Wednesday, July 30, 2008

Santai: Opps!

Hari ini kami berbincang mengenai teori Pitirim Sorokin mengenai social change. Berdasarkan apa yang diterangkan oleh Sorokin, manusia (masyarakat) berubah kerana adanya perubahan pada pemikiran mereka. Dan, Sorokin membahagikan changes stage kepada 3 – ideational, sensate dan idealistic.

“Ideational is something to do with your mind. If you’re depending solely on your mind, you’ll disregard many things as human mind is limited. That’s why in Islam, we are constantly being reminded that we need to always referring to 2 major sources – Al Quran and As Sunnah. Al Quran itself comprises of two dimensions – naqli and aqli – the evidence and the rational. Plus, with all terms like Ulul al Bab, Ulul Amri and etc, this indicates that we cannot compartmentalize our life into a particular segment i.e. in this case, to depend solely on religion or our mind.”

Panjang lebar daku menerangkan kepada pelajar-pelajar ini. Ada yang menguap-nguap. Ada yang serius menumpukan perhatian. Ada yang seperti, whatever!.

Setelah habis penerangan bab ini, daku pun mahu menerangkan mengenai sensate pulak. Bila kubelek ke nota yang daku sediakan, “Alamak! Salah!! Arghhh!”

Ya, daku sudah mengelirukan pelajar ku. Tapi, disebabkan mereka adalah golongan dengan motto “I couldn’t care less” dan dan sentiasa tunggu menganga disuap dan ditolong kunyahkan, mereka tidak terkesan pun dengan kesalahan itu. Kalau di universiti kami dulu, pantang pensyarah salah, pasti akan ada cepat yang mengesan.

Daku boleh saja membiarkan kesalahan ini kalau kumahu – tambahan dengan sikap mereka ini, tiada siapa yang akan kisah. Namun, mengenangkan amanah ilmu, daku dengan selamba berkata: “Sorry, I was wrong. That explanation actually is for the second point.”

Mereka tertawa. Entah suka dengan kelucuan bodoh daku atau terharu dengan kesilapan pensyarah mereka.

Dan, daku menambah: “What to do, people make mistakes. Nobody’s perfect. And, I won’t repeat the previous explanation. Understand?”

Mereka mengangguk sahaja. Entahkan faham entahkan tidak.

Yang pasti, daku sudah memberi. Selebihnya, cernalah sendiri.


Urghhh!!

1 comment:

ahbodolahman said...

Penyakit keturunan Melayu... kohkohkoh.. bukan saja waktu belajar, sampai kerja berbelas tahun pun lulusan diploma masih ramai yg masih tunggu disuap dikunyah malah kene tolong telan dan tolong dukung ke tandas dan ajar camana nak tuning pushing tempo dan urut colon untuk buang air besar. Kadang2 gua terpikir kenapalah gua tak bunuh saja spesis ini?

Ramai yang masih begini... adakah hanya kerana lulusan dalam negeri membuatkan diri langsung tak mahu berdikari? Patut la pensyarah kadang2 terpaksa menjadi pura2 zalim..Gua suka idea kumpulan kedua... namun kumpulan pertama tersangatlah ramai...