Setelah sekian lama bercerita, terkeluarlah dari mulut daku perihal pelajar yang menggunakan friendster untuk mengumpat pensyarah-pensyarah mereka. Rakan sekerjaku itu ternganga - seolah tidak percaya. Daku kata, masuklah ke friendster, akan jumpa seribu satu perkara yang tidak tersangka.
Bila bicara tentang ini, teringat kepada kata-kata Saidina Ali yang lebih kurang begini bunyinya: "Ajarlah anak-anak kamu mengenai ilmu yang bertepatan dengan dunia mereka." Dalam bahasa mudahnya, cari relevansi dalam ilmu yang harus anak-anak pelajari. Jangan dipaksa anak supaya merasai apa yang kita rasa dulu ... zaman kan dah berubah?
Maka, untuk memahami bagaimana kehidupan anak-anak kini, ibu bapa, pendidik dan masyarakat harus turut serta ke dunia mereka. Turut serta kerana untuk mendalami dan memahami, bukan turut serta dan kemudiannya lebih budak daripada budak-budak itu sendiri.
Berbalik kepada rakan tadi, bila dia menyatakan bahawa dia tidak familiar dengan friendster, daku tidak terkejut, kerana bukan dia seorang yang begitu. Bila kita tidak memahami (dan tidak mahu mendalami) kehidupan dan gerakan masa mereka, anak-anak kita, kita akan menghukum dengan sesuatu yang tidak mereka lakukan, atau yang lebih perit lagi, kita senang sahaja diperbodohkan oleh mereka.
Bila membaca pendapat mereka di board friendster itu, kadang-kadang daku diterpa rasa sayu kerana anak-anak ini keras menghukum pendidik yang bersusah payah untuk mereka - kerana salahnya, mereka tidak lulus subjek itu. Dan, ada perkataan yang tidak sepatutnya digunakan untuk mencaci pensyarah. Memanglah tidak menjadi kudis kepada kita-kita ini dengan kata-kata mereka ... namun, tiba di sudut hati yang paling dalam, paling tidak akan terdetik, betapa kita ini tidak berharga.
Moralnya, untuk para pensyarah, terokalah kehidupan anak-anak ini, walaupun tiada sekelumit minat di hatimu kerana ini akan menemukan dikau dengan sesuatu yang mungkin berguna kepada dikau dan mereka. Iu baru friendster ... bagaimana dikau mengendalikan pengetahuanmu kala mereka bercerita mengenai facebook, fotopages, flickr, youtube, blog dan sebagainya?
Dan, untuk anak-anak didik kami - berpada-padalah mencaci maki orang ... dunia ini bertimbal balik sifatnya. Sekiranya dikau boleh ketawa melepaskan kata yang tidak sepatutnya, pasti suatu hari nanti akan ada yang berasa begitu dengan kamu ... Beringatlah!
5 comments:
Kak Fisha ada friendster rupanya hihi..
Ada kawan saya, pensyarah juga tak nak ada facebook n friendster sebab tak nak diri diketahui student.
Ada baik buruknya juga, kalau semua tau abisla huhuhu...
Ikmal:
Semua pun akak ada ... frenster, YM, MSN Messenger, facebook ... Cuma x buat video kat youtube je lagi ... hehehe ...
If this the means that could get me connected and understand them better, why not ...?
Kelebihannya ... depa x buleh pekunun kita ... dan cerita2 depa juga kita tau .. that the best part of it ...
huhu.miss ur post kali ni betol2 buat saya termakan lada and terasa pedas. tapi saya tak ngumpat..sy mengoment je.hehe
Peesha...bila lak nak ajar kak norma masukkan slide show comel2 dlm blog ah? Satu lagi nak decorate bagi comel lagi space kak norma??
Yo K.Normah ... den ni takdo la savvy sgt ... tp, bila baca comment mu ini, I'm flattered! Hehehe ...
Settle dulu pengerasnya ... prawn cheese macharoni for buka puasa ... then we talk business ... huhuhu
Post a Comment