Wednesday, October 08, 2008

Serius: Lecturer pun tak kenal?

Sesuatu yang amat menjengkelkan sebenarnya bila berhadapan dengan pelajar yang sampai ke akhir semester tak tahu mengenai pensyarah mereka. Lebih jengkel jika ini berlaku di dalam dewan peperiksaan.

Pernah sekali, semasa daku menjadi pengawas peperiksaan, dengan selamba seorang pelajar ini mengangkat tangan menyuruh daku check nama penuh ustaznya untuk ditulis di luar kertas skrip jawapan. Daku hanya memandang mukanya dan berlalu begitu sahaja. Betapalah belajar sampai tak kenal orang yang mengajar.

Hari ini, seharian daku berkejar ke sana-sini selepas menghabiskan kuliah back-to-back sehingga tak sempat untuk naik ke pejabat. Apabila datang semula ke pejabat selepas pukul 2.30pm, daku pun melangkah ke pejabat untuk mengambil borang penilaian pelajar yang dilakukan oleh pelajar kelas 5C di kotak surat yang terletak di luar pejabatku.

Tatkala mengangkat borang-borang tersebut, ada sekeping kertas putih melayang jatuh ke lantai. Kukutip kertas itu, dan tertera di situ "Borang Kebenaran untuk tidak menghadiri Kuliah". Kulihat nama subjek - PAD254.

"Eh, aku tak ajar subjek ni ..." getus hatiku.

"Bengong ke pening budak ni ..." daku mengomel lagi.

Kuselak helaian-helaian borang penilaian itu lagi, dan daku temui 3 keping lagi borang yang sama. Daku mengenali kesemua pelajar-pelajar itu. Dan, daku tahu siapa yang mengajar subjek itu.

Daku jadi panas hati dengan tiba-tiba. Dan, daku tak mampu untuk berfikir bahawa pelajar-pelajar ini mungkin tidak tahu bilik pensyarah itu, atau mungkin terkeliru dengan nama kami yang hampir-hampir sama bunyinya. Yang daku fikir, mereka ini tidak prihatin dengan siapa mereka menuntut ilmu, dan kesilapan major begini memang daku tidak akan berkompromi.

Selepas mengambil semua borang penilaian, kukumpul borang-borang asing itu dan terus kumasukkan ke dalam tong sampah kerana itulah layaknya terhadap kesalahan tidak tahu mengenai pensyarah sendiri.

Banyak perkara-perkara kecil tetapi sangat signifikan dalam membuatkan hidup kita lebih bermakna - dan salah satunya, sentiasa mengingati siapa yang berbudi kepada kita. Sedangkan orang yang sudah mati lagi dikenang, ini kan pula mereka yang masih bersama kita.

Bayangkan perasaan dikau sekiranya ibubapamu melupakanmu dan terkelirukan dikau dengan anak orang lain?

Tidakkah dikau tahu bahawa daku masih mengingati semua yang pernah menjadi pelajarku - baik nama penuh mereka dan bagaimana mereka di kelasku. Mungkin ini satu keistimewaanku ... tapi, takkanlah kamu hanya memiliki memori ikan emas saja?

7 comments:

nj said...

Peesha, memori ikan emas tu apa wei? Serius kak norma tak tahu. Pendapat kak norma juga sama, pelajar yang tidak mengenali pensyarah apatah lagi mengingati nama pensyarahnya adalah pelajar yang 'hidup segan, mati tak mau!' Tembak aje!

Cik Peesha said...

Memori ikan emas ... goldfish memory ... where your span of memory only lasts 3 second ...

Macam tu le bebudak ni ... nama lecturer dia ingat 3 saat je ... belum habis kelas pertama, dah lupa.

Depa ni bukan setakat tembak je ... harusnya tembak, pastu lenyek dgn stremroll tu, pastu kerat 12, rebus bagi lembu makan ...

Teringat pantun lama:
Pergi berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki
berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi.

Hmmmm ...

Anonymous said...

Hai apa nak jadila dengan generasi muda sekarang, pada sesiapa yangw at dajal tue semua kalau den jangankan stremroll tue je, sebelum gelek tue ikat kat pokok bagi kerengga hurung lepas tue gelek sampai penyek hahaha :p

semua begitu emo skali huhu

nj said...

Peesha, kita nak buat open house tapi kat Cemerong 27hb ni...pagi tadi bincang ngan fety...awak bawakle...kuih gunting, ros ke apa-apa kuih yang susah nak jumpa nih...
wei..takyah tunggu open house le...meh le jalan ke rumah...kuih raya ngan teh o ada la...
kalau kaki ni tak patah...bapok open house kak norma buat...nak wat camno, eden 'kurang upaya' la tahun ni...kabor ke marina yg berkicau tu...
27 di cemerong tu kak norma dan anak2 serta suami, fety satu family dan awak berdua je yang kami ajak...cemerong best la ni...cantik...nak mandi pun boleh....tapi sekadar duduk makan, lepak dan berkicau-kicau tu bawah pepohon redup dan sejuk ....fuhhh best tu! awak berdua car pool je ngan kak norma...27hb jam 8 pg nak bertolak..kena gi awal kalau nak dapat tempat baik punya....breakfast kat cemerong...

Cik Peesha said...

kak norma:
Sorry for late response. Okeh, rezeki jgn ditolak. On saja aku dengan Mary tu ... hoyehhh!

Tapi, apa barang piknik makan kue gunting?

Ikmal:
Itulah cabaran generasi Y ni ... sensitiviti makin zero ... tak salah ber'emo' sekali sekala ... kita kan manusia biasa!

Anonymous said...

isyk2..kenapa la dibuang kertas2 tu..walaupun mereka melakukan keslahan major mcm tu..apa lah salah kirenya anda tolong letakkan dlm sampul pintu pensysrah yg sepatutnya..lagi2 bila anda kenal siapa pensysrah tu..

Apa salahnye buat amal dgn mbantu sampaikan kertas2 kpd pnsyarah mereka..what u give u get back..

Anonymous said...

Anonymous @ November 1, 2008 7:26 PM:
Nasihat yg baik!

Namun, kerana marah menguasai kala itu, akal terkadang tersasar, lalu perbuatan yang tak sepatutnya berlaku.

Saya insaf. Huhu ...!