Wednesday, July 30, 2008

Santai: Opps!! (part II)

Pagi itu daku sedang duduk-duduk di kawasan fail jadual waktu di HEA itu, bila tiba-tiba Puan Rose (memang nama sebenar) menghampiriku dan bercerita satu kejadian yang tidak sanggup didengar.

Unbelievable betullah I ni …” dia memulakan bicara.

“Kenapa?” daku berbasa-basi.

“Tadi, masa masuk kelas TEC**, masa sibuk dok terangkan kat student, tiba-tiba teringat ada sebahagian daripada slide tu I tak nak disclose kat diaorang. You tau apa yang I buat?” Tanya Puan Rose.

“Tell me …”

“I pergi cover skrin komputer tu …”

“What?”

“Yep, beriya aku menutup komputer dengan tangan … ingat macam guna transparency. Tak ingat, projector “besor bapok” kat atas tu … puas my students gelakkan I … bodoh betul!” Puan Rose sedikit kesal dengan perbuatan itu.

Daku terkekeh ketawa. Bahan bagus untuk ruangan ‘Santai’ ku.



Maka, Puan Rose, entri ini memang kuabadikan kepada mu … dengan ucapan: “Lu pikirlah sendiri … sebelum bertindak … Kalau tidak, dirimu tak berapa berharga …” Awww!

Jangan marah haa …


**TEC stands for Technology Enhanced Classroom. Kelebihannya, ia membolehkan proses pelajaran dan pengajaran menjadi lebih interaktif kerana peralatan alat bantu mengajar yang lebih sofistikated berbanding kelas biasa yang hanya disediakan white board dan OHP.

2 comments:

Anonymous said...

Aiseymen...malu aku.... bos aku pulak tu

wallpapersdeco said...

hi have a nice day.. looking for wallpapers for your house? or your friends/relatives interested, visit my blog! thanks