Sunday, September 21, 2008

Santai: Silly Me!

Sedari minggu lepas lagi daku beriya-iya merancang kuliah ganti bagi kelas-kelasku ... 4 kelas untuk 2 subjek.

Target daku hanya satu - agar semua silibus dapat dihabiskan sebelum cuti raya dan bila naik nanti tinggal test dan presentation serta assignment sahaja yang tinggal.


Daku lihat kalendar akademik, cuti khas (cuti raya) bermula 24 September. Dan, daku mengomel-ngomel sendiri kenapa cuti start tengah-tengah minggu ni? Apasal tak start hari Jumaat? Bregset la sesiapa yang rangka cuti ini. Dan, waktu terakhir kulihat kalendar itu adalah pada awal bulan Ogos yang lalu.

Maka, hari ini, beriya-iya daku adakan kelas untuk part 6, kerana masih percaya bahawa cuti akan start 24 hari bulan dan kelas mereka akan terkorban pada hari itu!

Usai kelas, daku ke bangunan akademik untuk berehat sekejap sebelum kelas kedua bermula. Bersembang dengan Kak Marina mengenai our secret rendezvous pada hari Rabu dan Khamis, Kak Marina mengatakan dia masih ada kelas pada hari Rabu sehingga pukul enam petang dan students hanya akan balik pada hari Khamis. Daku merungut-rungut kenapa dia harus ada kelas pada hari sepenting itu?

Tiba-tiba keluar TPHEA dari biliknya dan terus Kak Marina bertanya mengenai tarikh sebenar cuti khas tersebut. Kata TPHEA "26 haribulan and it is Friday."

Daku menjadi hairan.

"Bukan 24 hari bulan ke? I tengok macam 24 hari bulan?"

Kemudian TPHEA memanggilku melihat tarikh sebenar pada kalendar akademik yang tertampal di meja seorang staf di situ .. "Mana 24, 26 kan tu?"

Arghhhhhhhhh!!! Arghhhhh!!

Hisy! Rasa mahu 'dush' 'dush' je kepala ku ini!


Kak Marina dan TPHEA ketawa besar. Daku rasa mahu blah saat itu juga!

What was I thinking! Ishhh ... Penangan raya kot!

Penat je beriya-iya ganti kelas yang tak sepatutnya ... So, sebagai habuannya, daku rasa daku mahu buat test budak-budak part 6 ni minggu ni juga! Kalau tak, daku dah tak ada benda nak dibuat untuk kelas hari Rabu ni ... ke, daku mahu rehat saja? Hmmm .. mmm ...

Silly me!

4 comments:

nj said...

syoknya dah habih silibus...pengalaman kak norma masa mula-mula masuk mengajar...kena soal jawab oleh KP waktu itu...kenapa habis silibus awal??? Taaaakk Booooleh katanya. Sebab lurus bendul inform dia...kena 'fire' masa meeting...kekawan lain yg dah habis silibus awal drp kak norma...senyap seribu bahasa...dan ada yang sanggup menipu tu.....
Apa-apa pun itu semua bakal kutinggalkan sebagai kenangan...antara kenangan yang terindah ku di uitm...

Cik Peesha said...

Kak Norm,
Mujur la KP2 den sebelum dan skrg ni tak lorat cam ex-KP u tu ... This what's the good thing about him .. :p

Teringat gak, masa den dgn berani melelong kelas sedangkan ada 3 minggu lagi b4 revision week ... den dapat email dr seorang lecturer yang paling den tak sangka ... kata den tak amanah dengan kerja sbb habis awal ngajar .... Hmmm ... mmm ... salah ke sebenarnya? Aku pun x tahu ...

Eh, bila mau pegi KSA tu?

kaymalini said...

test minggu ni?mencabar tu.tapi even test before and after raya pon.tetap takde maknanye miss.fail jugak miss..adoi. hanya perkataan chaiyok2 untuk diri sendiri..chaiyok2!

Cik Peesha said...

kartika:
Woo ... belum berjuang dah surrender? Hmm .. apa fungsi ungkapan chayok, chayok tu kalau cenggitu?