Saturday, September 26, 2009

Santai: Hahaha. How come meh?

Picture credit

Today, I learnt a new (orang lain dah lama tahu) maxim while watching "Howie Do It":

Those who can't do, teach.



This statement suggests that people who have failed or would be failures in the world outside of academia end up as teachers.

OMG! Ngee .. ngee ... apakah? Adakah ....?

Patut tanya balik hati dan perasaan ni ... adakah daku sebenarnya ikhlas? Or, betulkah daku seperti di dalam maxim itu?


P/s: Kata adikku ... keikhlasan tahap tertinggi analoginya seperti membuang air besar, di mana kita tidak akan memikir langsung apa yang terjadi pada buangan itu. Dan, orang yang ikhlas itu, begitulah seharusnya. Melupakan apa jua kebaikannya tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hahaha!

Thursday, September 24, 2009

Harapnya daku belum terlambat untuk mengucapkan dikau semua ....


Jika ada langkah yang menoreh hati
Ada tingkah membekas luka
Ada lisan yang tak terjaga
Ada janji yang tak tertunai
Ada hati yang berprasangka
serta ucapan berbunga dusta


Mohon dibukakan pintu kemaafan ....

Sunday, August 16, 2009

Sendal Sengal

Tempat:
Bilik X

Kelas:
AMDXXXX

Subjek:
PADXXX

Daku:
"This theory is believed to be proposed by James I (I did pronounce as James Ai) .... bla .. bla ..."

Depa:
"Er Miss .... I think it should read ... James the First!"

Daku:
"Hah?" --- huhuhu ... maluuuuuu!
"Yeah ... I got confused. Orait, James the first then ..."


Haih~~~

Moral of the story:
To err is human, to forgive is divine ... :p

Thursday, July 09, 2009

Santai: Gedebak gedebuk!

Semester baru sudah bermula pada 7 Julai yang lalu. Dan, semester ini, daku telah mendapat satu kod baru untuk diajar. Perkara yang relatifnya 'kacang putih ' saja ... Kod untuk part 1 - Introduction to Political Science.

Tapi, walaupun kelihatan macam "apa lah sangat benda tu ...", bagiku ia bukan satu alasan untuk berlepas tangan dan ambil mudah. Walaubagaimana pun, daku masih belum berupaya untuk study apa pun lagi :p

Sebenarnya mengajar subjek part 1 adalah satu perkara yang agak mencemaskan diriku. Kenapa?

Pertama - ia ibarat mengajar kanak-kanak untuk mencuba dan menggemari sesuatu yang baru, dan ia bukanlah sesuatu yang mudah! Kalau dalam real setting, kita berhadapan dengan kanak-kanak yang mempunyai span of attention yang sedikit, untuk kes daku, daku berhadapan dengan kumpulan remaja yang harus dibimbing untuk melestarikan rasa minat mereka. Cabaran lagi, kerana mungkin mereka mendapat kursus bukan pilihan, dan untuk memupuk minat pada sesuatu yang kita tidak suka bukanlah sesuatu yang senang. Been there done that!

Kedua - part 1 merupakan tahap yang kritikal kerana ia boleh menentukan sejauh mana pelajar tadi boleh bertahan atau kecundang. Memanglah daku tidak bertanggungjawab atas usaha mereka untuk lulus atau gagal dalam subjek yang diambil, namun daku masih memikul amanah untuk membuatkan mereka bertahan hingga ke akhir. Maksudnya, caraku yang akan menentukan sama ada mereka boleh suka atau membenci subjek ini. Ibaratnya, first impression will lasts forever. Salah cara, mungkin mereka tidak akan langsung berkesempatan untuk explore banyak perkara menarik di dalam subjek ini.

Ketiga - Daku masih tercari-cari cara yang baik untuk menjadikan kuliah lebih berkesan. Setakat ini, banyak yang telah daku lakukan, sayangnya daku tidak pernah melakukan pengukuran keberkesanan terhadap perkara-perkara tersebut. Mungkin berjaya, mungkin tidak.

Oh ... bagaimana ni?

Apa pun, I've to stay positive.

OKlah, nanti daku beritahu lagi apa yang berlaku ya.

Oh, berdebarnya!

Wednesday, July 01, 2009

Serius: Maruah dan Amanah

Ada 2 berita yang sedikit menyentakkan pemikiranku ...

Pensyarah
KLANG: Seorang pensyarah kanan warganegara India di sebuah universiti swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan RM800 daripada seorang pelajarnya sebagai dorongan untuk menaikkan markah dan seterusnya meluluskan pelajar wanita itu. Dr Krishna Prasad Pramulapati, 52, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali.
(read more here)

Pelajar:
KUALA LUMPUR: Dua pelajar tahun satu Universiti Malaya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap dua pertuduhan cuba melakukan khianat dan pertuduhan menceroboh Fakulti Akademi Pengajian Islam universiti itu pada 24 Jun lalu. Mohamad Izzuddin Hilmi, 21, dan Muhammad Syahrul Denn Ahmad Rosli, 21, pelajar fakulti yang sama didakwa bersama-sama tiga yang lain yang masih bebas telah cuba melakukan perbuatan khianat itu di pintu utama dewan fakulti itu pada kira-kira 4 pagi, 24 Jun lalu. (read more here)

2 kisah ini adalah selingkar kisah yang agak sering berlaku dalam dunia di sekitar kita. Sama ada untuk membiarkan ia berlalu atau mahu endah, itu adalah pilihan.

Daku letakkan tajuk entri ini - MARUAH DAN AMANAH - kerana kedua-dua kes itu sangat berkaitan dengan isu ini.

Dalam kes pertama, maruah seorang pensyarah kanan itu tercela kerana mengkhianati amanah, dan kes kedua, maruah pelajar PENGAJIAN ISLAM itu diinjak ke bawah oleh empunya diri kerana khianat amanah juga.

Kata bijak pandai, setiap manusia dilahirkan dengan maruah. Namun manusia juga akhirnya yang membebaskan diri mereka daripadanya.

Persoalan maruah bukan sesuatu yang main-main kerana maruahlah yang membezakan manusia dengan makhluk Allah yang lain. Tanpa maruah, kita tidak punya apa-apa. Kerana maruah, kita tegar mendokong amanah.

Antara amanah seorang pendidik itu adalah untuk menjaga integriti profesion dan akademik. Lebih daripada itu, seorang pendidik harus objektif. Dan, untuk pelajar pula, amanah mereka tergalas pada tuntutan menuntut ilmu dan menghidupkan ilmu pada kehidupan mereka supaya maruah dapat diperteguhkan. Dan, kesemua ini adalah cabaran yang bukan calang-calang.

Tak mahu bicara panjang lagi ... daku hanya mahu berpesan ... kalau kamu rasa neraka itu sudah berair-cond, buatlah apa saja yang kamu mahu!


Tuesday, June 09, 2009

Santai: Cerita hari ini, lewat kenangan semalam

Berbual-bual dengan teman sefakulti tadi, daku mendapat cerita baru ... rupanya ramai pelajar-pelajar yang mengambil semester pendek ini rela menukar kursus agar dapat masuk ke kelas lecturer nan satu tu.

Dahsyat juga ... mesti lecturer itu pandai mengajar dan bijak menjadikan pelajar selesa di kelasnya. (Seriously, inilah yang selalu daku fikirkan sekiranya daku berkongsi mengajar subjek dengan lecturer yang lain!)

Lantas, ia membuatkan daku berfikir, agaknya, pelajar-pelajar di kelasku, kalau diberi pilihan, mungkin akan tiada langsung yang akan belajar denganku.

Ya lah, mana ada pelajar yang mahu belajar dengan pensyarah yang banyak kerenah, sentiasa demand macam-macam daripada pelajar, yang garang macam singa betina atau mak tiri mereka (walaupun mak mereka masih masih ada!).

Dan, daku paling tak lupa ekspresi muka seorang pelajar bahagian 3 yang mengambil subjek ku apabila dikhabarkan daku perlukan volunteer untuk ke kelas lecturer itu untuk mengimbangi jumlah kelas. Siap angkat tangan, sapu muka, ala-ala bersyukur sebab terlepas daripada neraka dunia! Tapi, disebabkan clash, dia tidak boleh bertukar kelas. Daku rasa mahu ketawa ala-ala setan sahaja ... hahahahaha ... dan akhirnya, pelajar tersebut telah menggugurkan subjekku.

Apa moral entri ini?

Motifnya cemburukah?

Tidaaaak ... daku tidak perlu cemburu, kerana daku tidak mengharap daku menjadi kesukaan ramai. Cuma, perkara ini membuatkan daku terkenang masa-masa menjadi pelajar dulu.

Ada satu ketika, terdapat satu paper yang diajar oleh seorang profesor yang sangat lorat dan full of favoritism. Dan dia juga adalah lecturer killer - kata orang. Daku tidak pernah mengambil apa pun subjek dengan profesor itu. Namun, subjek yang diajarnya adalah subjek elektif yang daku minati. Bila saja daku mendaftar untuk kelas tersebut, ramai rakan-rakan mengucap takziah kepadaku. Macamlah daku akan belajar dengan Malaikat Maut saja layaknya!

Memang daku akui, pembelajaran selama empat bulan itu merupakan neraka, namun, hasilnya sangat membahagiakan. Kecut perut setiap kali kelas adalah perkara biasa.

Tapi, apabila belajar dengan orang yang banyak kerenah, kita akan mampu membawa keluar banyak perkara yang baik dari dalam diri kita. Kita menjadi lebih bersedia sebab mahu mengelak rasa takut dan malu kalau dimarah di hadapan rakan-rakan di kelas. Paling tidak kulupa, ada sekali, selepas profesor itu memeriksa assignment kami, assignmentku diberikan terakhir sekali, siap ada bintang dengan catatan "This doesn't looks like your work! Please see me immediately!" -- tak terucap cuaknya diriku. Menggigil-gigil daku menyambutnya.

Selepas kelas, daku segera menemuinya dan bertanyakan kenapa dia membuat catatan begitu. Sejurus itu, dia tersenyum, dan berkata - "nothing, I just want to see you in person as your analyses were good!" Phewwww! Kembang bermangkuk-mangkuk diriku.

Dan, seperti orang Melayu yang tipikal, daku membalas, "Well Sir, all credits are for you, too. I just follow what you've taught me. Thank you, Sir." Dia tersenyum panjang. Daku puas!

Sebenarnya daku merasakan daku tidak perlu menjustifikasikan segala cara pengajaranku di dalam kelas - denda, mengajar dengan tegas dan sebagainya - kerana daku mahu membuatkan pelajar sedar bahawa untuk berjaya itu tidak datang dengan mudah. Kekerasan selalunya akan membuatkan orang rasa terdesak, dan rasa terdesak mampu menjadi motivasi terkuat untuk berjaya.

Tapi, iya lah ... memberi alasan bahawa kita mahu menjadikan mereka (pelajar) yang terbaik kadang-kadang boleh disalahertikan. Ini kerana, ada yang berpendapat bahawa, tanpa ketegasan, mengajar penuh psikologi lebih memberi kesan yang efektif. Susah untuk membuktikan niat kita kerana apa yang terlihat pada sosok perbuatan kita mungkin tidak terkesan di hati dan fikiran orang lain.

Tidak mengapa. Preference orang berbeza-beza. Daku tidak akan terasa apa-apa. Belajarlah dengan sesiapa yang dikau suka. Semoga, siapa pun pilihanmu, yang penting, kekuatan ilmu yang menjadi penunjang dan bukan gred / senang diluluskan yang menjadi prioriti.

Sekian,
Lecturer yang garang.
P/s: Garang dan tegas tidak semestinya menjamin pelajar akan memahami apa yang diajar.

Monday, June 01, 2009

Serius: Kamu suka I.S.A?

Daku masih ingat lagi, kali pertama memulakan kerja di FSPPP pada penghujung 2003, fakulti ini hanya mempunyai 2 orang pensyarah - daku dan En. Ahmad Faiz (senior di UIA juga). Dan, pada masa itu, pelajar yang paling senior berada di semester 4. Ketua Program pun masih tiada dan ditadbir sementara oleh Koordinator Undang-Undang, Cik Siti Marina.

Hari ini FSPPP telah berkembang dengan pesatnya - dengan beberapa batches sudah graduated dan bertambahnya pensyarah baru bersilih ganti. FSPPP juga merupakan antara fakulti yang mempunyai kumpulan pelajar yang ramai untuk hampir keseluruhan bahagian. Dan, sedar tak sedar, hari ini daku antara senior untuk fakulti ini ... ah, betapa laju masa bergerak.

Apabila kita menyaksikan sendiri perkembangan begini, tidak dapat tidak kita akan menjadi sentimental dengan setiap apa yang berlaku padanya. Dan, sememangnya daku merasakan FSPPP sebagai sebahagian daripada diriku sendiri (begitu sekali ...! But, I'm serious, ok).

Seperkara yang wajar direnungkan, apabila berlakunya perkembangan, maka akan berlakulah banyak perubahan. Dan, perubahan itu boleh saja yang baik ataupun sebaliknya.

Seperti yang pernah kutulis sebelum ini mengenai sikap sesetengah pensyarah baru, entri ini pun sebenarnya berkisar kepada perihal mereka juga. Oh, jangan pula dikau salah sangka, ini bukanlah untuk menyatakan daku ini cemburu dengan mereka, atau mahu mengatakan yang daku ini pandai buat kerja atau apa ... sekadar satu teguran. Itupun, kalau kamu boleh memahami dan mahu mengerti. Daku tak mampu memaksa orang berfikir seperti daku, bukan?

Tapi, kenapa ISA?

Dikau tahu ISA itu apa? Oh, ia bukanlah Internal Security Act yang sangat kontroversi itu, tetapi merujuk kepada attitude apabila buat kerja ala-ala Ikut Suka Aku - hah, bukan ISA juga namanya?

Cuti semester ini daku mengajar untuk short course - short kerana pelajaran yang patut berlangsung untuk masa 4 bulan dikompres menjadi 5 minggu sahaja. Dan, subjek yang diajar ini dikongsi bersama 4 pensyarah lain - memang baru-baru belaka. Daku tiada masalah bekerja dengan orang baru.

Sebagai lecturer senior yang mengajar subjek ini setelah sekian lama, (dan daku juga adalah pembimbing untuk kursus ini), daku mengambil inisiatif dengan merangka corak penilaian pelajar - ini termasuklah peratus assessment, common test dan sebagainya. Daku juga telah memanggil kesemua pensyarah-pensyarah ini sebelum semester bermula untuk memberitahu apa yang mereka boleh expect dan beri untuk kursus ini. Dan, kami semua bersetuju bahawa test akan dilaksanakan secara common - i.e. common dari segi soalan dan masa. Lebih dari itu, daku telah menghantar emel kepada mereka mengenai maklumat test, corak soalan dan tarikh untuk soalan dihantar kepadaku supaya dapat kuselaraskan segalanya. Tujuan semua ini bukan untuk menunjuk daku pandai, tapi tak lebih daripada untuk memudahkan pentadbiran keseluruhan subjek ini.

Tetapi, hari ini, daku menjadi sangat kecewa dengan tindakan ISA seorang pensyarah ini. Awal pagi, daku telah mengirim satu emel kepadanya untuk meminta soalan seperti yang telah dijanjikan kerana hari ini adalah tarikh serahan, sepatutnya. Tidak dibalas. OKlah. Kemudian, daku cuba hubungi handphone nya, tak berjawab. Mungkin sibuk. OK, fikirku.

Kemudian, setelah beberapa ketika, pensyarah itu menelefonku. Dan, daku nyatakan sebab kenapa daku membuat panggilan kepadanya sebelum ini - mahu minta soalan. Dan, dengan tanpa rasa bersalah dan selambanya dia berkata:
"Em, Kak Fisha (bila masa aku kawin dengan abang dia! Bitter :p), saya dah buat dah test untuk student saya minggu lepas."

Daku:
"Dah buat? Kan kita janji nak buat common test?" - suara mula nak meninggi.

Dia:
"Saya lupalah pasal kita kena buat common test itu."

Daku jadi macam WTF!!!! Lupa? Kau ini otak lembu ke, otak manusia? Sedari awal semester, daku buat banyak perkara untuk mengingatkan perkara ini, dia boleh cakap lupa? Daku rasa itulah alasan terbangang yang pernah daku dengar dari orang yang educated begitu.

Dikau mungkin rasa semua ini remeh, kan? Orang lupa, biasalah tu.

Tapi, sebenarnya, apabila dikau mempunyai 2 kumpulan berbeza, untuk subjek yang sama, dikau perlukan common test untuk mereka supaya mereka tidak mempersoalkan pensyarah mengenai markah mereka (katakan lecturer A membuat soalan yang relatifnya senang daripada lecturer B, ini akan menyebabkan pelajar lecturer A akan dapat advantage lebih daripada pelajar lecturer B). Perkara-perkara beginilah yang mahu daku elakkan. After all, if anything happen, daku dan dia juga yang perlu menjawab. Dan, oleh sebab daku lebih senior dari dia, beban daku mungkin lebih, especially mungkin akan ada accusation yang daku tak bimbing dia buat kerja dengan betul.

Daku sangat kecewa. Sesungguhnya!

Kenapalah suka benar buat kerja tak bertanya dulu? Kenapa tak mahu berfikir? Ignorance? Stupidity? Sakit kepala ku memikirkannya.

Yang paling menyakitkan hati, boleh pula di hujung perbualannya, dia cakap begini:
"Er, nanti test 2 kita buat common lah ye?"

Tak payah cakaplah. I knew that since forever. Tambahan daku yang merancang keseluruhannya. Soalnya - kau akan ingat ke bila sampai masanya nanti?

Daku rasa, daku akan buat satu pendekatan yang revolutionary dan drastik untuk masalah pensyarah ini. Biarlah daku dikatakan overboard, daku tak peduli.

Kalau dia boleh ISA, ISA aku nak letak mana? Lubang jamban? Bontot unta?

Bodoh!