Seminggu lepas daku bertugas di luar pejabat. Terganggu kelas-kelas semua.
Hari ini pun serupa juga. Perlu menghadiri konvensyen. Bermaksud, akan keluar pejabat sehingga hari Khamis ini. Antara perkara-perkara sampingan yang perlu dilakukan untuk memastikan kemandirian dan kelestarian diriku sebagai pensyarah tentunya, dan sebagai insan pada sisi selebihnya.
Di sebalik rasa untuk melestari dan memandiri, daku terkepung dengan rasa bersalah - bersalah kerana tidak berupaya menghabisi kelas dengan amanah sepatutnya. Walaupun kesemua syarahan telah kusampaikan mengikut silibus, kepadatan aktiviti untuk tempoh dua minggu ini menyebabkan daku tak dapat menamatkan pengajaran dengan penamat yang wajar.
Semalam, niatnya mahu membincangkan test 2 dengan part 5. Namun, tak sampai suku kelas yang hadir - kerana yang lainnya memberi alasan ada presentation untuk subjek lain [presentation yang mengambil masa kelasku - sesuatu yang sangat tidak kena]. Daku hilang mood, dan setelah berbincang sedikit sebanyak, daku menamatkan kelas dalam masa setengah jam sahaja.
Hari ini sepatutnya daku membincangkan mengenai test 2 dengan part 6 - terhalang juga, kerana hari ini menjadi hari perjalanan menghadiri konvensyen, dan mereka tidak akan daku jumpa lagi kerana daku hanya akan pulang ke kampus pada hari Khamis ini dan minggu depan sudah bermula revision week - satu ketidakwajaran untuk mengadakan kelas walaupun pelajar-pelajar ini lebih suka menggunakan revision week ini sebagai percutian percuma daripada datang berjumpa pensyarah membuat konsultasi.
Lalu, dengan ingatan untuk membantu, beriya daku menghantar mesej kepada seorang pelajar, merayu supaya mereka datang ke pejabatku sekiranya ada masalah dengan subjekku (dengan harapan agar disampaikan kepada rakan-rakannya). Tapi, dengan gaya jawapan sependek "OK", daku rasa sangat terhina. Ibarat mengunjuk budi yang orang tak mahu. Sedihku mengatasi rasa bersalah tadi.
Kemudian, kuhantar mesej kepada seorang pelajar lain ... dibalas "k, tq miss ..." buat daku sedikit tenang.
Daku pun tidak faham kenapa daku harus sensitif begini ... Mungkin dah agak lama daku tidak menghiraukan apa yang sepatutnya daku rasa ... dan bila banyak masa untuk merefleksikan diri, berlebih pula perasaan-perasaan itu.
Daku juga manusia biasa.

4 comments:
tu ar miss.lame xnampak miss.windu jugak ni.huhu.even bile bertembung empat mata,sy tak pernah tegur miss.tapi dalam sy sayang miss.wah.syahdu2.
Kartika:
Sayang? Hemmph ...
Well, frankly speaking, it makes me wonder sometimes why'd you behave this way ... you talk to me jovially here, but acting differently in class ...
Whatever it is ... love you too ... guess, love you unconditionally ... [no matter how you behave!] ...
Have a nice day!
seriously.im not bodeking.for me talk to u lively making me nervous.i dont know "why".but because of thats "why", i always become very clumsy when i present something 2 u. maybe sy anggap miss terlalu perfect.and im not that perfet to give something perfect..
Kartika:
Me, perfect? that you so clumsy when dealing with me?
Hoho ... dasat gak aura i nih ... hahahaha
Post a Comment