Wednesday, June 04, 2008

UiTM di Hati - bait yang meruntun jiwa

UiTM di Hati

Wujudmu di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putera puterinya
Pelopor hidup budaya bangsa, agama, negara
Membentuk akhlak manusia agar jadi sempurna

Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka buni dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku

Majulah bangsa
Maju Negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya … Demi bangsa


Pertama kali daku mendengar lagu ini adalah di dalam sebuah majlis pelajar yang diadakan di Dewan Aspirasi UiTM Terengganu pada penghujung tahun 2003. Dan, daku terus rasa tertarik dengan lagu ini. Melodi, liriknya semuanya melahirkan satu perasaan yang berbaur. Setiap kata-kata di dalam lagu ini mencerminkan harapan yang sangat menggunung - untuk agama, diri, bangsa dan seterusnya negara yang tercinta ini.

Setiap kali lagu ini dialunkan, air mataku pasti akan mengalir. Tidak tahu kenapa. Tapi, itulah hakikatnya. Fety selalu mengusik daku. Daku tak ambil peduli. Sekalung tahniah untuk si bijak yang mencipta lagu yang indah ini.

Sekiranya lagu ini dihayati sepenuhnya oleh semua pelajar, pasti mereka tidak akan teragak-agak untuk memberikan usaha yang sangat bagus untuk diri mereka dan universiti ini. Sayangnya, lagu ini terus dilupakan selepas berakhirnya minggu orientasi.

Daku pernah juga menyuruh setiap pelajar untuk menyanyikan lagu ini setiap kali masuk kelas - sambutannya bagus, walaupun sumbang dan lompong (sebab terlupa senikata) - namun disebabkan ia sedikit mengambil masa kelas, ia hanya berlangsung selama satu semester sahaja.

Semester selepas itu, tidak lagi. Daku rasa, mungkin daku akan berbuat begitu pada semester hadapan ...

Anda pula, terasa sesuatu dengan lagu ini?

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah kak Fisha sampai mampu menangis, saya bila jauh baru terasa betapa syahdu dan besar ertinya lagu uitm sebesar jasanya pada saya sepanjang kehidupan ini.

Selama lebih 7 tahun saya menyanyikan lagu ni sejak tahun 2000 sebagai student (Penghulu MWS ketika itu hahaha kenangan lama terusik kembali) dan akan berterusan sehingga saya kerja kelak, UiTM Di Hatiku!

Cik Peesha said...

Kat UIA dulu x pernah ada lagu2 cenggini ...

so, bila dah masuk institusi orang Melayu ni, dan ada pula lagu begini, kemelayuanku tersentuh!

Sungguh!