Monday, September 22, 2008

Santai: ... Memang santai!

Hari ini kelas terakhir dengan student group 5D. Group yang selalu memeningkan kepalaku dengan pelajar lelaki yang sangat ramai di dalamnya. Kalau dah ramai lelaki, faham sahajalah keadaannya. Namun, daku bersyukur kerana mereka ini tidak keterlaluan perangainya.

Kelas hari ini hanya membincangkan mengenai types of organizational culture - dan salah satu perbincangan termasuklah jenis "charismatic culture". Daku memberi contoh mengenai organisasi yang selalu berbudaya begini -- organisasi Melayu (yang hampir keseluruhannya ahlinya adalah Melayu). Charismatic culture terjadi kerana budaya Melayu itu juga - kita ini sangat elaborative kalau dalam soal menyambut tetamu dan menghormati tetamu. Itu sebabnya, pantang ada pembesar yang datang, pasti keseluruhan organisasi berwajah baru ... sedangkan yang datang itu, kerling pun tidak kepada perhiasan semua itu. Dan. oleh kerana itu jugalah setiap majlis memakan masa yang lama hanya kerana juruacara tak habis membaca gelar tetamu yang hadir!

Entah bagaimana, tiba-tiba boleh terkeluar dari mulutku bercakap mengenai kepatuhan orang Melayu kepada pemerintah, dan dalam sejarah Melayu, hanya ada tiga orang sahaja yang mengingkari ketuanya.(*)

Kutanya kepada pelajar-pelajar ini, siapakah ketiga-tiga mereka ini dengan ganjaran, jawapan yang tepat akan memperolehi duit raya RM10.

"Hang Jebat." - OK, satu betul. 2 more to go ...

"Hang Nadim."

"You all kenal ke Hang Nadim ni? Sesuka hati sahaja menyebut orang itu penderhaka?" - terburai ketawa mereka.

"Aa .. mis, mis ... Laksamana ... alah apa nama dia ... ? Ha, Laksamana Bentan." teka seorang pelajar perempuan.

"Ha, kenapa dengan Laksamana Bentan?" tukasku.

"Alah. dia kan yang tikam tapak kaki Sultan dengan lembing sebab Sultan belah perut isterinya sebab makan nangka sultan?" balasnya lagi.

"Ha ... Sultan Mahmud mangkat dijulang!" ada suara-suara sumbang yang menjadi nasi tambah.

"OK ... satu lagi?"

"Miss, tu dah betul dua tu .. takkan tak boleh dapat 5 ringgit?"

"Huh! Ok .. kalau tak de jawapan, kira burnt la tawaran ni ye ... Ok, I want to move to another slide," daku memutuskan.

"Miss ni .. cepat benar nak tutup offer. Lama la sikit, kan 10 ringgit tu?" bantah salah seorang daripada mereka.

"Ahhhh ... lambat. And you know how much I hate slow people .. ok, next!" daku memberi verdict.

"Ishhhhhhh ..." ada lirik kecewa dalam suara mereka.

Daku ketawa sahaja keran terhibur dan kesantaian begini. Dan, paling penting, selamat duit RM10 ku ... ngehehe!

(*) Jawapan:
  1. Hang Jebat kerana membela seorang sahabat yang dirasakan dizalimi sultan - Hang Tuah
  2. Laksamana Bentan kerana merasakan Sultan terlalu zalim tergamak membelah perut isterinya hanya kerana seulas nangka
  3. Sang Rajuna Tapa kerana membuka pintu gerbang Temasik untuk dibolosi oleh musuh apabila anak gadisnya dirogol pembesar negeri

Sunday, September 21, 2008

Santai: I’ve been tagged!

Tag sangat berguna apabila dikau tak punya idea untuk menulis. Namun, ia akan berubah menjadi sesuatu yang menyakit hati bila banyak sekali tag dikau terima dalam satu-satu masa. Ibarat, hutang kredit kad pulak rasanya.

Tag ini daripada one of my student – Kartika.

Mari kita lihat …

RULE #1 People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any 1 question that they dislike with a new question formulated by them.
Well, looking at those questions, there are few that I don’t feel like answering them. Since I only allowed replacing 1, surely I’m happy to do that.

RULE #2 Tag 5 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tagged by and continue this game by sending it to other people.
Heh, kalau orang tu nak refuse, sukatik dia la … bukan bawak mati pun. To tag or not to tag? To tag or not to tag? To tag or not to tag? To tag or not to tag? To tag or not to tag? … tengoklah …

  • If your lover betrayed you, what will your reaction be?
  • Betrayer doesn’t deserve any chances at all! It will be forgiven but not forgotten. Tapi, buat apa nak ingat orang tu? Ceraikan dia talak 10 dan kemudian talkinkan dia hidup-hidup .. Kalau jumpa dia, langgar dengan stemroll … sound sadist kan? Tapi, diriku tidak sekejam itu …
  • If you can have a dream to come true, what would it be?
  • Is there such thing as dream comes true? Huuu .. dunno .. I don’t dream …
  • Whose butt would you like to kick?
  • Orang-orang yang menyusahkan hidupku. Caranya, tonggengkan their butt facing the north, then, dush .. kick ‘em hard. The harder the better. Lebih baik kalau boleh disulakan orang-orang ini. Apsal nak menyusahkan hidup orang? Mind your own goddamn business tak bleh ka?
  • What would you do with a billion dollars?
  • Settle my credit cards. Pay all the loans. Get myself colonial-design bungalow over the top of the hill with small stream flow in front of the house, phewww! The rest of the money? Spending like crazy la … lagi mau tanya …
  • Will you fall in love with your bestfriend?
  • Whoa .. that’s the big no-no. Best friend never make best lover. And the moment your friend turns to be your lover, you’ll lost him or her forever. Get you lover to be your best friend. Dan, jatuh cintalah sepuasnya …
  • Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
  • Kata seorang penulis, cinta itu sepatutnya dua hala – memberi dan menerima. Cinta tidak berbalas, itu cinta luar biasa. To love or to be loved are just great in their own ways …
  • How long do you intend to wait for someone you really love?
  • As long as there is love and passion. Kalau takdirnya daku jatuh cinta hanya 5 saat, mungkin saja daku bertahan selama itu ..
  • If the person you secretly like is already attached, what would you do?
  • Hak orang memang tempting. Tapi, biar dan tengok aje la.
  • Have u ever been labeled as a snatcher?
  • Gheez … never. No need to do that. I’ve everything, man.
  • What makes you fall in love?
  • Hmmm .. mmm … macam-macam. Paling tertawan, orang yang pandai bercerita. I just love stories. Dan, si dia mestilah pintar dan mampu mengawal diriku dengan penuh rasa hormat dan rasional. Bring me that man .. NOW!
  • How would you see yourself in ten years time?
  • Haiyo … this question should be asked ten years ago …
  • What do you really want at the moment of responding to this tag?
  • I’m trying harder to finish my lamb pie from Secret Recipe. Ia akan mengakibatkan daku pening, tapi I just couldn’t resist it. Cari penyakit betul la tu!
  • What kind of person do you think the person who tagged you is?
  • Kartika? Hmmm ... always seems lost. Hesitate. Clumsy. Often looks tense. Rebellious – a bit. But, I think I know her better when I read her writings. Having so much potential to be developed, small dose of motivation will do. Get yourself someone who can boost your morale and just realx. Life doesn’t have to be serious.
  • Would you rather be single and rich or married but poor?
  • Get real people! .. money is everything now … plus all the plastics. Money can’t buy happiness .. but it usually leads to the happy world … lalala … money makes me happy, you know!
  • What's the first thing you do when you wake up?
  • Buat la apa-apa yang patut. Sambung tidur kalau masih mengantuk dan tiada kerja. It depends on why I wake up in the first place
  • Would you give all in a relationship?
  • Cannot! No matter how much I enjoy listening to My All by Mariah Carey, I won't give all in a relationship. I just couldn't afford to do that. I need my own time and space. I need this to keep me sane and 'rejuvenate' ... huhu ...
  • If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
  • First thing, why .. why .. do I have to choose? Can’t I have both? I don’t like to choose. BUt, if I have to, I'd use my logic and rational … don’t let your love blinded your life!
  • Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
  • Been there, done that. It's hurt me so much. But, kemaafan adalah dendam terindah. Maaf kan sahaja dia. Hidup daku jadi tenang.
  • Do you prefer being single or having a relationship?
  • I love being single with no string attached, but I do hope for a kind of relationship. Single keeps my sanity … and relationship makes me great. I prefer both … attached but available! Hoyeh!
  • List 5 people to tag.
  • Sesapa rasa nak buat tag ni, ambik dan buat. Daku tidak mahu memberi tugasan kepadamu. Kan kita semua sibuk nak raya, ni? Buat bila kamu rasa nak buat. Jangan rasa terpaksa.

Langsai satu hutang.

[tapi, daku sangat hendak NJ and Cik Wawa buat tag ini … boleh?]

[edited] -- since Mr. Ikmal is excited counting his days to come home, I'd like him to do this tag also. And, Puan Ainridz as well ...


Kartika, satisfied?

Serius: Nota dan sebuah Penipuan

Hari ini duduk bersembang dengan seorang rakan pensyarah sefakulti. Beliau tiba-tiba bertanya:
"Akak (ah, akak la pulak!) bagi tak nota kat student masa lecture dalam kelas?"

Daku jawab:
"Nota yang biasa lah. Apa yang ada kat slide power point or kat transparency itulah nota diaorang. Kalau nak bagi sebiji-sebiji begitu, tak de lah. Kenapa?"

Dia cerita:
"Ada budak ni ... dia pergi mengadu kat KP yang saya tak bagi nota. Saya tanya dia, lecturer lain bagi nota ke? Dia kata, ya. Semua lecturer dia bagi dia nota yang lengkap dan bukan macam saya ni ... Dah tu, KP siap panggil saya tanya pasal benda ni. Sakit hati betul!"

Daku balas:
"Mesti budak tu terlepas dari kelas I. Sebab, kalau sesiapa yang pernah attend kelas I, komplen-komplen pasal nota ni memang jarang kedengaran sebab I've made myself very clear from the beginning of the semester, that my class requires highly note taking skills. Those who don't have this skill better watch out, otherwise they won't get any notes. So, tak berani diaorang nak mintak-mintak nota ni. Berani ye depa buat camtu ke you?"

"Tu lah. Semua ni membuatkan saya menyampah kat student tu ..."

Daku hanya mengangguk simpati.

Cerita student mahukan nota daripada pensyarah bukanlah sesuatu yang aneh. Namun, bergantung sepenuhnya kepada nota ringkas pensyarah dalam kelas tanpa mahu melakukan pembacaan dan rujukan luar, itu adalah sesuatu yang tidak dapat diterima. Lebih membimbangkan, sekiranya mereka mendapat nota tersebut, nota itulah yang akan diguna pakai turun-temurun, daripada super senior kepada super junior, walhal apa yang diajar itu sudah terlalu obselete jadinya.

Nota tidak lebih daripada catatan ringkas yang akan mencetuskan idea yang lebih besar apabila dikau mengulangkaji atau melakukan pembacaan yang lebih. Ia akan mendorong dikau memikirkan dengan lebih mendalam. Dan, tiada yang lebih baik sebenarnya membaca buku daripada bergantung kepada nota. Ilmu itu tidak akan berkembang pada nota yang turun temurun.

Sebagai catatan untuk idea yang lebih besar, nota memang ideal. Tapi, nota hanya akan menjadikan dikau student yang biasa-biasa sahaja. Dan, pemikirannya pun tidak akan berkembang. Seputar di situ sahaja.

Universiti bukanlah tempat untuk menunggu diri disuap. Cari sendiri segalanya. Asah kemahiran. Kebenaran yang sangat klise, namun ia tetap menjadi hakikat sama ada dikau suka atau tidak. Dan, suka juga daku tegaskan, daku tidak akan terkesan sekiranya dikau memberi markah paling rendah kepadaku dalam penilaian hanya kerana daku tidak memberikan nota dan menyuap serta tolong mengunyah untuk dirimu itu.

Maka, mulai dari hari ini, usah bergantung kepada nota kelas. Buat tambahan nota sendiri kerana kemahiran membuat nota akan menjadikan dikau lebih analitikal dan kritis dalam berfikir. Tak percaya? Cuba dan ceritakan pengalamanmu itu kepadaku nanti ...

Sebuah penipuan?

Kak Marina bercerita bahawa hari ini seorang pelajar telah ditangkap meniru nota semasa test. Satu kertas yang penuh dengan segala catatan. Bayangkanlah, penipuan di dalam test, yang berlaku di petang 21 Ramadhan. Kenapa ini yang terjadi?

Mungkin kerana pelajar hanya menyangka meniru nota dan puasa adalah dua perkara yang tidak berkait?

Mungkin kerana pelajar rasa, nota itu akan menjadi dia cemerlang?

Mungkin ... ah .. daku kehabisan kata.

Apapun justifikasi yang diberikan, kata kunci di sini, nota bukanlah segalanya.

Nota hanyalah bantuan dan usaha kecil dikau untuk berjaya.

Salam 21 Ramadhan.

Santai: Silly Me!

Sedari minggu lepas lagi daku beriya-iya merancang kuliah ganti bagi kelas-kelasku ... 4 kelas untuk 2 subjek.

Target daku hanya satu - agar semua silibus dapat dihabiskan sebelum cuti raya dan bila naik nanti tinggal test dan presentation serta assignment sahaja yang tinggal.


Daku lihat kalendar akademik, cuti khas (cuti raya) bermula 24 September. Dan, daku mengomel-ngomel sendiri kenapa cuti start tengah-tengah minggu ni? Apasal tak start hari Jumaat? Bregset la sesiapa yang rangka cuti ini. Dan, waktu terakhir kulihat kalendar itu adalah pada awal bulan Ogos yang lalu.

Maka, hari ini, beriya-iya daku adakan kelas untuk part 6, kerana masih percaya bahawa cuti akan start 24 hari bulan dan kelas mereka akan terkorban pada hari itu!

Usai kelas, daku ke bangunan akademik untuk berehat sekejap sebelum kelas kedua bermula. Bersembang dengan Kak Marina mengenai our secret rendezvous pada hari Rabu dan Khamis, Kak Marina mengatakan dia masih ada kelas pada hari Rabu sehingga pukul enam petang dan students hanya akan balik pada hari Khamis. Daku merungut-rungut kenapa dia harus ada kelas pada hari sepenting itu?

Tiba-tiba keluar TPHEA dari biliknya dan terus Kak Marina bertanya mengenai tarikh sebenar cuti khas tersebut. Kata TPHEA "26 haribulan and it is Friday."

Daku menjadi hairan.

"Bukan 24 hari bulan ke? I tengok macam 24 hari bulan?"

Kemudian TPHEA memanggilku melihat tarikh sebenar pada kalendar akademik yang tertampal di meja seorang staf di situ .. "Mana 24, 26 kan tu?"

Arghhhhhhhhh!!! Arghhhhh!!

Hisy! Rasa mahu 'dush' 'dush' je kepala ku ini!


Kak Marina dan TPHEA ketawa besar. Daku rasa mahu blah saat itu juga!

What was I thinking! Ishhh ... Penangan raya kot!

Penat je beriya-iya ganti kelas yang tak sepatutnya ... So, sebagai habuannya, daku rasa daku mahu buat test budak-budak part 6 ni minggu ni juga! Kalau tak, daku dah tak ada benda nak dibuat untuk kelas hari Rabu ni ... ke, daku mahu rehat saja? Hmmm .. mmm ...

Silly me!

Thursday, September 18, 2008

Santai: Apa yang akan terjadi ...?

Antara sekian banyak perasaan mengenai kerjaya nan satu ini, perasaan jemu antara selalu yang bertandang.

Bosan dengan subjek yang diajar sekian lama.

Bosan dengan pelajar-pelajar.

Bosan dengan kerja yang bukan hakiki.

Bosan dengan tuntutan yang pelbagai.

Bosan. Bosan. Bosan.

Samalah dengan jemu, kan?

Persoalannya, bolehkah daku berasa jemu?

Antara pesanan orang tua-tua, menjadi guru tidak boleh jemu. Sekiranya jemu, betapalah akan jadi kepada anak-anak didikmu itu?

Betul juga. Lalu bagaimana?

Bertahan sekadar yang termampu. Sambil kreatif mencari keseronokan dalam kebosanan.

Mudah bercakap, sukar dilaksanakan.

Namun, percayalah, kerana daku sudah mencubanya! Nanti kuceritakan bagaimana ...

Tuesday, September 16, 2008

Santai: Inside my head ...

Sepanjang minggu ini, antara perkara yang terngiang-ngiang di dalam kepala otakku adalah dialog Sharifah Amani di siri akhir cerita Sindarella (yang daku loosely quote...)

"Kenapa kita kena cakap orang putih sedangkan kita berdua orang Melayu?"

Dan, daku memikirkan, lucu juga dialog itu.

Dan, setiap kali daku ke kelas sepanjang minggu ini, semacam mahu meledak sahaja tawaku apabila memberi lecture di dalam bahasa Inggeris. Lucu kerana - daku Melayu, pelajar Melayu, tinggal di Malaysia dan kena berkomunikasi dalam bahasa asing!

Don't get me wrong. I am in no way against the use of English in teaching. Dan, daku menyokong juga PPSMI ... walau sedikit tidak bersetuju. Itu cerita lain lah.

Tapi, itulah yang berlaku ... daku rasa lucu. Dan, daku mahu ketawa-ketiwi (adakah gandaan begitu) sepanjang minggu ini.

Esok, kita bercuti ... sempena birthday ku ... Ya, bergembiralah anda di hari lahirku ... hahahaha!