Sesuatu yang amat menjengkelkan sebenarnya bila berhadapan dengan pelajar yang sampai ke akhir semester tak tahu mengenai pensyarah mereka. Lebih jengkel jika ini berlaku di dalam dewan peperiksaan.
Pernah sekali, semasa daku menjadi pengawas peperiksaan, dengan selamba seorang pelajar ini mengangkat tangan menyuruh daku check nama penuh ustaznya untuk ditulis di luar kertas skrip jawapan. Daku hanya memandang mukanya dan berlalu begitu sahaja. Betapalah belajar sampai tak kenal orang yang mengajar.
Hari ini, seharian daku berkejar ke sana-sini selepas menghabiskan kuliah back-to-back sehingga tak sempat untuk naik ke pejabat. Apabila datang semula ke pejabat selepas pukul 2.30pm, daku pun melangkah ke pejabat untuk mengambil borang penilaian pelajar yang dilakukan oleh pelajar kelas 5C di kotak surat yang terletak di luar pejabatku.
Tatkala mengangkat borang-borang tersebut, ada sekeping kertas putih melayang jatuh ke lantai. Kukutip kertas itu, dan tertera di situ "Borang Kebenaran untuk tidak menghadiri Kuliah". Kulihat nama subjek - PAD254.
"Eh, aku tak ajar subjek ni ..." getus hatiku.
"Bengong ke pening budak ni ..." daku mengomel lagi.
Kuselak helaian-helaian borang penilaian itu lagi, dan daku temui 3 keping lagi borang yang sama. Daku mengenali kesemua pelajar-pelajar itu. Dan, daku tahu siapa yang mengajar subjek itu.
Daku jadi panas hati dengan tiba-tiba. Dan, daku tak mampu untuk berfikir bahawa pelajar-pelajar ini mungkin tidak tahu bilik pensyarah itu, atau mungkin terkeliru dengan nama kami yang hampir-hampir sama bunyinya. Yang daku fikir, mereka ini tidak prihatin dengan siapa mereka menuntut ilmu, dan kesilapan major begini memang daku tidak akan berkompromi.
Selepas mengambil semua borang penilaian, kukumpul borang-borang asing itu dan terus kumasukkan ke dalam tong sampah kerana itulah layaknya terhadap kesalahan tidak tahu mengenai pensyarah sendiri.
Banyak perkara-perkara kecil tetapi sangat signifikan dalam membuatkan hidup kita lebih bermakna - dan salah satunya, sentiasa mengingati siapa yang berbudi kepada kita. Sedangkan orang yang sudah mati lagi dikenang, ini kan pula mereka yang masih bersama kita.
Bayangkan perasaan dikau sekiranya ibubapamu melupakanmu dan terkelirukan dikau dengan anak orang lain?
Tidakkah dikau tahu bahawa daku masih mengingati semua yang pernah menjadi pelajarku - baik nama penuh mereka dan bagaimana mereka di kelasku. Mungkin ini satu keistimewaanku ... tapi, takkanlah kamu hanya memiliki memori ikan emas saja?