Selasa, selepas cuti Deepavali, daku menjadi sibuk menyediakan segala keperluan penilaian akhir pelajar. Dan, oleh kerana ramai yang tidak hadir ke kelas terakhir hari itu, maka berbondong-bondonglah yang sibuk mahukan result test sehingga daku terpaksa menipu ada taklimat audit (sedangkan sebenarnya daku sibuk melakukan pengiraan markah di dalam pejabat!).
Seperti biasa, ramai yang tidak bepruas hati dengan markah masing-masing. Usaha secupak, harapkan result segantang ... Lepas tu sibuk suruh kita tambah markah supaya lebih banyak. There's no way, no jalan, Jose!
Sampai kepada satu kumpulan pelajar lelaki (yang score carry marks memang tak lulus) masuk. Tersengih-sengih macam kerang busuk. Daku biarkan saja. Nak tengok apa reaksi mereka. Berbisik-bisik. Ketawa-ketawa. Lalu ku sound:
"Kalau dah tak de apa-apa, silalah keluar. Ramai lagi yang nak masuk tu."
"Alah Miss ni. Kejap la ... Bilik Miss ni best. Sejuk. Kejap la Miss ..." hisyyyy!
"Miss, ada harapan ke kitaorang ni nak lulus dengan carry mark macam ni?"
"You tell me ..."
"Susah la Miss ..."
"Apa yang susahnya? Bukan ada kena kira-kira. Baca je, hafal apa yang patut, lulus la."
"Hmmmphhh ..."
"Kalau tak faham, datanglah buat consultation. My office ni sentiasa terbuka untuk you all," daku mempelawa.
"Consultation tu yang susah tu ..." balas mereka.
"Apa yang susah? Well, kalau nak rasa gembira dengan perasaan bodoh sendiri, up to you then," straight to their faces.
"Sebenarnya, kami takut ..."
"Takut? Takut apa?" Consultation pun takut? Hairan betul.
"Kami takut, kalau kami datang buat consultation, nanti ada tajuk yang kami tak faham, mesti Miss kata, bodoh, benda senang macam tu pun tak tahu ..."
Istighfar panjang daku sendirian. Daku akui yang kadang-kadang terdapat ketidakwajaran dalam ketidakfahaman mereka -- seperti konsep-konsep asas dalam politik. You just can't afford not to understand it in the first place or otherwise you'll lost all the way. But, still ... I'll try my best to handle all their questions though, no matter how silly the question is. After all, classroom is where you can makes all the silly mistakes.
Another thing, this is the reason why you shouldn't assume on something. Assume = make ass of you and me!
Ini rupanya halangan untuk tak mahu consult lecturer? Takut ditempelak sebab tak faham, sampai rela mengulang satu paper 2-3 kali? Kalau daku kata bod*h, katalah pula daku ni jahat mulut!
Pelajar-pelajar,
Consultation adalah satu bentuk perbincangan untuk meleraikan sebarang ketidakfahamanmu. Dan, ia tidak sama dengan lecture. Maka, janganlah berharap bila datang consultation, lecturer perlu mengulang keseluruhan lecture. Salahkan dirimu sekiranya tidak memberi perhatian semasa di dalam kelas.
Daku faham, assumption itu berlaku kerana dikau merasakan yang daku akan menempelak dirimu sekiranya banyak benda yang tidak kamu fahami dalam sesebuah chapter. Bila daku menempelak, maksudnya, daku mengesani sejauh mana kamu serius atau tidak di dalam kelas.
Siapa yang tidak akan marah, kalau dikau datang menghadap guru tanpa ada sebarang persediaan? Tak kiralah sejauh mana kefahaman kamu itu, bersedia apabila melakukan consultation. Sekiranya kefahaman kamu menyalahi yang sepatutnya, daku tidak akan ragu-ragu untuk membetulkannya kerana itulah maksud consultation. Namun, sekiranya kamu berkira, consultation itu sebagai personal lecture kepadamu, sememangnya kamu harus berasa takut seperti pelajar tadi.
Melalui consultation kita mendapat peluang untuk bertanyakan perkara yang kita tidak sempat atau malu bertanya di dalam kelas. Dan, plus value consultation ini akan membentuk jalinan hubungan yang lebih baik antara dikau dan pensyarah - kerana pensyarah boleh mengesani sejauh mana performance dikau dan boleh menasihati dikau apa tindakan yang wajar diambil untuk lulus dan seterusnya memegang ilmu yang dipelajari.
Faham maksud consultation sekarang? Buatlah kesimpulan dan keputusan sendiri sama ada dikau mahu melakukan consultation. Daku sentiasa ada untuk dikau.
Selamat berjaya.

1 comment:
Huh.. mcm ni punyer lecturer pun ada... memang sadis... best student yg super genius pun akan lari... jangan marah yer...
Post a Comment