Saturday, May 09, 2009

Assalamualaikum. Tak jawab dosa. Hahaha.

Setelah sekian lama, daku seakan baru teringat yang daku mempunyai se'bidang' blog yang perlu kuusahakan. Dan, setelah sekian ketika, kini daku akan kembali mengerjakannya.

Demam peperiksaan dengan rasminya tamat semalam - 8 Mei 2009. Namun, demam pasca-exam itu belumlah habis. Tapi, bagi diriku, Alhamdulillah, semunya telah dibereskan. Walau sedikit kecewa dengan performance pelajar, daku masih boleh tidur lena. -- Ya, bagi pelajar yang membaca blog ini ... untuk subjek DA, kelas A, 12 orang failed. Kelas B, 4 orang. Kelas C, 2 orang. Dan, kelas D, 11 orang. Sesiapa yang terasa mereka tergolong di dalam golongan berikut, sila bersedia untuk sub-paper yang peperiksaannya akan diadakan pada pertengahan Jun nanti. Atau, sediakan duit untuk re-check sekiranya dikau rasa daku tidak meneliti kertas jawapanmu dengan sebenarnya [sepatutnya perkara ini tidak boleh diwar-warkan kerana belum rasmi ... namun, selagi pihak-pihak tertentu remain anonymous, daku rasa berita ini OK saja.]

Oh ya, daku tidaklah mahu berceloteh panjang untuk 'entri kembali' ini. Namun ada 2-3 perkara yang kukira sebagai snippet untuk entri akan datang mahu kucatatkan di sini. Antaranya:

  • Jangan bilang tidak.
  • Siri Diajar, Mengajar dan Belajar.
  • Lebih memberi, lebih yang kamu terima.
  • Cinta Hati Saya.
  • Mahu Ikut?

Apa cerita semua itu? Rahsia lah.

Mana boleh diceritakan lagi. Nama pun snippet.
Sekurang-kurangnya untuk memberitahu dikau bahawa daku masih aktif dan OK untuk mengerjakan blog ini. Dan, memberi kepastian bahawa dikau tidak perlu merindukan daku keterlaluan kerana daku masih berada di sini [jangan nafi, daku tahu dikau itu .... :p]


Sampai jumpa lagi.

Wassalam




P/s: Pada 1 Mei yang lalu, genaplah setahun usia blog ini. Daku berdoa semoga daku akan sentiasa mampu untuk memeliharanya untuk setahun yang akan datang. InsyaAllah.

5 comments:

Anonymous said...

jangan bilang tidak, bila kita belom mencoba...

wah, bila dpt brita psl AD ramai yg failed, im wondering...
ermmm,, cmne kitorg nnti yer..
huuu

cmne ngan OB mis, sama je ke ngan AD ????

pape pn blaja Ob ngan Miss mmg sempoi!
banyak gak la yg trasa klo yg tkena tuh..
kekekekekeke

yg sy prasan, klo miss bg cth, x pnah or kureng mmuji...kekeke
tp cth2 yg miss bg tuh mmg melekat n sesuai tuk dibawa ke mahkamah, eh silap, ke exam..haha
cuma kne edit je la kan..nti kne potong markah..kekekeke

korg yg len jgn ingat ak nk ampu mis. kekeke.. sbb kertas OB dah siap marking..

tp klo korg nk pk len, ape aku kisah?
hahaha

ok miss, gud luck, n mkn vitamin byk2 cuz dah siap tanda kertas kitorg..huuu

salam...

jemy

Cik Peesha said...

Jemy:
OB pun lebih kurang gak. This what I don't get ... soalan punya la senang, recycle dr previous years pun ramai yg tak boleh jawab ... musykil!

Pasal kurang memuji bila bagi contoh ... memang la ... dah contoh, apa yang nak dipuji? Puji contoh tu bagus? Apa ke hal nak puji contoh bagus?

Anyway, waits for the result. Whatever it is ... be prepared -- for better or for worst. You reap what you sow ...

Good day :)

Alin Ahmad said...

Aiyohh!!! u scared me la Fisha.
camne la result den ni..

Cik Peesha said...

Alin:
Yeah, u should be ... if kau pon cam ala2 student den, memang nahas le.

Tp den pecayo, kau old-school student yg believe in work hard and hardship to success.

You'll be succeed with kaler2 berterbangan! InsyaAllah.

Alin Ahmad said...

Ya betull..purely in hard work..ingat nak try bodek lecturer sem hrtu, tp tak reti langsung..kwang..kwang.

Amin Ya Rabbal Al Amin...