Khalid syor UiTM ambil 10% bukan bumiputera
SHAH ALAM 10 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing.
Abdul Khalid berkata, cadangan itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.
Menurut beliau, syor itu juga dianggapnya sebagai wajar dan tepat dengan usaha UiTM yang mahu melahirkan pelajar daripada golongan Melayu dan bumiputera yang berdaya saing...
(baca selanjutnya di sini)
Ini adalah antara bualan hangat di dalam sistem UiTM keseluruhannya. Semuanya terkesan dengan cadangan ini. Mengarut atau tidak, bergantung kepada sejauh mana dikau melihat kesemuanya.
Ada yang menyokong - benar, harus dibuka kepada non-bumi, supaya persaingan dapat diwujudkan.
Yang tidak bersetuju - kenapa UiTM harus diganggu? Bermasalah sangatkah UiTM? Tidak wujudkah persaingan?
Apapun pandangan yang diberikan akan tetap menjadi sesuatu. Namun yang mahu daku tuliskan bukanlah pandangan orang luar terhadap perkara ini. Tapi, yang daku mahu, bagaimana pelajar melihat keseluruhan cerita ini.
Acid test yang daku buat sebenarnya memberi kesan yang agak menakutkan. Kutanyakan kepada pelajar semester 6 mengenai perkara ini, kerana secara kebetulan kami sedang membincangkan topik concept of development. Ku katakan, development itu boleh saja berlaku dari buruk ke baik, atau vice versa. Mereka memahami dengan anggukan. Lalu daku provoke mereka mengenai isu ini - masing-masing hanya tersenyum-senyum. Ku katakan:
"I believe most of you are aware about all this, right?"
Angguk-angguk.
"But, do you think you know what really matters here?"
Dan, buat kesekelian kalinya daku menoktahkan kekesalan ku dengan memberitahu apa yang daku rasa. Semoga mereka juga rasa apa yang daku rasa.
Time to change, people.
Develop! Develop! Develop!
Dan, kalau kamu mengira menjadi bangsa "absolute underdevelopment" adalah sesuatu yang harus diterima tanpa sebarang prejudis, maka, daku tidak mahu bersama-sama kamu lagi.
Maaf!
5 comments:
Kak Fisha,
Saya memahami apa yang Kak Fisha ingin sampaikan. Tapi pesoalannya adakah kita lebih terbuka menerima perkara ini daripada menjadi semberono memberikan hujah tanpa berfikir dengan betul?
Saya tidak tahu apa mahu katakan lagi...
saya tau komen saya ini tidak kritis tapi its a development for myself in giving view right?
saya just nak komen, boleh tak melayu menjadi kedekut or demanding.
Ikmal:
Terbuka atau tidak, itu soalan pilihan. Pilihan diri sendiri. Kalau kita rela berbuat sesuatu tanpa berfikir, hiduplah kita dengan pilihan kita itu ... Bergembira atau tidak, terpulang.
Kartika:
Yes, u've every right to give ur POV.
Melayu boleh jadi begitu. Malangnya, Melayu itu bukan begitu ... masih juga mahu memberi dan memberi walau tahu gudangnya telah kosong. Memang itu indahnya Melayu. Orang lain kata Melayu bodoh ... namun, psyche Melayu memang begitu ... It jst not our thing to demand what is ours ...
Melayu baru mahu demanding? Lebih melulu dr berfikir I guess
Slm,
This issue touches my heart though I'm not really into politics...but the main and exact point to ponder is that 'why we shd always give space to others whilst others never give a glimpse at us'...Hopefully the new generation esp the students realize and make changes in a very professional manner within the most ethical ways of thinking...Yes, I agree, pls all, develop your thinking!!! And always remember, wherever we go and who are we, we bring the unique the one and only identity, so thats about it...is always about our faith...preserve and protect it!!!
August 21, 2008 10:11 AM
Sue:
Couldn't agree more ... and with that I rest my case ...
Post a Comment