Di bawah ni adalah senarai panjang tanggunjawab seorang pensyarah kepada pelajar-pelajarnya. Daku terjumpa dalam manual pensyarah baru yang daku dapat semasa kursus orientasi pensyarah baru pada tahun 2004. Dah hampir nak dibuang pun.
Wah, selama bertahun-tahun mengajar, barulah daku sedar, daku ada tanggungjawab-tanggungjawab ini? Hoh!
Mari kita lihat, sama ada daku buat atau tidak sebelum-sebelum ni …
Menggalakkan siswa siswi menimba ilmu, mengikuti perkembangan dan berkongsi ilmu
Penat la nak bercakap sokmo benda-benda begini. Dah namanya belajar, kenala faham apa yang nak dibuat - belajar la .. bukan shopping, bukan merendek, malah jauh sekali daripada berehat-rehat. Tapi, masalah dikau-dikau semua, hanya mahu bersenang-senang sahaja. Susah sikit merungut. Dilabel pensyarah itu killer lah, garang lah ... Paling malang, menggelarkan pensyarah yang selalu memberi pesanan begini dengan gelaran yang tidak elok. Ibarat memberi bunga, dibalas dengan tahi.
Kalau dikau semua tahu tanggungjawab, takkan daku mahu membebel. Dikau ingat ada keseronokan kah bila asyik membebel? Daku tension, dikau stress .. Maka, kita semua akan menjadi seperti kodok rebus. Dikau tahu kenapa kodok rebus? Daku cerita nanti ...
Memupuk budaya membaca
Ini perlu bermula seawal usia boleh membaca. Bacalah apa saja yang dikau mahu. Tak pernah ada orang yang mati kalau banyak membaca. Daku pun tak faham, kenapa tiada keseronokan membaca pada dikau. Bacaan teks untuk subjek yang diambil memang membosankan .. itu daku pun mengalaminya. Namun, banyak lagi pembacaan di luar teks subjek yang menarik yang boleh dibaca.
Selalu yang terjadi, sudahlah teks subjek tidak dibaca, akhbar-akhbar semasa pun ditinggalkan! Bila bertanya tentang sesuatu perkara, teragak-agak nak berkata. Padahal isu-isu begitu bukanlah sesuatu yang alien sifatnya.
Tak mahukah menjadi orang berilmu? Ilmu itu pengalaman, namun, berapa banyak pengalaman sendiri yang boleh dilalui? Maka, membaca memberikan kita makna dan emosi terhadap pengalaman orang. Bacalah biografi orang ternama, memoir dan sebagainya - semua ini mengayakan ilmu. Takkan dikau dah lupa keseronokan menyertai projek NILAM di sekolah? Kembalikan kenangan itu. Ayuh, baca!
Memupuk minat dan potensi siswa siswi agar mereka sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan
Bagaimana mahu cemerlang kalau sentiasa mahukan kesenangan? Di suruh membaca sedikit sudah merungut-rungut. Cemerlang takkan datang kalau tidak dicari. Namun, kalau dikau sudah merasa cemerlang dengan CGPA 1.99, maka, kekallah dikau begitu. Tak ada salahnya, kerana itu sahaja yang dikau mampu, kan?
Memupuk kejujuran, integriti, akauntabiliti dalam aktiviti akademik dan bukan akademik
Hmmm ... bagaimana mahu ada integriti? Disuruh buat karangan semuka mengenai sesuatu topik, di google saja di internet, dengan semua benda yang ada di page tersebut dicetak dan dihantar kepada pensyarah. Apa maknanya? Sekadar tolong compile maklumat yang begitu, kerja bodoh namanya.
Kemudian, bila disuruh buat assignment, difikir mahu meng"impress" pensyarah dengan bahasa yang muluk-muluk dan indah, sedang bukan daku tidak tahu kemampuan dikau berbahasa. Dicedok sedikit situ, sedikit di sini, kemudian tidak dinamakan sumbernya. Apa itu?
Tahukah dikau dengan berbuat begitu, dikau telah menceburi bidang jenayah? Yang mereka gelarkan jenayah intelek? Oh, lupa, pasti dikau tidak tahu kerana dikau tidak membaca. Apa boleh buat. Ignorance is bliss, I guess.
Menggalakkan kebebasan akademik tertakluk kepada peraturan UiTM
Daku rasa daku sudah puas menggalakkan kebebasan akademik yang berpada-pada ini. Malangnya, disebabkan perkara-perkara di atas tiada, maka, kekallah semuanya pada takuk yang sama sahaja. Bukan tidak pernah dikau daku provoke dengan soalan yang sepatutnya membangkitkan rasa dan naluri keintelektualan yang patut dijunjung, namun, sayangnya provokasi itu akhirnya membangkitkan rasa kecewa dan marah daku sahaja. Daku akan terus menggalakkan perkara ini. Namun, sekiranya dikau masih segan dan malu untuk bergalak begini, apalah dayaku.
Adil, wajar dan tepat pengiraan dalam penilaian dan pemberian markah siswa siswi
insyaAllah. Namun, daku tidak berapa pasti sejauh mana keadilan itu. Bagi daku, tidak kira siapa dia itu, sekiranya dia layak, pelajar yang paling daku tak gemari pun akan daku berikan apa yang dia harus dapat. Bukan tidak pernah ada pelajar yang membuatkan daku mahu menggagalkannya, tapi dek kerana performance yang memberansangkan, daku profesional. Malah, betapa daku susah hati untuk menggagalkan pelajar yang rajin dan sentiasa menurut kata sedangkan performance nya tidak seperti yang diharapkan. Semoga keadilan dan kewajaranku ini tidak dipersoalkan Allah kemudian nanti.
Memainkan peranan sebagai penasihat kepada siswa siswi dalam bidang akademik dan bukan akademik sarna ada di dalam atau di luar kelas
Daku gembira dengan peranan ini. Namun, disebabkan kebanyakan dari dikau melabel daku sebagai cold-hearted person and intolerable, daku memang tidak akan mampu untuk menasihati dikau. Satu perkara yang daku belajar setelah menjadi pensyarah adalah untuk melimpahkan daya empati kepada subjek ku. Dan, empati ini tidak akan bermakna sekiranya dikau menjauhi dirimu dariku.
Daku tak kuasa membuat jemputan rasmi untuk tujuan ini. Tapi, apa yang pasti, pintu pejabatku sentiasa terbuka untuk dikau di kala dikau memerlukan daku. Dan, pelawaan ini terbuka sama ada dikau masih menjadi pelajar ku atau pun tidak …
Hoh, daku rasa, cukup dulu setakat ini. Daku tahu, dikau pasti menyumpah-nyumpah daku usai dikau membaca semua ini. Jangan bimbang, akan ada banyak lagi perkara-perkara sebegini yang akan berlaku... Maka, di pihak daku, daku rasa daku sudah melakukan hampir semua perkara ini. Terpulanglah kepada dikau sekelian untuk meneruskan atau mencari jalan selamat – meninggalkan semuanya, dan bila gagal, menempelak salah orang dan tidak diri sendiri.

2 comments:
miss..sy ingin lakukan gerak gempur..gempurlaa sangat..just untuk preparation untuk menghadapi subjek miss di sem depan..apa yang sy perlu tahu dlm subjek miss sem depan.cos sy nak bersedia..
Wah, ini sudah bagus ...
Persediaan patut:
1. Cari buku2 yang berkaitan dgn DA
2. Bersedia dengan pengetahuan am yg mencukupi
3. Polish up your english
4. Build up your courage to speak up your opinion in class
5. Be ready for anything to come
Best wishes and good luck
Post a Comment