Sambungan dari yang hari dulu … mengenai tanggungjawab seorang pensyarah.
Memastikan hubungan dengan siswa siswi adalah semata-mata berlandaskan kepentingan akademik
Dikau tahu, sebelum memulakan karier ini, pesanan pertama yang daku perolehi daripada senior – elakkan diri daripada terlibat dalam persoalan yang melebihi batasan. Ya, untuk menjadikan hubungan kita semata-mata berlandaskan kepentingan akademik adalah sesuatu yang absurd. Totally! Kenapa? Manusia ini adalah makhluk yang dinamik akal dan perasaannya, dan telah diciptakan Allah hati manusia itu terkesan dengan apa yang di sekelilingnya. Dikau pasti pernah dengar pepatah “tak kenal maka tak cinta” bukan? Maka, bagaimana harus daku tidak cintakan dikau, kiranya daku mengenali dikau sepenuh hatiku?

Kiranya dikau memikirkan daku hanya mengenali dikau dengan nama rasmimu, ternyata dikau salah sama sekali. Dikau mungkin tidak percaya kalau daku katakan, daku masih mengingati semua telatah dan karektor hampir setiap pelajarku bermula daripada first batch hinggalah sekarang. Walaupun agak mustahil untuk merekodkan segala gerak laku dikau di kotak fikiranku, tapi percayalah dikau akan kukenang sebagai adanya. Dan, insyaAllah, walaupun daku mengenali dikau lebih daripada yang sepatutnya, tujuan utamaku tetap kepada persoalan akademik dikau. Dan, daku juga ngeri bila memikirkan akan ada di antara dikau yang jatuh cinta dengan daku dan melihat daku lebih daripada seorang pendidikmu …
Mengelakkan sebarang eksploitasi siswa siswi dari segi akademik bagi tujuan peribadi tanpa memohon kebenaran atau memberi penghargaan yang sewajamya
Ya, pasti dikau pernah mendengar kes pensyarah mengambil kredit di atas kerja pelajar tanpa memberitahu mereka, kan? Sebenarnya ekploitasi itu terjadi sama ada kita sedari atau tidak. Ada antara kerja-kerja yang daku beri untukmu adalah satu eksploitasi – mengeksploitasi kemahiran dikau mencari maklumat yang boleh daku gunakan di dalam kelas. Dan, dikau juga lebih lagi mengeksploitasi daku sehabisnya – bila mana dikau malas membaca, menganga untuk disuap di samping bertanyakan hal-hal yang tidak sepatutnya. Mesti dikau juga pernah mendengar what goes around, comes around, kan? Eksploitasi, kalau masih dalam warisan kewajaran, boleh dimaafkan. Namun, kalau terang-terangan – mengapa didiamkan?
Meluang dan menetapkan masa untuk tujuan perundingan
Macam yang daku beritahu di awal tadi, daku sentiasa melapangkan masaku untuk dikau kerana sebab dikau daku di sini. Namun, daku tidak mampu berfungsi dengan sebaiknya sekiranya dikau sentiasa takut dan segan untuk tujuan itu. Buangkan rasa malu dikau itu, kerana banyak yang boleh kita bincangkan sekiranya dikau sudi untuk berbincang. Bincang apa sahaja and I mean EVERYTHING. Just come and you’ll understand.
Menghargai kerjasama akademik dan bukan akademik daripada siswa siswi
Adakah dikau rasa daku menghargai kerja-kerja dikau? Pernahkah kerja dikau dipulangkan tanpa bertanda? Paling tidak dikau akan dapat “SEEN”, kan? Daku bertanggungjawab untuk tidak memeriksa kerja-kerja dikau dengan sistem “timbang kati” walau selewa manapun persembahan kerja kursusmu itu. Dikau ingat daku tidak berang memeriksa kerja yang sepenuhnya disalin dari buah fikiran orang lain yang mudah didapati di internet? Berkali-kali telah daku pesan, mengutip fikiran orang lain petandanya kita ini banyak membaca dan bagus sikap begitu. Namun, mengutip fikiran orang dan mengakui itu kerja sendiri adalah perbuatan terbodoh dan terhina dalam mana-mana dimensi kehidupan ini. Biar jelek, biar salah pandangan kita, kita harus berbangga. Sekurang-kurangnya, dengan mengemukakan pandangan sebegitu menandakan dikau mempunyai otak yang berakal, dan bukannya otak hiasan seperti otak lembu itu.
Bagaimana pula dengan kerja yang bersifat bukan akademik?
Ia lebih merupakan aktiviti yang dilakukan di luar kelas seperti aktiviti sukan dan sebagainya. Daku menyokong perkara-perkara ini, dan buktinya, daku tetap hadir pada majlis yang dikau anjurkan. Cumanya, bila selalu hadir dan menjadi penunggu daripada yang ditunggu, daku jadi bosan. Dan, daku akui, sekarang ini daku culas mahu hadir kerana daku tak temui keseronokan seperti dahulu. Maaf ya. Namun, daku masih menyokong apa yang dikau buat. Mungkin ini satu tanggungjawab yang tak tertanggung oleh diriku.
Memastikan perkara rahsia dan sulit tidak diketahui oleh siswa siswi
Ada banyak perkara yang tak perlu dikau tahu di dalam dunia ini. Dan, antaranya ada di dalam perjalanan akademik dikau. Biarpun dikau berhak mengetahui semuanya mengenai urusan dirimu, namun, bukan semuanya berpusat kepada dirimu sahaja. Kiranya, ia menjadi persoalan, ada apa dengan kamu? Dan, oleh kerana perkara itu rahsia dan sulit untuk diketahui oleh dikau, maka tidak wajar daku memberitahumu apakah perkara-perkara itu. Anggap sahaja, no news is good news.
Menjadi contoh kepada siswa siswi dari segi peraturan, sahsiah rupa diri, pakaian dan tingkah laku
Sekiranya dikau merasakan daku ini contoh yang baik, maka, ikutilah daku. Namun, dikau masih bebas memilih sesiapa sahaja yang dikau rasakan sesuai. Daku mungkin menarik pada satu keadaan dan buruk dalam banyak keadaan. Maka, daya cerapan dan serapan dikau terhadap contoh yang baik terpulang kepada dikau semuanya. Daku hanya boleh melakukan sesuatu yang daku anggap baik untukku, dan dikau juga akhirnya penentu sama ada daku ini contoh yang baik atau tidak. Tanggungjawab daku nan satu ini sangat tergantung kepada penilaian dikau.
Menghormati siswa siswi sebagai individu
Respect is earned and not something you’ll easily get. Ia datang secara dua hala. Sekiranya dikau tidak menghormati diriku sebagai pensyarah dan pendidikmu, daku tidak akan mampu menghormatimu. Dan, sifir ini bertimbal balik sifatnya. Maka, sekiranya dikau mahu daku menghormatimu seadanya, terjemahkanlah ia dalam urusan seharian kita. Dikau tentu faham apa maksud daku, kan? Kalau tak faham, baca semula tanggungjawabku yang nombor tiga itu.
Memberi maklum balas, keputusan ujian/laporan/kerja kursus dan peperiksaan dalam jangka masa yang ditetapkan.
Daku rasa belum pernah terjadi pelajarku tertanya-tanya mengenai keputusan ujian dan kerja kursus mereka. Ke pernah wahai pelajar-pelajarku? Kadang-kadang sengaja daku letakkan laporan kerja kursus di dalam pejabatku dan tidak di luar pejabat seperti pensyarah lain supaya dikau sudi datang dan berbincang denganku kenapa markah sebegitu yang daku berikan kepadamu. Dan, selalunya sampai ke akhir laporan itu tidak dituntut. Daku kadang-kadang sedih bila terpaksa membuang laporan kerja kursus yang tidak dituntut. Sedih kerana kerja sendiripun tak sudi dihargai. Kalau begini sifatnya, bagaimana dikau mahu orang lain menghargai kerja-kerja dan pemikiranmu?
Inilah antara tnaggungjawab daku terhadapmu. Walau bagaimanapun, tanggungjawab datang bersama hak. Daku bertanggungjawab terhadap dikau, namun daku juga punya hak daku ke atas dikau. Kalau mahu dibilang hak-hak itu, mungkin memerlukan bab yang khusus. Dan, daku tidak berhajat untuk menuntut kesemua hak-hak itu kerana tanggungjawabku pun bukan semuanya daku penuhi. Satu sahaja yang daku harap – tolak ansur. Tolak ansur pada perkara yang perlu. Sekiranya dikau tidak melakukan apa yang daku suruh, itu bukanlah termasuk dalam terma perkara yang perlu, dan tiada tolak ansur di situ. Daku rasa kita semua clear di situ?
Semoga pembelajaranmu lebih akan terkesan selepas ini …

5 comments:
Sudah dua kali cik/puan/prof/dr komen blog saya.
setakat yang saya dapat teka; cik/puan/prof/dr adalah orang perlis dan mungkin mengajar FUU.
persoalannya: subject apa.
mungkin saya perlu tanya dr. irwin.
hehehe...
n thanx for reading my blog.
Kak Fisha lect public admin la teddy...bukan law..hehehe
yep teddy.
saya lect. public admin. bukan lecturer law. cumanya, frustrated law student ... huhu ...
nama pun tiada gelar lagi. relatifnya, masih baru di bidang ini.
Thanks Ikmal kerana memberitahu Teddy ...
cik peesha..
u'r blog banyak mmbantu sy prepare persediaan mental to be a tutor n lect.. thanks..
Sephia:
Hi, terima kasih kerana berkunjung.
Oh, saya rasa sangat terharu dan berbangga sekiranya apa yang saya tulis boleh jadi panduan untuk Sephia.
Silalah datang lagi ... :)
Post a Comment