Thursday, August 28, 2008

Santai: Misi Akademik Fakulti

Isnin 25 Ogos lalu, rombongan cik Kiah dari fakulti telah berkunjung ke kampus kami dengan tema rombongan: Misi Akademik FSPPP. Tujuan rombongan tu adalah untuk meninjau perkembangan fakulti di Terengganu ni … sama ada ok atau tidak. Rutin biasalah tu.




Misi Akademik FSPPP 2008

Back (L-R):

Aida (SA), ME (T), Aliza (SA), Noni (T), Tina (SA), Suzie (SA), KP (T), Yarina (SA), Hamdan (T)

Front (L-R):

Dean (SA), Moli (T), Alia (T), Pizah (T), Nadhrah (T), Zul (SA), Ju (T), Asri (T)



Antara yang di’dialog’kan termasuklah pemantapan pengajaran, persediaan pensyarah dan kampus untuk menawarkan program peringkat ijazah. Dekan mencadangkan agar program ijazah sudah boleh ditawarkan selewat-lewatnya Julai 2009.

Cadangan ini daku rasakan sangat baik. Sementelah, bila hanya mengajar benda yang sama bagi peringkat diploma, daku merasa seolah kehilangan imbangan kemahiran pemikiran kerana pelajar peringkat diploma adalah kelompok awal yang masih tercari-cari bagaimana untuk menyusun idea dan memahamkan, sedang kalau pelajar ijazah, kemahiran mentafsir dan lebih analitikal lebih menyerlah (at least this what I’m expected from them). Dan, daku memerlukan kelompok kedua lebih dari kelompok yang pertama kerana daku perlu ransangan yang lebih kuat untuk mencabar pemikiranku. Lagi pula, dengan kelompok pertama itu banyak kekangannya.

Program ijazah yang bakal ditawarkan adalah Bachelor in Administrative Science (BAS). Bila dekan membentangkan keperluan BAS ini, daku rasa tidak senang – kerana kebanyakannya adalah lebih kepada subjek management, dan agak kurang sedikit subjek yang berkaitan dengan Sains Politik. Ada dua perkara yang bakal terjadi pada diriku di sini – satu, daku mungkin akan mengetahui banyak perkara mengenai management dan strategic planning (mungkin bagus untuk diriku sendiri), dan keduanya, daku semakin jauh daripada bidang yang daku gemari, khususnya International Relations. Walaupun ada subjek khusus mengenai bidang ini dalam BAS, daku tak pasti bagaimana keperluannya nanti.

Kemudian, dekan seterusnya mencadangkan agar dibuat satu pelunjuran mengenai keperluan pensyarah yang ada untuk tujuan pentadbiran program tersebut – maksudnya, KP perlu menyediakan pelunjuran keperluan pensyarah baru dan pensyarah sedia ada bagi menampung keperluan pelajar. Dan, dekan juga mencadangkan agar diunjurkan juga pensyarah mana yang akan mengambil giliran untuk menyambung pelajaran di peringkat PhD.

Sampai ke cadangan ini, I’m like, WTH? Giliran buat PhD? Hoh! Give me a break!

Don’t get me wrong. Cadangan itu baik. Tapi, daku yang tak merancang ini, daku perlukan masaku sendiri untuk menyediakan diri, dan menulis goal untuk bila nak buat PhD just doesn’t sound right for me.

Dan, kemudian banyak lagilah perkara-perkara semasa yang diperbincangkan, yang ada kalanya membuat daku ok, dan kebanyakan masanya membuatkan daku nak keluar saja daripada bilik mesyuarat yang lawa itu. Apapun, kunjungan dekan ini membuatkan daku ada idea apa sebenarnya yang fakulti expect dari pensyarah dan pelajarnya.

Malam pula ada sesi dialog dengan pelajar. Jumlah pelajar fakulti kami hampir 600 orang .. namun yang hadir itu mungkin dalam 300 orang. Kesal melihat. Tapi, ini memang sesuatu yang normal. Manusia-manusia tegar yang suka berbuat sesuatu dengan kepala otak mereka begitu memang ramai. Disuruh datang mendengar, berkeluh kesah dan penuh dengan alasan. Tapi, kalau mahu mengutuk, laju saja mulut mereka. Dan, tambahan kala ditimpa kesusahan, tambah menyusahkan kita. Memang inilah hakikatnya. Entah bila akan berubah.

Namun, segalanya berjalan lancar dan dialog dengan dekan tersebut banyak memberikan input yang sangat berguna kepada mereka … harapnya lah. Apapun, yang paling kusuka, dinner dengan dekan.

Ahhh … sungguh best! Sila jamukan mata anda di sini.

Buat rombongan cik kiah itu, maaf di atas segala kekurangan layanan kami, dan janganlah serik berkunjung lagi ...

3 comments:

Anonymous said...

Well, the foods look so tempting...tomyam from the hotel especially. Anyway, nice to hear your ambitious dean's hopes and dreams...hope it'll come true. Well having another degree program at the campus would be great. All the best with the BAS program.

Cik Peesha said...

NJ:
Yes, the tomyam was good .. unfortunately, I'm not a big fan of tomyam ...

Well, just cross our finger so the program will be there next 2 sems ...

Anonymous said...

Dalam gambar tue teringat wajah-wajah yg dikenali, pn aleeza & pn norzaini, semua baru mengajar ms batch DPA Melaka dulu hehe

Dan yang pasti makanan begitu sodap sekali...