Sunday, September 21, 2008

Serius: Nota dan sebuah Penipuan

Hari ini duduk bersembang dengan seorang rakan pensyarah sefakulti. Beliau tiba-tiba bertanya:
"Akak (ah, akak la pulak!) bagi tak nota kat student masa lecture dalam kelas?"

Daku jawab:
"Nota yang biasa lah. Apa yang ada kat slide power point or kat transparency itulah nota diaorang. Kalau nak bagi sebiji-sebiji begitu, tak de lah. Kenapa?"

Dia cerita:
"Ada budak ni ... dia pergi mengadu kat KP yang saya tak bagi nota. Saya tanya dia, lecturer lain bagi nota ke? Dia kata, ya. Semua lecturer dia bagi dia nota yang lengkap dan bukan macam saya ni ... Dah tu, KP siap panggil saya tanya pasal benda ni. Sakit hati betul!"

Daku balas:
"Mesti budak tu terlepas dari kelas I. Sebab, kalau sesiapa yang pernah attend kelas I, komplen-komplen pasal nota ni memang jarang kedengaran sebab I've made myself very clear from the beginning of the semester, that my class requires highly note taking skills. Those who don't have this skill better watch out, otherwise they won't get any notes. So, tak berani diaorang nak mintak-mintak nota ni. Berani ye depa buat camtu ke you?"

"Tu lah. Semua ni membuatkan saya menyampah kat student tu ..."

Daku hanya mengangguk simpati.

Cerita student mahukan nota daripada pensyarah bukanlah sesuatu yang aneh. Namun, bergantung sepenuhnya kepada nota ringkas pensyarah dalam kelas tanpa mahu melakukan pembacaan dan rujukan luar, itu adalah sesuatu yang tidak dapat diterima. Lebih membimbangkan, sekiranya mereka mendapat nota tersebut, nota itulah yang akan diguna pakai turun-temurun, daripada super senior kepada super junior, walhal apa yang diajar itu sudah terlalu obselete jadinya.

Nota tidak lebih daripada catatan ringkas yang akan mencetuskan idea yang lebih besar apabila dikau mengulangkaji atau melakukan pembacaan yang lebih. Ia akan mendorong dikau memikirkan dengan lebih mendalam. Dan, tiada yang lebih baik sebenarnya membaca buku daripada bergantung kepada nota. Ilmu itu tidak akan berkembang pada nota yang turun temurun.

Sebagai catatan untuk idea yang lebih besar, nota memang ideal. Tapi, nota hanya akan menjadikan dikau student yang biasa-biasa sahaja. Dan, pemikirannya pun tidak akan berkembang. Seputar di situ sahaja.

Universiti bukanlah tempat untuk menunggu diri disuap. Cari sendiri segalanya. Asah kemahiran. Kebenaran yang sangat klise, namun ia tetap menjadi hakikat sama ada dikau suka atau tidak. Dan, suka juga daku tegaskan, daku tidak akan terkesan sekiranya dikau memberi markah paling rendah kepadaku dalam penilaian hanya kerana daku tidak memberikan nota dan menyuap serta tolong mengunyah untuk dirimu itu.

Maka, mulai dari hari ini, usah bergantung kepada nota kelas. Buat tambahan nota sendiri kerana kemahiran membuat nota akan menjadikan dikau lebih analitikal dan kritis dalam berfikir. Tak percaya? Cuba dan ceritakan pengalamanmu itu kepadaku nanti ...

Sebuah penipuan?

Kak Marina bercerita bahawa hari ini seorang pelajar telah ditangkap meniru nota semasa test. Satu kertas yang penuh dengan segala catatan. Bayangkanlah, penipuan di dalam test, yang berlaku di petang 21 Ramadhan. Kenapa ini yang terjadi?

Mungkin kerana pelajar hanya menyangka meniru nota dan puasa adalah dua perkara yang tidak berkait?

Mungkin kerana pelajar rasa, nota itu akan menjadi dia cemerlang?

Mungkin ... ah .. daku kehabisan kata.

Apapun justifikasi yang diberikan, kata kunci di sini, nota bukanlah segalanya.

Nota hanyalah bantuan dan usaha kecil dikau untuk berjaya.

Salam 21 Ramadhan.

2 comments:

Anonymous said...

Kalau mengajar non-law student memang kene bagi nota lengkap, entahlah mungkin sbb sources takda kot hehe.. Atau pun nak dera dorang macam Kak Fisha buat ke?hahaha :p

Cik Peesha said...

Ikmal:
Sapa kata kene bg nota lengkap? There's no way doing that. I'm disagree ...

For me, bila lecture, pensyarah sebenarnya hanya menjadi facilitator ... yg melorongkan kefahaman student ... bukan menyuap sambil tolong kunyahkan sekali untuk depa!

Ingat lagi masa belajar dulu ... lecturer bg assigned reading setambun ... baca la sampai muntah hijau .. bila pegi kelas, dia akan tanya apa yg kita faham ... kalau ketidakfahaman kita itu sangat membimbangkan dia (baca: fahaman kita lain daripada yg sepatutnya), baru dia akan terangkan. Cara itu lebih memberansangkan ...

Tapi, ye lah ... mengajar generasi zaman sekarang, semua pun nak mudah aje ...

Dera? Itu perlu, sekali-sekala ... hehe ...