mestikah lulusan politik daripada Cambridge boleh bercakap dengan bagus tentang politik?
[Intermission:]
Dan, cerita ini mengingatkan daku mengenai entri seorang teman blog mengenai hujah Ram Gopal J. dan Datuk Rafiah Salim mengenai local law grads are clueless (or so ..) … [End of Intermission .. :p]
Memanglah pada dasarnya, untuk menjadi pensyarah, kita mesti berupaya melontarkan idea dengan spontan, namun, untuk blanket semua yang masuk ke grand universities perlukan satu karektor yang bertepatan dengan high expectation, daku tak rasa itu tindakan yang bijak. Kalau kita percaya bahawa setiap manusia punyai potensi terbaik untuk dibangunkan, maka, mungkin kita tidak akan berbicara sebegini.
Dalam konteks sesuatu situasi, kecenderungan seseorang untuk bertindak di luar perangai yang biasa adalah tinggi. Ini kerana, situasi sangat mempengaruhi setiap tindak tanduk kita.
Contoh mudah:
Daku biasa mengajar. Selesa dengan caraku. Setiap kali masuk kelas, daku akan menjadi spontan dalam merencanakan apa yang harus daku ajarkan kepada pelajarku. Namun, katakan, daku diberitahu bahawa daku akan dinilai oleh superior daku mengenai cara mengajar di dalam kelas, sudah pasti, situasi untuk dinilai itu akan membuatkan daku kaku dan bertindak dengan tidak seperti selalu. Mungkin, keyakinan adalah syarat utama untuk kita menjadi tenang bila dinilai. Tapi, berapa ramai pula yang mampu menstabilkan emosi bila berhadapan dengan situasi begitu?
Daku tidak mahu menjadi defensive walaupun daku terasa nipis telinga kerana daku juga produk universiti yang dikatakan itu. Cumanya, bagi daku, generalization seperti itu kadang-kadang membuatkan kita akan kehilangan banyak bakat-bakat dan potensi hebat. Berikan mereka peluang, insyaAllah, penilaian semula selepas itu pasti menjadi lebih objektif.
Namun, harus diingatkan, prinsip ini hanya terpakai pada calon-calon yang hampir memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh institusi dan panel penilai. Sekiranya yang terlalu jelas kelemahannya juga diambil mengikut prinsip ini, then, I rest my case.

No comments:
Post a Comment