Sunday, July 20, 2008

Emosi: Saat tersedar II ...

Ada seorang tamu meninggalkan pesanan begini:

Bosan ke? Sudah bosan dengan apa yang anda lakukan sekarang? Mengajar subjek sama seumur hidup? Itu bukan tujuan utama sebagai pensyarah. Apa lagi...tanamkan azam untuk menyambung ke PhD dan terokailah sesuatu yang baru dan yang boleh dimanfaatkan untuk semua...Dengan tahap kerja yang anda tunjukkan sekarang, anda akan berjaya menempuhi alam PhD annti...InsyaAllah.


Daku sebenarnya terkesan pada ayat “itu bukan tujuan utama sebagai pensyarah” – tapi, mana satu maksudnya? Mengajar bukan tujuan pensyarah atau mengajar subjek sama seumur hidup bukan tujuan pensyarah?

Apa pun maksud tetamu itu, daku hargainya.

Namun, menjejaki saranan untuk PhD, daku rasakan itu satu jejak bertapak yang tapaknya belumlah lagi menginjak mana-mana tanah. Masih terawang-awang. Kalaupun itu tujuan pensyarah, mendaki habis tangga akademik memperolehi PhD., daku kira, daku mungkin terpaksa memilih untuk tidak melakukannya.

Adakah daku selesa dengan keadaan sekarang?

Adakah daku cukup dengan apa yang daku perolehi?


Mungkin ada pembaca yang boleh mengesani aura negatif yang banyak sinarnya di layar blog ini walaupun seharusnya daku tak wajar berbuat demikian. Tapi, inilah hakikat. Untuk mengeluarkan seluruh kecintaan buat sesuatu yang pernah kita benci adalah langkah yang sangat besar. Daku tak pasti sampai ke tahap itukah cintaku terhadap bidang ini.

Daku masih mencari-cari jawapan. Kutanya akal, ada jalur putih di hujung terowong yang membuatkan akal mahu daku mendapatkan PhD itu. Kala kutanya hati, hati berbelah bagi – PhD hanyalah suatu pengiktirafan manusia yang mungkin akan daku perolehi bila daku bekerja mendapatkannya. Dan, memenuhi pengiktirafan manusia menuntut pelbagai perkara lagi. Selepas PhD nanti, apa pula? Dan, hati sangat yakin bukan itu mahuku.

Atau, patutkah daku membiarkan masa menentukan, walaupun daku tak pernah pasti sama ada masa berperanan begitu?

Hmmmm …

2 comments:

Anonymous said...

PhD...saya pernah bercita-cita hendak menggapainya tapi mungkin kerana dek faktor kematangan dan mungkin juga sudah ada 'precedent' terdahulu maka saya terpaksa menangguhkannya.

Kalau akak ada topik yang sesuai boleh saja diajukan. Risiko memang ada tapi saya yakin dengan apa yang akak lakukan, potensi akak sangat besar saya kira.

Selamat kiranya :)

Cik Peesha said...

Ikmal:
Bila kita tak pernah terfikir tentang perkara ini, namun selalu disogok2 suruh buat, mungkin lama-kelamaan ia akan terlekat di hati juga.

Tapi, disebabkan cita2 ke situ masih tiada, maka tiadalah yang boleh mengubah diriku ini lagi ...

Apa yang boleh dikatakan ... Ada rezeki, insyaAllah.

Good luck to you too, bro.