Sunday, June 01, 2008

Serius: Menjadi pensyarah berkesan atau disukai ramai?

Seorang teman telah mengirim email ini kepada daku. Dikau baca dulu. Daku komen di bawah sinun ...

The favorite lecturer supposedly to have the following traits:
  • Cooperative
  • Democratic attitude
  • Kindliness and consideration
  • Patience
  • Wide interest
  • Pleasing manner and appearance
  • Fairness and impartibility
  • Sense of humor
  • Firmness and even temperament
  • Flexibility

Komentar:
Daku dahulu bukanlah seorang budak yang ramai kawan. Selalunya daku akan menjadi pilihan kedua, ketiga dan yang terakhir. Jarang yang memilih daku sebagai teman permainan yang utama. Tapi, daku tak kisah. Daku adalah seorang yang boleh menggembirakan hati sendiri. Dan, daku kira, peristiwa-peristiwa masa kecil begini, ada manfaatnya sekarang. Kenapa?


Bila tibanya musim penilaian pelajar, kebanyakan pensyarah akan berharap-harap penilaian pelajar bernilai 80 markah dan ke atas. Sekiranya dapat kurang, mereka banyaknya akan merungut-rungut dan merasa sedih.

Bagi daku pula, daku jarang mempedulikan markah yang aku dapat (ya, markahku tak pernah kurang daripada 80) - kerana penilaian yang lebih bersifat emosi dan subjektif jarang membuahkan keputusan yang objektif. Ya, mungkin ada yang tidak bersetuju, kerana pada mereka, sedikit sebanyak penilaian tersebut, terpantul daripada cara kita mengajar. Tidak apa, dikau boleh saja bersetuju dengan pandangan itu. Tiada paksaan. Ini pendapat daku sahaja. Maka, pengalaman menjadi the last choice sangat membantu daku. Dikau faham apa maksudku?

Data menguatkan teori daku:
Daku pernah diberikan mata "1" untuk kesemua ujian keberkesanan pengajaranku oleh seorang pelajar, dan bila daku melihat borang itu, daku dapati pelajar itu adalah pelajar yang paling lemah dan gagal untuk subjek daku. Dan, selalunya pelajar yang skor markah yang tinggi dalam penilaian berterusan selalunya akan menilai pensyarah dengan nilaian yang sangat tinggi. Inipun pernah daku alami - daku memperolehi markah penuh untuk setiap bahagian penilaian. Dan, polanya memang begitu setiap semester.


Daku memang tidak peduli berapa yang daku dapat. Daku mengukur prestasi diri dengan pencapaian pelajar di akhir peperiksaan. Sekiranya ramai yang berjaya, mungkin mereka terkesan dengan pengajaranku, dan yang tidak berjaya adalah sebaliknya. Yang penting buat daku, semasa di kelas, daku mendapat perhatian - semua soalan daku dijawab dengan baik, dan semua homework yang diberi dihantar tepat pada masanya. Sekiranya itu semua lakonan semata, biarkan saja kerana kita semua maklum, pelajar adalah pelakon terhandal di kelas - boleh berlakon sangat memahami, walhal tidak.

Dan, daku selalunya percaya kepada konsep keikhlasan. Walaupun bukan kita yang mengukur rasa itu, kalau kita berasa senang dengan kebaikan yang kita lakukan, itulah petanda kerja kita Allah suka. Mudah-mudahan.

Namun, kadang-kadang, rasa tertekan juga kalau diri tidak disukai, sedang kerja kita berkesan. Biasalah, kan?

No comments: