Banyak betul cerita-ceriti nota ini, kan? Tak akan pernah berhentinya polemik ini selagi masih ada penuntut dan guru.
Kalau pada entri yang lepas daku bercakap mengenai pensyarah dan nota, kali ini entri ini adalah lebih kepada pelajar dan nota. Sebenarnya dah ditulis mengenai perkara ini di sini. Namun, kali ini daku mahu melihat perkara ini daripada sudut yang sedikit berbeza.
Apa ceritanya?
Daku tidak tahu tentang dikau, namun, semasa daku bergelar pelajar, daku tidak pernah meminta nota daripada pensyarah (maksudnya, pergi kepada pensyarah dan berkata, "Puan / Cik / Encik / Dr. / Profesor, bolehkah saya dapatkan nota untuk kuliah tadi? Saya tak dapat apa-apa pun di kelas tadi.").
Tetapi, setelah bergelar pengajar ini, daku ada juga mengalami peristiwa itu - tak banyak, kerana para pelajar sangat maklum caraku. Cuma, pernah sekali, dengan selamba, seorang pelajar datang ke pejabatku, mengunjukkan pen-drive nya dengan berkata:
"Miss, can I copy all your notes into here?"
Daku pandang sahaja, sampai dia rasa serba salah. Dan, mujur juga dia faham yang pandangan maut itu membawa maksud "huh? GTH (opps, pardon my language!)", maka, dengan penuh kemalu-maluan, dia segera sedar diri dan sedar tindak serta memohon maaf berkali-kali. (Dahsyat gila aura garangku .. huhu).
Daku sebenarnya rasa pelik apabila ada pelajar yang datang ke kelas tanpa membuat apa-apa catitan. Tambah pelik, bila mereka hanya melopong mendengar syarahan. Ya, mungkin mereka mempunyai photographic memory atau minda yang sangat kuat menyerap seperti span basah, maka mereka tidak memerlukan sebarang catitan. Namun, daku masih percaya, pasti ada sesuatu yang pensyarah beri perlu kita catitkan.
Kemungkinan besar, kecenderungan untuk melopong tanpa mengambil nota disebabkan mereka banyak 'mewarisi' nota turun-temurun daripada senior mereka. Ditambah, nota itu daripada pensyarah yang sama, maka lagi senang kerja mereka. (Lihatlah pensyarah-pensyarah, sekiranya anda tidak mengemaskini nota anda, yang lama itu jugalah yang dihafal pelajar tanpa ada kesedaran untuk mencari sesuatu yang baru. Masakan anda lupa pepatah - "kalau guru kencing berdiri, murid pun kencing berlari ...")
Kemahiran mengambil nota adalah sesuatu yang penting - ini kerana ia melibatkan pemahaman, penumpuan dan kecekapan mengenalpasti mana satu nota penting atau nota sampingan. Sekiranya dikau tidak menguasai kemahiran ini, ia adalah sesuatu yang sangat merugikan!
Teringat perbualan dengan seorang teman yang baru menghabiskan pengajian di peringkat sarjana. Katanya, di kelas, hampir semua rakan sekelasnya adalah fresh graduate dan dia pula adalah golongan 'old-school' yang belajar dengan usaha sendiri (baca: tidak mengharap nota warisan). Apabila dia beriya-iya menyalin apa yang pensyarah cakap / syarahkan, rakan yang fresh graduate itu kehairanan - "apa yang akak salin tu? Itu nota ke?" -- ohhh ... dia hanya terkedu. Lihat, bandingan antara kita dan mereka. Di mana salahnya?
Teringat pula daku pada kisah sendiri semasa menuntut - pensyarahku berlenggang datang ke kelas. Bila bersyarah, hanya ada satu dua perkataan sahaja yang tercatat di papan putih. Dan, daripada perkataan itu, dia mampu memberi syarahan tanpa henti selama 2 jam. Nah, masa itu, pandai-pandailah menilai, mana satu nota penting, nota sampingan. Ada seorang rakan yang belajar trengkas dapat menulis banyak perkara. Tapi, bagi daku yang terkial-kial menulis, banyak benar lompangnya. Dan, bila balik ke bilik, kami membandingkan nota masing-masing dan belajar untuk melengkapkannya. Tak lengkap juga, dua tiga buku kami rujuk, namun, untuk pergi menghadap pensyarah meminta nota, tidak sama sekali.
Nota sebenarnya adalah catitan ringkas mengenai apa uyang kita faham - kalau kita faham sedikit, mungkin nota kita sedikit. Malah, nota yang daku syarahkan dalam kelas pun adalah nota yang kuringkaskan daripada buku teksmu ... menurut pemahaman ku. Tak guna ada nota daripada orang lain sekiranya dikau tidak memaham satu apa pun mengenai yang ditulis itu.
Maka, pelajar-pelajar, belajarlah mengambil nota dengan betul. Tingkatkan kemahiran mendengar dan menumpukan. Jangan selalu bergantung kepada kawan. Sentiasa mahu berusaha. Nasihat yang sangat cliche, namun, itulah yang masih relevan.
Untuk bakal pelajar-pelajarku, daku tidak mahu melihat sebarang nota turun-temurun di semester hadapan, atau kamu daku humban ke luar kelas. Ya, daku boleh melakukannya!

3 comments:
Kak Fisha
Haha kebrutalan ahkak memang terserlah haha. Teringat saya masa belajar subjek IR ms DPA dulu, bekas lect saya pernah cakap jangan bwk nota saya msuk kelas kalau tak you get out!
Adakala serba salah juga saya bila tak diberi nota dikata pensyarah tu tak bagus (eLEVA contohnya)Saya ralat juga pabila pelajar yang mentaliti rendah diberi peluang menilai kita samada lect yg baik atau tidak.
Bila diberi nota pula langsung tak boleh berfikir. Tue dah disumbat dlm tuto tuela dimuntahkan. Tapi bila jawab test, mau saja gue memaki satu kelas. Dah bagi nota tapi jawab test macam haram!!!
Ada kata mereka diploma jangan bebankan mereka tapi bagi saya kalau attitude ms dip dah mcmni, degree toksah cakapla, hancuss, sampai bila nak independent tanpa mengharapkan nota lect
Camno tue kak, tak dapek den nak nolong, geram memang geram, rasa lebih teruk dari batch saya, ish2..
Fisha : den setuju ngan mu...tak kan nak suap everything kan..walaupun den kini pelajar...tp den tak la sampai kamekaze nak g minta lecturer notes dia...ajegile nak buat gitu.lagipun bg den nota tu nadi den masa belajar...huhuhuhhu
Ikmal:
Kenapa nak rasa serba salah? Kalau serba salah kamu itu berkaitan dengan pengaruh penilaian pelajar bermentaliti rendah terhadap kamu, maka, kamu kurang tegar sebagai pensyarah!
Gunakan setiap peluang yang ada tak kiralah sekecil mana pun.
A journey of thousand miles begins with one step .. and takes one step at one time.
Good luck!
Alin:
Ya, den suko pelajar cam kau ni ... Den selalu kato ... sapa yg senangkan i, i senangkan hidup u, tp kalau u susahkan hidup i, i susah2kan hidup u ... hahaha
Post a Comment