Hari ini kelas terakhir dengan student group 5D. Group yang selalu memeningkan kepalaku dengan pelajar lelaki yang sangat ramai di dalamnya. Kalau dah ramai lelaki, faham sahajalah keadaannya. Namun, daku bersyukur kerana mereka ini tidak keterlaluan perangainya.
Kelas hari ini hanya membincangkan mengenai types of organizational culture - dan salah satu perbincangan termasuklah jenis "charismatic culture". Daku memberi contoh mengenai organisasi yang selalu berbudaya begini -- organisasi Melayu (yang hampir keseluruhannya ahlinya adalah Melayu). Charismatic culture terjadi kerana budaya Melayu itu juga - kita ini sangat elaborative kalau dalam soal menyambut tetamu dan menghormati tetamu. Itu sebabnya, pantang ada pembesar yang datang, pasti keseluruhan organisasi berwajah baru ... sedangkan yang datang itu, kerling pun tidak kepada perhiasan semua itu. Dan. oleh kerana itu jugalah setiap majlis memakan masa yang lama hanya kerana juruacara tak habis membaca gelar tetamu yang hadir!
Entah bagaimana, tiba-tiba boleh terkeluar dari mulutku bercakap mengenai kepatuhan orang Melayu kepada pemerintah, dan dalam sejarah Melayu, hanya ada tiga orang sahaja yang mengingkari ketuanya.(*)
Kutanya kepada pelajar-pelajar ini, siapakah ketiga-tiga mereka ini dengan ganjaran, jawapan yang tepat akan memperolehi duit raya RM10.
"Hang Jebat." - OK, satu betul. 2 more to go ...
"Hang Nadim."
"You all kenal ke Hang Nadim ni? Sesuka hati sahaja menyebut orang itu penderhaka?" - terburai ketawa mereka.
"Aa .. mis, mis ... Laksamana ... alah apa nama dia ... ? Ha, Laksamana Bentan." teka seorang pelajar perempuan.
"Ha, kenapa dengan Laksamana Bentan?" tukasku.
"Alah. dia kan yang tikam tapak kaki Sultan dengan lembing sebab Sultan belah perut isterinya sebab makan nangka sultan?" balasnya lagi.
"Ha ... Sultan Mahmud mangkat dijulang!" ada suara-suara sumbang yang menjadi nasi tambah.
"OK ... satu lagi?"
"Miss, tu dah betul dua tu .. takkan tak boleh dapat 5 ringgit?"
"Huh! Ok .. kalau tak de jawapan, kira burnt la tawaran ni ye ... Ok, I want to move to another slide," daku memutuskan.
"Miss ni .. cepat benar nak tutup offer. Lama la sikit, kan 10 ringgit tu?" bantah salah seorang daripada mereka.
"Ahhhh ... lambat. And you know how much I hate slow people .. ok, next!" daku memberi verdict.
"Ishhhhhhh ..." ada lirik kecewa dalam suara mereka.
Daku ketawa sahaja keran terhibur dan kesantaian begini. Dan, paling penting, selamat duit RM10 ku ... ngehehe!

(*) Jawapan:
- Hang Jebat kerana membela seorang sahabat yang dirasakan dizalimi sultan - Hang Tuah
- Laksamana Bentan kerana merasakan Sultan terlalu zalim tergamak membelah perut isterinya hanya kerana seulas nangka
- Sang Rajuna Tapa kerana membuka pintu gerbang Temasik untuk dibolosi oleh musuh apabila anak gadisnya dirogol pembesar negeri
No comments:
Post a Comment