Wednesday, July 23, 2008

Santai: Faham tak kalau begini?

Hari ini daku mengajar kelas 5C … kelas yang mempunyai 29 orang pelajar perempuan, dan seorang pelajar lelaki. Oleh kerana hanya dia satunya kumbang di kelasku, dia selalu dikesampingkan sahaja. Sementelah dia selalu membuatkan kehadirannya serupa invincible, maka daku selalu terlupakan dia. Namun, bukan dia yang mahu kuceritakan …

Hari ini kami berbincang mengenaiAttitudes” – segala-galanya mengenai Atittudes. Dan, kemudian kami berbincang mengenai Commitment”. Untuk menerangkan maksud komitmen dalam konteks organisasi memang mudah, namun pelajar mungkin tidak berapa nampak maksudnya kerana manalah mereka biasa dengan keadaan organisasi.

Dan, oleh kerana daku juga hanya secara teorinya sahaja memahami maksud organisasi, daku agak khuatir bagaimana untuk menerangkan keseluruhan konsep komitmen itu. Mujur juga daku dapat idea begini:

“Organizational commitment refers to the employee’s emotional attachment to, identification with, and involvement in a particular organization”itu yang tertulis pada slide presentation.

“There are three indicators of commitment – emotional attachment to, identification with, and involvement in a particular organization i.e. support and acceptance. Let me give you this example:"

“Do you know what is emotional attachment is?” tanyaku.

“No …” seperti biasalah tu.

“OK, just imagine, you admiring a guy. But, whenever confronted by your friends, you’re constantly in denial of admiring him. However, every time you saw him talking to the other girls, you couldn’t contain your jealousy. That’s what we call emotional attachment.”

“Oooo .. heheheh …” bulat mata mereka kalau dibagi contoh begitu.

“As for the identification with, imagine this. How would you feel if your boyfriend keep repeating in front of others that both of you just “teman tapi mesra”?” – Daku mengusik.

“Tak suka la Miss .. teruknya boyfriend begitu …” mereka membalas.

Aa .. then, if your boyfriend keep saying that, talakkan dia. He suppose to say with gusto that you’re his girl and he’s proud of you. Then, baru hidup you lebih bermakna .. betul tak?” daku membuat kesimpulan.

“Betul … betul …”

“And the last part is, involvement. Involvement could be in various form – support, acceptance and others. Simple example, your boyfriend will support you everytime you had netball game or practise and he never feel ashame of doing that. In that sense, we can say, his commitment to you is firmed. Then you can marry him ..”

“Whooaaa …”

“Any questions?”

“No … “ semua nampak macam faham belaka.

“So, my last advice, if you’re considering of marrying someone, and want to measure his commitment, just use these three indicators. If he pass the test, then marry him …”

Balik dari kelas daku tersenyum sendiri. Terasa lucu pula memberi contoh begitu. Tapi, ok apa buat begitu … sekurang-kurangnya mereka boleh relate dengan keadaan semasa dan benda yang berlaku di sekeliling hidup mereka.

Dan, daku selalu percaya, setiap benda yang kita boleh relate, lebih mudah kita faham. Moga kepercayaan ku ini ada asasnya.

2 comments:

Anonymous said...

Ajar OB yea kak fisha?masa saya dulu mmg selalu contoh sebegini diberi taklah rasa kaku dan bosan sangat..

Memang kena selalu dikaitkan dengan keadaan, macam contract law la, offer dan acceptance tu dianggap macam akad nikah ler haahhaaha..

Ish posting akak ni membuatkan saya teringat 'org tersayang' di Malaysia (bukan kat sini tau!) je...huhuhu

Cik Peesha said...

Ikmal:
Apa lagi .. jgn tunggu lama2 ... tak reti2?