Tuesday, October 11, 2011

Andai aku seorang filosuf: Adab Menegur dan Menerima Teguran (guru dan pelajar)


Setelah lama tak ber'blog', tiba-tiba mahu berangan menjadi filosuf?

Daku temui cara baru untuk meneruskan kelangsungan berblog --
re-write your FB status and expand the idea.

Daku menulis di FB:


Kemudian ramailah yang respond. Ada di antara mereka berkata, mereka tak berani nak mengatakan apa yang diajar itu salah, walaupun perkara itu memang betul salah, kerana takut lecturer (baca: daku) tak boleh terima.

Sedih sebenarnya bila pelajar berperilaku begitu dek assumption yang begitu.

Memang dalam kelas daku selalu akan mematahkan hujah mereka yang lompong (fakta ke laut, data tak ada) dan mereka ini rupanya memang tidak akan membalas.
Mungkin kerana pada anggapan mereka, kalau terlebih berdebat dengan pensyarah, markah jadi tak lulus.

Well, tak boleh nak salahkan juga - kerana mereka akan bertindak mengikut pengalaman.

Tapi, sayanglah kalau begitu. Mungkin selepas ini daku harus highlight
keutamaan menegak hujah, dan membetulkan kesalahan - tak kira di pihak mana, pensyarah atau pelajar.


Kesimpulannya:

(1) Ada ilmu, gunakanlah untuk membetulkan yang salah, jangan didiamkan walau niatmu untuk tidak memalukan gurumu. Kisah Hassan dan Hussain RA semasa menegur org tua yang salah dalam berwudhuk boleh dijadikan iktibar

‎(2) Buat seperti Socrates, menjawab soalan dalam bentuk pertanyaan. Boleh menggalakkan healthy discussion

‎(3) Buat pendidik, usah dibanggakan sangat dengan ilmu yang ada, kerana anda bukanlah tahu segalanya dan ilmu itu bukanlah anda yang ciptakan. Merendah diri dan mengakui kesalahan adalah lebih mulia daripada berdiam dan bertahan dengan kesalahan.

‎(4) Buat pelajar, berhujahlah dengan penuh adab. Berterima kasihlah selalu, kerana dengan guru itulah kamu belajar banyak perkara. Andai hujahmu tidak diterima setelah dihujahkan dengan penuh adab, diamkan sahaja, dan panjatkanlah doa kepada yang Maha Kuasa supaya memberikan hidayah buat gurumu.

2 comments:

ajako said...

sangat betullah peesha...tp ada gak guru yg mmg rasa dirinya sentiasa betul...pantang ditegur, so pelajar biarkan aje guru tu jadi garu...da...

Sakura said...

Baru-baru ni ada mentee saya mengadu tentang seorang pensyarah. Setiap kali lepas habis syarahan dia akan tanya 'any question?' Mentee saya pun tanya lah soalan tapi nada pensyarah menjawab soalan mcm nak marah. Perkara yg sama berlaku setiap kali soalan ditanya oleh pelajar kepada pensyarah tersebut. Ini menyebabkan si mentee ni rasa demotivate untuk bertanya lagi. Saya pun tanya mentee tu, habis tu mission awak accomplish tak untuk mendapatkan jawapan daripada pensyarah berkenaan walaupun nada dia marah. Dia jawab yer. So saya tak nampak pun ada masalah dengan pensyarah tu sebab dia menjawab semua soalan yg ditanya. Any opinion?