Thursday, July 24, 2008

Santai: Sukakah dikau kalau ini terjadi?

Semalam daku menerima SMS ini dari seorang bekas pelajarku …

“… Miss, sem ni sy ada subjek X, ada cultural dimension sket, yg miss ajar dulu dalam OB … I rasa explanation dia macam lain dari miss, n it suppose to be interesting, dia x guna organization or nation as example .. guna simple eg .. sebut hofstede pun slh ..! I jz wanna say its more interesting n fun when u taught me.. thank u miss.”

Daku membaca SMS itu dengan perasaan yang berbahagi. Mahu gembira kerana ada pelajar yang terkesan dengan cara daku mengajar, atau mahu rasa sedih kerana pelajar sudah membanding-banding daku dan pensyarah barunya? Mungkin waktu ini daku boleh suka hati, tapi andaikan keadaan sebaliknya? Bagaimanakah agaknya?

Lalu, daku membalas:
“Allah, x yah dok compare2 mcm tu.. Kalau apa yg I ajar lbh sng fhm, guna aje sbg tmbhn kpd apa yg dia ajar tu.. style org mana sama. Mana u tau I sbt hofstede tu btl n dia sbt salah?”


Dia kemudiannya membalas:
“Xdela compare..sy t’ingat cara miss ajar.. I tau miss sbt btl, I js knw, hehe”

Bagaimana kalau ini yang dikau alami? Apa sebenar perasaan yang boleh dikau katakan?

No comments: