Wednesday, October 22, 2008

Serius: Amanah dan Keinginan

Ramai rakan pensyarah di kampus ku ini mendapat kenaikan pangkat dengan mudah akhir-akhir ini setelah proses pemilihan di'delegate'kan kepada cawangan untuk membuat penilaian. Alhamdulillah, rezeki mereka. Daku tumpang berbangga.

Ada seorang teman mencadangkan agar daku 'turut serta' memohon kenaikan pangkat ini kerana pada pandangan beliau daku ini sudah lebih dari layak untuk berbuat demikian [begitu sekali pandangan dia ... ]. Daku hanya tersenyum sumbing sahaja mendengar cadangannya [yang kemudian membuatkan dia 'malas' untuk memotivasikan daku :p].

Padaku, memang prosesnya kelihatan relatif senang. Namun, bagi daku yang tiada keinginan [serius!] untuk itu, perkara ini bukanlah bentuk motivasi yang perlu. Daku tidak pernah teruja pun untuk perkara itu. Memanglah ia menjanjikan satu bentuk keistimewaan dari segi tangga gaji dan sebagainya. Dah tak minat tu, tak boleh nak kata apalah. Daku tak kisah kira ditempelak bodoh dan rugi kerana menolak peluang.

Sifir mudahku - setiap keistimewaan datang bersama amanah yang bukan sedikit. Dan, setiap amanah akan ditanya. Banyak sudah antara sekian amanah daku tak mampu atau tak pasti tertunai, kenapa mahu ditambah amanah yang lain pula?

Keinginan itu satu perkara, namun kewarasan akal pada sesuatu yang abstrak seperti amanah itulah yang paling utama. Bukanlah mahu mendabik dada menyatakan daku ini terlalu amanah - cuma, daku mahu katakan, daku tenang dan senang pada beban yang ada. Dan, tuntutan daripada kenaikan pangkat itu sememangnya daku tahu tidak mampu kutunaikan pada masa sekarang. Akan datang, tak tahulah.

Selalunya, bila keinginan melebihi daripada rasa mahu menjalankan amanah, kita akan memenangkan keinginan. Pelajar diajar lebih kurang, selalu tiada di pejabat kerana sibuk dengan tuntutan keinginan tadi, mempergunakan keistimewaan untuk tujuan yang tidak sepatutnya adalah antara contoh biasa yang menyebabkan daku takut untuk mengiyakan keinginan itu. Walaupun bukan semuanya begitu, namun realiti yang yang berlaku di depan mataku sangat memualkan.

Kata orang, kalau tidak boleh menjadi baik, janganlah suka membuat kejahatan - lebih kurang maksudnya, kalau tak mampu memegang amanah, jangan cuba untuk memikulnya. Sedapnya sekarang. Di sana? Nauzubillah.

Buat rakan-rakan yang berjaya mengimbangi amanah dan keinginan, tahniah daku ucapkan - anda semua adalah idolaku. Doakan semoga daku akan menjadi seperti kalian juga.

Amin.

4 comments:

kaymalini said...

for me.u re the most genius lecturer..because u know everything..

Cik Peesha said...

Kartika:
Genius? You must be kidding. I'm far fetch from being that ... I don't know everything (even though I know much things) ...

You can be just like me if you want ... It just a matter how you carry yourself with all your knowledge ... Trust me ... it soooo easy ... Ngehehehe!!! (^_^)

kaymalini said...

im not kidding miss.im also not bodeking.im serious sincere.sume bende miss tao.i just want to be knowledgeable just like u.mesti bnyk mende kene baca kan?kan?

Cik Peesha said...

Kartika:
I know everything? Hmmmm ... dasat pemerhatian tu ...

Knowledgeable? -- Uhuh!

Semua benda I tau? -- Seriously, there are so much things that I can't afford not to know especially when dealing with students.

But, I've confession to make.

Part of your admiration comes from your ignorance, too.

You ignore to read and read --- and that make lot easier for me to bluff and looking good before your eyes .. ngehehe!! evil: evil:

Read! and you'll be well-read!

Good luck!