Friday, August 29, 2008

Santai: Kita dan Kehidupan Mereka

Semalam keluar makan bersama dengan rakan sefakulti. Sambil makan, sambil bercerita. Mengumpat sekali.

Setelah sekian lama bercerita, terkeluarlah dari mulut daku
perihal pelajar yang menggunakan friendster untuk mengumpat pensyarah-pensyarah mereka. Rakan sekerjaku itu ternganga - seolah tidak percaya. Daku kata, masuklah ke friendster, akan jumpa seribu satu perkara yang tidak tersangka.


Bila bicara tentang ini, teringat kepada kata-kata Saidina Ali yang lebih kurang begini bunyinya: "Ajarlah anak-anak kamu mengenai ilmu yang bertepatan dengan dunia mereka." Dalam bahasa mudahnya, cari relevansi dalam ilmu yang harus anak-anak pelajari. Jangan dipaksa anak supaya merasai apa yang kita rasa dulu ... zaman kan dah berubah?

Maka, untuk memahami bagaimana kehidupan anak-anak kini, ibu bapa, pendidik dan masyarakat harus turut serta ke dunia mereka. Turut serta kerana untuk mendalami dan memahami, bukan turut serta dan kemudiannya lebih budak daripada budak-budak itu sendiri.

Berbalik kepada rakan tadi, bila dia menyatakan bahawa dia tidak familiar dengan friendster, daku tidak terkejut, kerana bukan dia seorang yang begitu. Bila kita tidak memahami (dan tidak mahu mendalami) kehidupan dan gerakan masa mereka, anak-anak kita, kita akan menghukum dengan sesuatu yang tidak mereka lakukan, atau yang lebih perit lagi, kita senang sahaja diperbodohkan oleh mereka.

Bila membaca pendapat mereka di board friendster itu, kadang-kadang daku diterpa rasa sayu kerana anak-anak ini keras menghukum pendidik yang bersusah payah untuk mereka - kerana salahnya, mereka tidak lulus subjek itu. Dan, ada perkataan yang tidak sepatutnya digunakan untuk mencaci pensyarah. Memanglah tidak menjadi kudis kepada kita-kita ini dengan kata-kata mereka ... namun, tiba di sudut hati yang paling dalam, paling tidak akan terdetik, betapa kita ini tidak berharga.

Moralnya, untuk para pensyarah, terokalah kehidupan anak-anak ini, walaupun tiada sekelumit minat di hatimu kerana ini akan menemukan dikau dengan sesuatu yang mungkin berguna kepada dikau dan mereka. Iu baru friendster ... bagaimana dikau mengendalikan pengetahuanmu kala mereka bercerita mengenai facebook, fotopages, flickr, youtube, blog dan sebagainya?

Dan, untuk anak-anak didik kami -
berpada-padalah mencaci maki orang ... dunia ini bertimbal balik sifatnya. Sekiranya dikau boleh ketawa melepaskan kata yang tidak sepatutnya, pasti suatu hari nanti akan ada yang berasa begitu dengan kamu ... Beringatlah!

Thursday, August 28, 2008

Santai: Misi Akademik Fakulti

Isnin 25 Ogos lalu, rombongan cik Kiah dari fakulti telah berkunjung ke kampus kami dengan tema rombongan: Misi Akademik FSPPP. Tujuan rombongan tu adalah untuk meninjau perkembangan fakulti di Terengganu ni … sama ada ok atau tidak. Rutin biasalah tu.




Misi Akademik FSPPP 2008

Back (L-R):

Aida (SA), ME (T), Aliza (SA), Noni (T), Tina (SA), Suzie (SA), KP (T), Yarina (SA), Hamdan (T)

Front (L-R):

Dean (SA), Moli (T), Alia (T), Pizah (T), Nadhrah (T), Zul (SA), Ju (T), Asri (T)



Antara yang di’dialog’kan termasuklah pemantapan pengajaran, persediaan pensyarah dan kampus untuk menawarkan program peringkat ijazah. Dekan mencadangkan agar program ijazah sudah boleh ditawarkan selewat-lewatnya Julai 2009.

Cadangan ini daku rasakan sangat baik. Sementelah, bila hanya mengajar benda yang sama bagi peringkat diploma, daku merasa seolah kehilangan imbangan kemahiran pemikiran kerana pelajar peringkat diploma adalah kelompok awal yang masih tercari-cari bagaimana untuk menyusun idea dan memahamkan, sedang kalau pelajar ijazah, kemahiran mentafsir dan lebih analitikal lebih menyerlah (at least this what I’m expected from them). Dan, daku memerlukan kelompok kedua lebih dari kelompok yang pertama kerana daku perlu ransangan yang lebih kuat untuk mencabar pemikiranku. Lagi pula, dengan kelompok pertama itu banyak kekangannya.

Program ijazah yang bakal ditawarkan adalah Bachelor in Administrative Science (BAS). Bila dekan membentangkan keperluan BAS ini, daku rasa tidak senang – kerana kebanyakannya adalah lebih kepada subjek management, dan agak kurang sedikit subjek yang berkaitan dengan Sains Politik. Ada dua perkara yang bakal terjadi pada diriku di sini – satu, daku mungkin akan mengetahui banyak perkara mengenai management dan strategic planning (mungkin bagus untuk diriku sendiri), dan keduanya, daku semakin jauh daripada bidang yang daku gemari, khususnya International Relations. Walaupun ada subjek khusus mengenai bidang ini dalam BAS, daku tak pasti bagaimana keperluannya nanti.

Kemudian, dekan seterusnya mencadangkan agar dibuat satu pelunjuran mengenai keperluan pensyarah yang ada untuk tujuan pentadbiran program tersebut – maksudnya, KP perlu menyediakan pelunjuran keperluan pensyarah baru dan pensyarah sedia ada bagi menampung keperluan pelajar. Dan, dekan juga mencadangkan agar diunjurkan juga pensyarah mana yang akan mengambil giliran untuk menyambung pelajaran di peringkat PhD.

Sampai ke cadangan ini, I’m like, WTH? Giliran buat PhD? Hoh! Give me a break!

Don’t get me wrong. Cadangan itu baik. Tapi, daku yang tak merancang ini, daku perlukan masaku sendiri untuk menyediakan diri, dan menulis goal untuk bila nak buat PhD just doesn’t sound right for me.

Dan, kemudian banyak lagilah perkara-perkara semasa yang diperbincangkan, yang ada kalanya membuat daku ok, dan kebanyakan masanya membuatkan daku nak keluar saja daripada bilik mesyuarat yang lawa itu. Apapun, kunjungan dekan ini membuatkan daku ada idea apa sebenarnya yang fakulti expect dari pensyarah dan pelajarnya.

Malam pula ada sesi dialog dengan pelajar. Jumlah pelajar fakulti kami hampir 600 orang .. namun yang hadir itu mungkin dalam 300 orang. Kesal melihat. Tapi, ini memang sesuatu yang normal. Manusia-manusia tegar yang suka berbuat sesuatu dengan kepala otak mereka begitu memang ramai. Disuruh datang mendengar, berkeluh kesah dan penuh dengan alasan. Tapi, kalau mahu mengutuk, laju saja mulut mereka. Dan, tambahan kala ditimpa kesusahan, tambah menyusahkan kita. Memang inilah hakikatnya. Entah bila akan berubah.

Namun, segalanya berjalan lancar dan dialog dengan dekan tersebut banyak memberikan input yang sangat berguna kepada mereka … harapnya lah. Apapun, yang paling kusuka, dinner dengan dekan.

Ahhh … sungguh best! Sila jamukan mata anda di sini.

Buat rombongan cik kiah itu, maaf di atas segala kekurangan layanan kami, dan janganlah serik berkunjung lagi ...

Monday, August 25, 2008

Santai: Cuti ... dan cuti (lagi?)

**Catatan back up di kala ketiadaan idea untuk menulis.

Hari ni hari pertama kuliah setelah seminggu bercuti semester. Semangat dan momentum masih ok walaupun grafnya sedikit naik turun ... Maklumlah, semakin nak ke penghujung semester ni selalunya beban menjadi berat ... dan ditambah puasa yang makin menghampiri, rasa macam-macam pula.

Hari ni ada test pukul 4-6. Maka, kelas pagi, daku memberi cuti kepada kumpulan 5B + 5D, kerana mereka telah belajar chapter 5. Yang tinggal kelas 5C. Daku mengajar laju. 11.20 sudah habis satu chapter. Kemudian terasa letih macam mengajar 10 jam. Ntahapapantah.

Esok, kelas 5D kena batal kerana dekan berkunjung ke kampus, dan nak buat meeting.

Rabu ini, kelas 5C pula, sebab ada program dengan US embassy.

Ahad depan, cuti merdeka ... kacau mass lecture ... arghhhh!!!!

Baru kusedar, sistem kita terlalu banyak cuti, kan?

Maka, selamat bercuti semuanya! Hooray!

Friday, August 15, 2008

Serius: Nilaian mereka

Khalid syor UiTM ambil 10% bukan bumiputera

SHAH ALAM 10 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing.

Abdul Khalid berkata, cadangan itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Menurut beliau, syor itu juga dianggapnya sebagai wajar dan tepat dengan usaha UiTM yang mahu melahirkan pelajar daripada golongan Melayu dan bumiputera yang berdaya saing...

(baca selanjutnya di sini)

Ini adalah antara bualan hangat di dalam sistem UiTM keseluruhannya. Semuanya terkesan dengan cadangan ini. Mengarut atau tidak, bergantung kepada sejauh mana dikau melihat kesemuanya.

Ada yang menyokong - benar, harus dibuka kepada non-bumi, supaya persaingan dapat diwujudkan.

Yang tidak bersetuju - kenapa UiTM harus diganggu? Bermasalah sangatkah UiTM? Tidak wujudkah persaingan?

Apapun pandangan yang diberikan akan tetap menjadi sesuatu. Namun yang mahu daku tuliskan bukanlah pandangan orang luar terhadap perkara ini. Tapi, yang daku mahu, bagaimana pelajar melihat keseluruhan cerita ini.

Acid test yang daku buat sebenarnya memberi kesan yang agak menakutkan. Kutanyakan kepada pelajar semester 6 mengenai perkara ini, kerana secara kebetulan kami sedang membincangkan topik concept of development. Ku katakan, development itu boleh saja berlaku dari buruk ke baik, atau vice versa. Mereka memahami dengan anggukan. Lalu daku provoke mereka mengenai isu ini - masing-masing hanya tersenyum-senyum. Ku katakan:

"I believe most of you are aware about all this, right?"

Angguk-angguk.

"But, do you think you know what really matters here?"

Maka, keluarlah jawapan-jawapan yang tak berapa nak kena dengan tahap pemikiran mereka yang sepatutnya. Dan, secara automatik, terus terlampias rasa kesalku terhadap mereka. Mereka gagal menilai keseluruhan isu dengan lebih kritis. Tak tahulah sama ada mereka segan untuk bicara, atau sememangnya mereka hanya memahami perkara ini secara surface sahaja. Daku tidak akan mampu membuatkan mereka melihat lebih daripada sepatutnya sekiranya mereka tidak mahu melihatnya.

Dan, buat kesekelian kalinya daku menoktahkan kekesalan ku dengan memberitahu apa yang daku rasa. Semoga mereka juga rasa apa yang daku rasa.

Time to change, people.

Develop! Develop! Develop!

Dan, kalau kamu mengira menjadi bangsa "absolute underdevelopment" adalah sesuatu yang harus diterima tanpa sebarang prejudis, maka, daku tidak mahu bersama-sama kamu lagi.

Maaf!

Thursday, August 14, 2008

Serius: Prioriti kamu yang mana satu?

Pukul 6.33pm, daku menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Studentku. Bertanyakan mengenai test OB yang akan diadakan setelah mereka balik daripada cuti semester. Dia bertanya:

"Miss, kawan saya nak tanya, kalau tak dapat hadir hari tu sebab tiket habis, macam mana Miss?"

Daku jawab:
"Macam ni je lah ... I tell you for the last time. I tak terima sebarang excuse, except ada surat mati atau MC saja. Tiket habis ke, kucing beranak ke, takkan membolehkan awak buat re-test. Clear?"

Dia:
"OK Miss. Faham. Terima kasih Miss."

Malam, daku bercerita dengan Kak Marina mengenai perkara ini. Dan, dia juga ada cerita yang sama. Dialog dia dengan student dia lebih kurang begini:

"Miss, saya dah habis la tiket nak balik sini."

"Dah kenapa tak balik awal?"

"Tiket hari Sabtu pun dah habis."

"Dah, balik hari Jumaat. Datang awal aje lah .. Kenapa nak kena fikir hari kemudian sedangkan hari sebelum tu you boleh settle thing?."

Kemudian kami berdua sama berpendapat mengenai prioriti pelajar-pelajar. Kemampuan mereka meletakkan prioriti kadang-kadang sangat menjengkelkan. Dengan sebab yang remeh dan temeh, mereka sanggup 'menggadaikan' prioriti sebagai pelajar. Dalam kes ini, asyik nak fikirkan balik ke kampung.

Daku bukanlah anti orang balik kampung selalu. In fact, balik kampung ni dah jadi satu budaya biasa. Ingat lagi, profesorku yang foreigner tu pun pernah tanya kenapa Malaysian students sibuk nak balik kampung dari stay di kampus. He just couldn't grasp the idea of that thing. Kami senyum sahaja mendengar komennya.

Tapi, bila balik kampung menjadi prioriti lebih daripada belajar semasa dikau menjadi pelajar, itu yang memeningkanku. Memanglah mak dan ayah akan gembira bila anak pulang ke rumah, namun kalau balik rumah tu kemudiannya dapat menjejaskan pelajaran, ibu bapa tak akan gembira dengan hakikat itu.

Maka, tentukanlah prioritimu wahai anak-anak ... Kejayaan tidak akan datang tanpa pengorbanan. Korban kan sedikit rasa merindu pada ayah ibu supaya kamu akan bisa memberi lebih daripada suatu perasaan pada hari hadapan.

No re-test for those who miss their bus ticket, ok!